NOKIA 1 & NOKIA 7 PLUS Yang Dinantikan Kini Telah Tiba

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

NOKIA 1 & NOKIA 7 PLUS Yang Dinantikan Kini Telah Tiba |Nokia 1 dengan Android Oreo™ (edisi Go) tawar keperluan telefon pintar dengan reka bentuk sedia ada yang lebih segar, manakala Nokia 7 plus direka untuk mereka yang ingin menghasilkan kandungan yang menakjubkan. HMD Global, pembuat telefon pintar Nokia, hari ini mengumumkan Nokia 1 dan Nokia 7 Plus kini boleh didapati di rangkaian kedai Nokia di seluruh negara mulai 13 April dan 20 April.

Satu lagi perkembangan teknologi capaian, Nokia 1 menawarkan keperluan telefon pintar, dengan reka bentuk sedia ada yang lebih segar dan kualiti yang terbaik untuk peminat telefon Nokia. Dilengkapi Android Oreo™ (edisi Go) terbaharu, sebuah versi Android untuk peranti 1GB RAM atau kurang*, Nokia 1 memberikan nilai luar biasa dengan pengalaman terbaik meliputi semua ciri-ciri yang diinginkan dari sebuah telefon pintar berkualiti.

Nokia 1 merupakan telefon pintar utama dalam memberikan akses teknologi kepada orang ramai. Dengan jaminan kualiti dan reka bentuk yang diharapkan daripada sebuah telefon pintar Nokia, ia memastikan anda dapat terus mengakses semua keperluan dan aplikasi telefon pintar anda.

Dengan pemproses quad-core, kamera hadapan dan belakang, sambungan 4G dan dua SIM, Nokia 1 pastinya membawa kecintaan anda terhadap telefon asas ke tahap yang lebih tinggi dengan pakej telefon pintar yang disediakan. Menggabungkan bateri 2150mAH boleh ubah dan paparan IPS jimat-tenaga, peranti ini mengoptimumkan penggunaan aplikasi-aplikasi anda dengan setiap cas.Nokia 1 membawakan reka bentuk sedia ada telefon pintar Nokia yang lebih segar dengan ciri ikonik ‘Nokia smile’ dalam pakej terbaharunya. Telefon pintar ini boleh didapati dalam dua pilihan warna Warm Red (merah) dan Dark Blue (biru). Anda juga boleh memilih ‘makeover’ yang diingini dengan  cover Xpress-on yang didatangkan dengan pelbagai pilihan warna. Direka dengan teliti sebagaimana cover asal telefon pintar tersebut, anda hanya perlu klik ‘on’ dan ‘off’ untuk membolehkan anda memilih gaya peribadi dengan cover boleh-ubah ini.

Kata Vijay

“Dengan trend pengguna telefon asas yang kini mula beralih kepada telefon pintar, kami melihat peluang bagi Nokia 1 untuk menjadi pilihan utama bagi golongan ini. Sebagai peneraju pasaran nilai bagi telefon asas, kami memahami cabaran-cabaran yang dihadapi apabila pengguna ingin beralih kepada telefon pintar, dan ini merupakan sebab utama kami memperkenalkan Nokia 1 sebagai telefon pintar yang paling berpatutan. Dengan Nokia 1, kami menggabungkan jaminan kualiti dan reka bentuk telefon pintar Nokia dengan perisian terbaharu Android Oreo™ (edisi Go) untuk memberi nilai hebat dan memenuhi impian kami dalam mencipta pengalaman telefon pintar yang lengkap kepada semua,”

Direka khas untuk peranti 1GB RAM atau kurang, Android Oreo™ (edisi Go) hadir dengan pelbagai aplikasi baharu dari Google yang direka untuk penggunaan lebih pantas tanpa data yang banyak. Dioptimumkan untuk menjadi lebih lancar dan pantas, ia turut mempunyai Google Go – aplikasi pencarian web, Google Maps™ Go, YouTube™ Go dan Google Assistant untuk Android (edisi Go), bagi membolehkan penghantaran mesej, panggilan telefon,  penggera dan lain-lain lagi dilakukan dengan pantas, hanya menggunakan suara anda.

Dengan kurangnya aplikasi yang dipasang lebih awal dan aplikasi yang lebih ringan di Android Oreo™ (edisi Go), anda mempunyai 2x saiz simpanan berbanding Android Nougat**. Semua telefon pintar Nokia didatangkan tanpa bloatware, fungsi skin, paparan antara muka (UI) atau lain-lain aplikasi yang tidak perlu dalam telefon anda, sekali gus membolehkan anda merasai pengalaman Android yang sebenar. Android Oreo™ (edisi Go) menawarkan pengalaman yang lebih lancar dan responsif, disamping memastikan peranti anda mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terkini, termasuklah Google Play Protect, yang akan terus memastikan peranti, data dan aplikasi anda selamat.

Nokia 1 dengan pilihan warna Warm Red (merah) dan Dark Blue (biru) boleh didapati mulai 13 April 2018 dengan harga runcit yang disyorkan (recommended retail price) RM339.00. Pembeli juga akan menerima cover Xpress-on dengan setiap pembelian Nokia 1 sepanjang tawaran pengenalan ini dan sehingga stok masih ada. Penambahan cover Xpress-on dijual berasingan dengan harga permulaan RM39.90 (for a set of 2). Pilihan warna termasuklah Azure (biru langit), Grey (kelabu), Yellow (kuning) dan Pink (merah jambu).

Nokia 7 – Reka bentuk dan penggunaan terbaik

Telefon pintar dengan reka bentuk menarik perhatian, Nokia 7 Plus menggabungkan kemampuan pengimejan inovatif dan kemampuan penggunaan selama dua hari dengan sekali cas. Dengan Dual-Sight yang ditambah baik, optik ZEISS yang amat sensitif dan mod Pro Camera, Nokia 7 menangkap kecantikan sebenar sesuatu imej, tanpa mengira jenis pencahayaan. Dipilih oleh Google untuk menyertai Android One, Nokia 7 Plus menawarkan pengalaman Android yang selamat dan terkini. Nokia 7 Plus lebih menonjol dengan warna unik seramik hasil daripada sistem cat 6-lapis yang meningkatkan kualiti panggilan, isyarat dan juga pegangan yang lebih kukuh dan selesa. Ketepatan yang dihasilkan daripada bongkah aluminium 6000 series, Nokia 7 plus turut didatangkan dengan saduran anod di setiap hujungnya (anodised edges), mewujudkan kontras dengan badan telefon dan sentuhan bergaya dua rona warna.

Lengkungan ke belakang dan hujung yang nipis memberikan pengalaman skrin besar yang selesa dan kemas. Paparan terang 6-inci 18:9 Full HD+ menjadikan Nokia 7 plus sebagai pilihan terbaik untuk melayari internet, menggunakan media sosial, permainan dan hiburan. Ia mampu memaparkan lebih banyak kandungan dalam satu paparan skrin, sama seperti peranti paparan tradisional 5.5-inci. Dengan 4GB RAM, ia cukup pantas untuk pengguna yang sering melakukan dua perkara dalam satu masa. Skrin terkutub kontras tinggi (high-contrast polarised screen) memberikan pengalaman menonton yang terbaik walaupun dalam suasana pencahayaan yang terang bagi membolehkan anda menikmati kandungan kegemaran di mana jua anda berada.

Bagi membolehkan anda menikmati sesuatu kandungan dalam tempoh yang lebih lama, Nokia 7 plus disokong dengan pemproses Qualcomm® Snapdragon™ 660 Mobile Platform. Ia telah dioptimumkan dan diintegrasikan untuk prestasi dan jangka hayat bateri yang maksimum, walaupun semasa anda menyiarkan #Bothie video secara live di Facebook atau YouTube. Dengan penggunaan bateri berkuasa 3900mAH, ia menggunapakai baki bateri secara optimum sehingga membolehkan jangka hayat bateri Nokia 7 plus bertahan selama 2 hari.

Nokia 7 plus boleh didapati dengan warna Black/Copper dan White/Copper di kedai-kedai di seluruh negara mulai 20 April dengan harga runcit yang disyorkan (recommended retail price) RM1699.00.

Setiap pembelian Nokia 7 plus didatangkan dengan kotak hadiah yang terdiri daripada tripod Bluetooth, lensa ‘fish eye’, lebar dan mikro. Kotak hadiah ini bernilai RM300 dan boleh didapati selagi stok masih ada.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge