Kempen Nutrisoy Breakfast Love – Amalkan Sarapan Pagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kempen Nutrisoy Breakfast Love – Amalkan Sarapan Pagi | Nasi lemak, kuih karipap, roti bakar mahupun telur hancur adalah antara menu breakfast atau sarapan pagi yang biasa KP nikmati bersama anak-anak.  Sarapan pagi wajib kerana ia memberikan individu tenaga untuk menjalankan aktiviti seharian tak kira usia dan juga faktor umur. Pengambilan sarapan pagi berbeza antara satu sama lain, ada yang mengambilnya makanan sahaja dan ada juga yang mengambil minuman sahaja. Terpulang dan bergantung pada individu masing-masing. KP biasanya akan mengambil sarapan pagi bersama susu soya. Antara pilihan keluarga KP ialah Nutrisoy dari Seasons. #NutriSoyMY #BreakfastLove

image001

Sarapan pagi bersama Nutrisoy memang ringkas dan berkhasiat semestinya. Dengan kempen “Nutrisoy Breakfast Love”, F&N Seasons Nutrisoy membantu para ibu menyediakan sarapan pagi yang berkhasiat kepada ahli keluarga dengan penuh kasih sayang  dengan mengamalkan minuman soya di pagi hari.Kebaikan mengamalkan minuman Nutrisoy ialah ianya susu rendah lemak dan ia juga merupakan salah satu sumber protein yang senang di dapati. Selain itu, ia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan mengurangkan kolestrol. F&N Seasons Nutrisoy memberikan nutrisi tanpa sebarang laktosa dan yang bagus untuk kanak kanak ialah tiada pewarna tiruan, perasa tiruan kerana semuanya susu soya asli. Sesuai untuk KP yang mengamalkan pengambilan makanan sihat.

image

Baru- baru ini bertempat di The Cooking House, KP bersama para ibu menyertai untuk “Demonstrasi masakan bersama “Nutrisoy Breakfast Love”, F&N Seasons Nutrisoy. Banyak yang di pelajari tentang fakta Nutrisoy seperti yang KP terangkan awal tadi. Bukan ini sahaja, KP dapat mempelajari menu baru jua masakan sarapan pagi yang ringkas tetapi berkhasiat buat keluarga terutama anak-anak KP. Antara menu atau masakan yang paling menambat hati KP ialah Omelet Cendawan dengan Tomato Panggang

Resepinya:

Omelet Cendawan dengan Tomato Panggang

image

Cendawan

150g cendawan, dicincang atau di hiris
1 sudu besar minyak
2 sudu besar mentega
Sedikit garam dan lada hitam dikisar (secukup rasa)
Sedikit pasli kering(secukup rasa)

Omelet

2 sudu besar mentega
4 biji telur di pukul ringan
Sedikit garam dan lada hitam dikisar(secukup rasa)

Tomato

4 Tomato di potong separuh
1 sudu besar minyak
sedikit garam dan lada hitam dikisar (secukup rasa)

Bahan-bahan dan cara memasak

image

Selain itu juga masakan ini memang menambat hati KP. Sebelum ini KP tak berapa pandai nak masak lempeng a.k.a pancake, tetapi sewaktu demonstrasi masakan bersama Nutrisoy, KP dapat mempelajari teknik, cara memasak yang betul dan pasti ianya akan menjadi menu utama KP bersama anak-anak untuk sarapan pagi.

Penkek F&N Seasons Nutrisoy buatan sendiri bersama pisang dan buah badam.

image
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
2 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu kecil garam
1 cawan minyak biji anggur
2 cawan F&N Seasons Nutrisoy
2 sudu kecil esen vanilla
3 pisang dihiris
½ cawan kepingan buah badam (dibakar)
Sirap maple

Cara membuatnya:image

Dengan memasak bersama F&N Seasons Nutrisoy, memberi peluang untuk para ibu menghasilkan sarapan pagi yang ringkas dengan penuh kasih sayang dan tidak perlu kelam kabut kerana terkejarkan masa.

Selepas siap, cantik dihidangkan bersama F&N Seasons Nutrisoy

image

Antara masakan yang KP pelajari, sebelum ini KP menggunakan wholemeal wrap bersama telur hancur tetapi untuk hari ini KP pelajari menu baru

Balutan sarapan mil penuh dengan sayur-sayuran dan ayam panggang

image
2 keping dada ayam
sedikit garam dan lada (secukup rasa)
½ sudu kecil Lea & Perrins sos
½ paket daun salad campuran
4 keping tortilla mil penuh

Sos Salad mustard madu

2 sudu besar madu
1 sudu besar Dijon mustard
1 sudu besar jus lemon
1 cawan Mayonis
2 sudu besar minyak masak
Sedikit garam dan lada hitam (secukup rasa)

Cara- cara memasak & membuatnya

image

Ayam di perap bersama bahan-bahannya .Lagi sedap jika 1-2 jam sebelum di “grill”.

image

Langkah- langkah untuk menggulung dan meletakkan isi & akhirnya siap.

image

Masakan terakhir, kegemaran semua pada hari ini,

Muffin pisang dan walnut bersama coklat buatan sendiri

250g tepung gandum

1+1/4 sudu kecil serbuk penaik
1/4 sudu kecil serbuk soda
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
50g gula

50g gula perang

110g telur (2telur)

200g mentega dicairkan
460g pisang dilenyekkan

segenggam walnut(dicincangkan)

200gcoklat (dark coklat dicairkan)

Bahan-bahannya:

image

 

Cara-cara membuatnya: Sedang buat pun dah terasa wanginya kalau dahbakar nanti pasti rasa kelazatannya. Acuannya seolah-olah macam-macambuat cekodok pisang atau jemput-jemput pisang. image

Dan inilah hasilnya dari KP dan team

imageSetiap yang bermula pasti akan berakhir, sama juga seperti KP dan team. Terima kasih tak terhingga buat F&N Seasons Nutrisoy kerana memberi KP peluang ke demonstrasi masakan “Nutrisoy Breakfast With Love”. Terima kasig kepada Chef Kenneth.

10153155_1486869908202532_675888363_nKenangan bersama Chef Kenneth, Thanks for all the guidance and information. Sekarang KP boleh menyediakan sarapan tanpa sakit kepala. Kalau KP tak ada masa unutuk memasak sarapan, KP boleh makan bijiran (cereal) bersama dengan Nutrisoy yang boleh di siapkan dalam 1 minit. senangkan?

Sebelum tu jom layan “facebook Nutrisoy”. untuk maklumat lanjut tentang kempen ini dan mempelajari lebih resipi sarapan bersama F&N Seasons Nutrisoy.Oh ya jangan lupakan entri yang akan datang tentang KP masak-masak bersama anak-anak

 



6 thoughts on “Kempen Nutrisoy Breakfast Love – Amalkan Sarapan Pagi”

    1. kena cuba sebab senang. KP sebelum nie KP guna balutan mil letak telur hancur dan balut untuk sarapan. tambah sikit mayonis

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top