Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Citarasa Kampung Ramadhan Buffet 2018 di Hotel Armada PJ|Ramadhan kali ini , Hotel Armada Petaling Jaya tidak melepaskan peluang untuk meraikan berbuka puasa di Utara Coffee House. Bertemakan Citarasa Kampung, hidangan yang bakal ditawarkan dari tradisional dan juga antarabangsa. Dengan lebih daripada 100 hidangan yang disediakan oleh Chef Eksekutif Chew Teik Chye, Chef Sous Alifah binti Kandar aka Chef Mommy bakal menjanjikan hidangan yang pelbagai rasa dan puas hati sewaktu anda menjamu selera disini selepas seharian berpuasa
Membawa kembali nostalgia balik kampung apabila anda memulakan perjalanan anda dengan pelbagai rasa pembuka selera dari Kerabu, Cincalok , Lemang, Pasembor dan Aneka Jeruk. Belum lagi dengan kehangatan dari pelbagai sambal tradisional yang di hidangkan yang jarang sekali dijumpai di bandar. Buat anda peminat kerabu, di Utara Coffee House jua ada beberapa jenis pilihan kerabu yang menjadi kegemaran seperti kerabu mangga,kerabu sotong, kerabu kacang botol dan juga kerabu soo hoon.
Pembuka selera sudah kini dengan menu utama Citarasa Kampung Ramadhan buffet seperti Asam Laksa, Thai Laksa, Nasi Rempah Berlauk, Udang Klieo, Ketam Masak Berlada, Ekor Lembu Masak Asam Pedas, Ayam Palembang, Pisang Muda Masak Lemak Ikan Masin, Kari Kepala Ikan, Daging Kicap Berempah, Ikan Bawal Masak Terutup, Itik Kerutub, Sup Tulang Rusuk, Nangka Muda Masak Lemak, Sambal Hijau Terung Pipit dengan Belacan dan juga Siput Sedut Masak Cili Padi. ahhhh.. nie yang buat tak sabar nak berbuka puasa di sini
Selain itu ada juga hidangan seperti Apam Balik, Daging Panggang, Sate, Murtabak, Lidah Sapi Cicah bersama Air Asam, Ayam Percik Panggang, Roti Durian dan lain -lain di gerai-gerai yang ada disekitarnya.
Hidangan pencuci mulut pula tidak dilupai seperti kuih melayu tradisional jua hidangan manis seperti pengat nangka, bubur pulut hitam, serawa durian dengan pulut mahupun ais kacang. Makanan dari appetizer ke pembuka selera hinggalah ke menu utama sudah. Pencuci mulut pun sudah . Cincau, Kelapa Muda , Jagung , Kembang Semangkuk mahupun Selasih dan banyak lagi ada di jamu buat para tetamu.
Harga Citarasa Kampung Buffet Ramadhan
Bakal bermula dari Selasa 15 Mei 2018 hingga Khamis 14 Jun 2018 ,harga- harga untuk dewasa adalah RM 88.00+ dan RM 45.00+ untuk kanak-kanak.
Buffet Hi-Tea Hari Raya Aidilfitri
Utara Coffee House juga menyediakan Buffet Hi-Tea sempena Hari Raya Aidilfitri untuk menandakan yang berakhirnya bulan puasa. Harga RM 68.00+ untuk dewasa dan RM 48.00+ untuk warga emas jua RM 33.00+ untuk kanak-kanak yang hanya diadakan selama 2 hari pada Jumaat (15.6) & Sabtu (16.6) dari jam 12 tengahari hingga ke 4 petang.
Untuk tempahan sila hubungi 03 7954 6888 ext 4557 atau layari maklumat
Facebook Hotel Armada :https://www.facebook.com/HotelArmadaPJ/
Website Hotel Armada : https://www.armada.com.my/