Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Guna F&N Seasons NutriSoy Untuk Masak Sarapan Pagi |Jika hari itu KP mempelajari masakan yang paling ringkas dan bertenaga untuk sarapan pagi buat anak-anak tersayang. Kali ini KP pula bakal menghasilkan menu sendiri dengan F&N Seasons Nutrisoy. Nak kata KP pandai masak tidaklah juga tapi insyallah sedap rasanya.
F&N Seasons Nutrisoy
Sejak adanya F&N Seasons Nutrisoy di rumah, kids memang suka, gembira dan ‘excited’sangat. Bukan kerana apa packaging amat senang di bawa ke mana-mana.
Tidak semestinya perlu di minum di rumah sahaja malah boleh di bawa ke sekolah mahupun minum selepas melakukan aktiviti riadah.
Menu Sarapan Pagi
Telur Hancur di Gulung dengan Roti Mil
2keping roti mil
3biji telur
1sudu besar minyak masak
sedikit garam dan lada sulah secukup rasa
Cara memasak.
- Pastikan telur di basuh terlebih dahulu. ini untuk mengelakkan bendasing yang tidak diingini bercampur.
- Selepas di basuh pecahkan telur dan kacau.
- Jangan lupa sedikit garam dan lada sulah secukup rasa.
- Panaskan kuali dengan api yang sederhana
- Masukkan minyak dan bila minyak panas
- Gorengkan telur yang di kacau.
- Lagi menarik jika boleh di buat seperti telur hancur(scramble egg).
- Bila warna telur berubah kekuningan angkat dan letakkan ke tepi.
Kuali yang panas pastikan tiada minyak, letakkan roti mil satu demi satu, panaskan ia. Bila agak panas angkat roti mil dan sedia untuk di gulung.
Letakkan roti mil. Jika ingin boleh diletakkan sedikit mayonis. Setelah itu, anggarkan dalam setengah sudu besar telur hancur.
Di tempatkan di roti mil Dan kemudian di gulung.
Oleh kerana di pagi hari anak KP tidak berapa gemarkan sayur jadi KP cuma menggulungkan telur hancur bersama roti mil sahaja.
Selepas digulung dengan roti mil, potong ikut kesukaan hati. KP potong 3 kerana – 1 untuk Irfan, 1 untuk Qurratul dan 1 untuk KP.
Sarapan pagi yang paling ringkas tetapi lebih bertenaga bila disertakan dengan minuman F&N Seasons NutriSoy.
Pasti tertanya kenapa ada coklat warna-warni, ini juga adalah salah satu cara untuk menarik minat anak anak KP. Bila ditanya nak hiaskan dengan sayur sayuran boleh tak?
Tetapi Irfan pantas menuju ke peti sejuk dan menghias dengan coklat warna -warninya.
Menu Kedua
Roti Bakar bersama Kari Ayam F&N Seasons NutriSoy
300 gram ayam
1-2 biji kentang
1sudu besar minyak
30gm cili,-tumis
70gn bawang kecil -tumis
10gm bawang putih-tumis
Sedikit serbuk kari ayam, -tumis
175ml F&N Seasons NutriSoy rendah lemak
150ml air
sedikit garam dan gula
Cara Memasak
- Panaskan kuali, tumiskan bahan bahan (tumis), selepas berbau wangi dengan api sederhana masukkan ayam.
- Gaulkan ayam dengan tumisan tadi hingga agak sebati dan berbau wangi
- Masukkan air dan juga kentang.
- Biarkan ia mendidih dalam 10-15 minit
- Kemudian masukkan 175ml F&N Seasons NutriSoy rendah lemak sebagai pengganti pada santan.
Gaulkan sekali lagi dan biarkan ayam dan kentang di masak hingga empuk. Setelah siap hidangkan bersama roti bakar .
Eh.. Kenapa ada 2 kari ayam nie, just nak share ada perbezaan bila kari ayam di masak dengan santan seperti ini. Warnanya dan juga rupa kuah kari berlainan. Sedikit pekat .
Yang ini pula hasil masakan KP , KP olahkan dari santan tukarkan kepada F&N Seasons Nutrisoy. Sedap ke? Manis ke?
Pastilah sedap hinggakan anak anak KP ada menanyakan mama kenapa rasa cam manis ..
Kuahnya agak cair ada sedikit keputihan dan teksturnya pun berbeza. betul tak kata KP
Jadi di serikan dengan roti bakar, makan waktu panas memang sedap, terliur sekejap
So ini hidangan KP
Menu terakhir
Honey Stars bersama F&N Seasons NutriSoy
Oh ya kalau lah KP dah tak sempat nak masak mungkin sebab lambat bangun. Ini cara yang paling senang. Minum bersama cereal dan pilihan KP ialah Honey Stars.
KP dah mula suka masak sarapan untuk anak anak KP . Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini dan mempelajari lebih resipi untuk memasak sarapan pagi , layari