TERUS HIDUP AINA ABDUL RANGKUL ANUGERAH JUARA LAGU 37, AMAZING!|Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pasti ada yang setuju dengan keputusan malam ini di Anugerah Juara Lagu ke 37 yang berlangsung malam tadi.

TERUS HIDUP AINA ABDUL

Seperti Yang dijangkakan lagu Terus Hidup ciptaan Aina Abdul menjadi juara. Lagu ini dinyanyikan oleh Aina Abdul sendiri.

ANUGERAH JUARA LAGU 37

Lagu yang dinobatkan sebagai Juara Lagu ini membawa pulang hadiah wang tunai RM 100,000 berserta trofi emas.

ANUGERAH JUARA LAGU 37

Satu Malam Di Temasek nyanyian Sona One & Joe Flizzow pula mendapat tempat ke dua [Naib Juara] dimana membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

ANUGERAH JUARA LAGU 37

Lagu Anugerah Terindah- nyanyian Alif Satar & The Locos menang tempat ketiga. Ciptaan Alif Satar, Romeo, Tam Cobain & Efry Arwis. Lirik pula oleh Alif Satar, Shah Shamshiri & Romeo.

Wang kemenangan berupa wang berjumlah RM 30,000 serta trofi

ANUGERAH JUARA LAGU 37

VOKAL TERBAIK

Tidak di nafikan dimana lagu Terus Hidup dari Aina Abdul berjaya menang anugerah inu. Pulang dengan hadiah wang tunai RM 12,000 untuk Kategori Vokal Terbaik.

ANUGERAH JUARA LAGU 37

PERSEMBAHAN TERBAIK

Persembahan yang ini dikatakan memukau para penonton. Lagu Irama dari Shiha Zikir berjaya merangkul persembahan terbaik malam ini.

Membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 , trofi.

ANUGERAH KHAS PENYANYI PILIHAN PENAJA

Khai Bahar muncul sebagai pemenang Penyanyi Pilihan Popular menerusi lagu Sengsara membawa pulang RM12,000

ANUGERAH JUARA LAGU 37

HOS AJL 37

Kali ini Anugerah Juara Lagu 37 menyaksikan gandingan dua pengacara wanita terkenal iaitu Jihan Muse dan Sherry Alhadad buat kali pertama. Karpet Merah Tonton dihoskan oleh Muaz Mohamed dan Fiza Frizzy

ANUGERAH JUARA LAGU 37
ANUGERAH JUARA LAGU 37

Persembahan dari kumpulan Blues Gang , Exists Dan Masdo menjadi perhatian dimana rata-rata penonton turut serta menyanyi.

ANUGERAH JUARA LAGU 37
ANUGERAH JUARA LAGU 37
ANUGERAH JUARA LAGU 37

BARISAN JURI AJL37

Persembahan finalis AJL37 diadili barisan juri terdiri daripada Datuk Mozhani Ismail (Ketua Juri), Dato’ Acis, Altimet, Noryn Aziz, Jari, Ad Samad, Azlan Abu Hassan, Khir Rahman, LY dan Damian.

ANUGERAH JUARA LAGU 37

AJL37 berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil dengan tema ‘Dimensi Muzik’. Menggambarkan suasana industri muzik tanah air dengan karya dari pelbagai genre.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge