Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

MRP International Terbaru Dari Fattah Business Network | Pastinya anda tertanya-tanya apakah MRP International yang diceritakan? Fattah Business Network ini adakah ianya milik artis terkenal Fattah Amin? Tak yah gusar tak yah risau meh KP sharekan apa yang terkini tentang tajuk diatas. MRP International Sdn Bhd adalah diantara perniagaan yang di kendali sendiri oleh Fattah Amin. Fattah Amin kini adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, MRP International Sdn Bhd.

Dari juara Hero Remaja, menjadi pelakon dan kemudian penyanyi belum lagi di kira membuka restoran #Stalkers Cafe yang senantiasa penuh dengan pengunjung, kini Fattah mengorak langkah dengan membuka MRP International Sdn Bhd untuk mengedarkan produknya. Pasti anda tertanya-tanya produk apakah yang dikeluarkan di bawah MRP International

MRP DIET

Ianya adalah produk gantian dan juga yang pertama sekali dikeluarkan. Nama lain untuk MRP Diet adalah Sup Kesihatan dimana ianya mempunyai 3 perisa iaitu ayam, cendawan dan tomyam . Kenapa tomyam kerana dari survey- Tomyam antara perisa yang mempunyai skala besar selain perisa yang ada di luar sana. Sup Kesihatan adalah rendah kalori dan disahkan HALAL oleh pihak JAKIM. Jadi anda bolehlah menikmatinya tanpa perlu rasa was-was ya

MRP BERRYTOX

Untuk produk kedua ini berlainan sedikit dimaan ianya lebih kepada minuman . Minuma Detox yang berperisa buah-buahan berry. Kelebihan buah berry ini dapat mengekalkan kesihatan badan anda terutama sekali usus . Waa, bagus juga kelebihannya

Semua produk yang dikeluarkan dari MRP International boleh didapati melalui stokis dan agen yang didaftarkan. Produk produk ini adalah ekslusif dimana ianya tidak terdapat di mana mana cawangan farmasi atau hypermarket di luar sana.Semuanya di kawal oleh stokis atau agen berdaftar sahaja.  Satu majlis diadakan untuk merai stokis-stokis yang berjaya mencapai target jualan dimana bakal mendapat cincin emas. selain diberikan bonus kepingan emas jika berjaya mencapai sasaran jualan

Setelah menempa nama dalam dunia hiburan, kini Fattah Amin mengorak langkah secara serius dalam bidang perniagaan berskala besar. Tahun 2018 merupakan tahun di mana MRP International akan terus mencipta nama melalui produk keluaran mereka.

Fattah Amin turut melancarkan lagu jingle MRP yang dinyanyikannya sendiri. Lirik dan melodi tersebut adalah hasil kerjasama Fattah Amin bersama komposer terkenal, Mel Ramlan.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau menjadi Stokis atau Ejen, boleh menghubungi MRP International Sdn Bhd di talian 019-712 1006 / 03-7886 1477 atau emel ke info@mrpdiet.com

Anda juga boleh ikuti MRP di media sosial mereka:
Facebook MRP Diet : www.facebook.com/MRPdiet

Instagram MRP Diet : www.instagram.com/mrpdietbyfattahamin_hq

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge