JOM BALIK KAMPUNG BERSAMA SOGO & PAYNET TEMUI PEMENANG, TAHNIAH!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tak sabar ingin mengetahui siapakah pemilik kereta Perodua Bezza 1.3X Auto hadiah utama peraduan ini.
JOM BALIK KAMPUNG BERSAMA SOGO & PAYNET
SOGO dengan sukacitanya mengumumkan acara kemuncak “Jom Balik Kampung Bersama SOGO & PAYNET” dengan kemuncaknya.
Dalam tradisi mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada pelanggan setia, peraduan ini telah berjaya menamatkan edisi kelapannya dengan menawarkan peserta untuk pulang dengan hadiah menarik.
Antara hadiah yang bakal peluang seperti Perodua Aruz 1.5X Auto, Perodua Bezza 1.3X Auto, Baucar Hadiah SOGO RM10,000 dan lain-lain hadiah bernilai melebihi RM150,000 dalam jumlah nilai.
BILA PERADUAN BERLANGSUNG
Berlangsung dari 24 Mac hingga 31 Mei 2023, bertepatan dengan sambutan Hari Raya. Ianya anjuran bersama Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (“PayNet”).
BAGAIMANA SERTAI
Senang sahaja dimana pemegang kad MyDebit perlu membuat pembelian di Kedai SOGO dan/atau SOGO Food Garden di Aras 6 SOGO Kuala Lumpur dengan menggunakan kad tersebut.
Untuk setiap Pembelian RM50, pembeli menerima SATU (1) borang penyertaan. Kemudia perlu menjawab soalan dimana perlu menganggarkan bilangan ‘ketupat’ dalam belon yang besar.
Kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dimana lebih 40,000 penyertaan diterima. Sebanyak 28 finalis telah dipilih berdasarkan jawapan tepat atau terdekat mereka.
KATA PEMENANG UTAMA
‘Saya tidak sangka memenangi sebuah kereta. Ini kali pertama saya menyertai peraduan dan semestinya hadiah kereta ini diberikan kepada ayah’
Tahniah buat pemenang termuda iaitu Amir Ali Bin Rahim, 20 tahun yang berasal dari Cheras. Lebih dari 10 penyertaan telah dihantar oleh ibu dan adiknya untuk peraduan Jom Balik Kampung Bersama SOGO & PAYNET.
Menurut ibu Amir, memang setiap kali tiba hari perayaan terutama Hari Raya- sekeluarga akan berbelanja di SOGO, Kuala Lumpur. Ini adalah diantara pusat membeli-belah pilihan keluarganya. Dianggarkan dalam RM1000 yang dibelanjakan untuk kali ini
Amir yang sedang menunggu keputusan melanjutkan pelajaran di Universiti pilihan baru saja lulus lesen kereta, merupakan finalis termuda dalam 15 pesaing yang ada.
PEMENANG KEDUA & KETIGA
Pemenang kedua, seorang surirumah tangga dari Kulai, Johor, Norhidayah Manaf, 38, membawa pulang Perodua Bezza itu.
Manakala pemenang ketiga, seorang guru dari Putrajaya, Masitah Arshad, 48, memenangi baucer hadiah SOGO bernilai RM10,000.
25 finalis lain masing-masing membawa pulang baucer hadiah SOGO bernilai RM1,000 setiap seorang di mana keseluruhan hadiah bernilai RM150,000.
SEBELUM DINOBAT SEBAGAI PEMENANG
Para finalis akan bersaing untuk hadiah yang diidamkan pada 6 September 2023 dalam dua peringkat cabaran.
SPIN-2-ADVANCE
Cabaran pertama. Dalam fasa awal “Spin-2-Advance”, 28 peserta akan dibahagikan pada dua pasukan dimana mempunyai 14 ahli setiap satu.
Peserta akan bergilir-gilir memutar roda dengan nilai antara 1 hingga 12, yang mana mempunyai nilai yang paling tinggi memasuki cabaran yang ke 2 yang mempunyai nilai yang lebih tinggi.
CABARAN FORTUNE
14 peserta yang memenangi cabaran pertama tadi memasuki “Wind Chamber” satu demi satu. Diberikan peluang 30 saat untuk mengumpul kertas berwarna dengan nilai mata yang berbeza-beza.
Hadiah akan diberikan berdasarkan mata kedudukan akhir.
DEDIKASI BUAT PARA PELANGGAN SETIA
Dengan kejayaan dan sambutan terhadap program Jom Balik Kampung Bersama SOGO & PAYNET ini, SOGO berharap untuk menganjurkan acara yang lebih bermanfaat.
Lebih menarik pada masa hadapan, mengukuhkan dedikasinya untuk memupuk komuniti pelanggan dan pelanggan setia yang bertenaga.
Tahniah buat para pemenang Jom Balik Kampung Bersama SOGO & PAYNET