LAH AHMAD JATUH CINTA DI ISTANA BUDAYA, APA YANG BEST?

LAH AHMAD JATUH CINTA DI ISTANA BUDAYA, APA YANG BEST?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pasti kenal dengan nama ‘Lah Ahmad’! Kini, hangat diperkatakan untuk watak Joe dalam ‘One Million Dollar Voice’ yang sedang ditayangkan

LAH AHMAD JATUH CINTA

Buat julung kalinya Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd menganjurkan konsert di Istana Budaya serta memilih Lah Ahmad sebagal penyanyi utama untuk konsert ini.

Konsert ini diarahkan oleh YBhg Dato’ Haji Reduan Yusof sebagal Pengarah Projek.

KENAPA LAH AHMAD?

Sudah semestinya pemilihan Lah Ahmad untuk konsart ini juga adalah berdasarkan keupayaan beliau memberikan persembahan secara langsung.

Juga jiwa beliau yang sentiasa memberikan persembahan terbaik kepada peminat selain dari sejarah beliau di dalam industri yang sudah pun menjangkau lebih dari 25 tahun.

LAH AHMAD JATUH CINTA

PERNAH MEMENANGI ANUGERAH

Beliau juga pernah memenangi Persembahan Vokal Terbaik di All ke 22. Selain tampil dengan irama R&B, beliau boleh membawakan pelbagai genre muzik ,dengan balk.

PUNYAI 4 ALBUM

Sepanjang pembabitan betiau di dalam industri ini, beliau telah menerbitkan 4 buah album. Antara lagu yang popular adalah Sempurna dan Terbaik, Adinda, Kerna Sayang dan Ayu.

Yang menjadi kelainan untuk konsert kali ini dimana lagu yang popular dijadikan antara nama untuk tiket konsert beliau.

ORKESTRA SIMFONI UNIVERSITI MALAYA

Bakal memberikan kelainan yang mana Lah Ahmad akan bergabung bersama Orkestra Simfoni Universiti Malaya ini di bawah pimpinan YBhg Profesor Dr. Hanafi Husin iaitu Dekan Fakulti Seni Kreatif Universiti Malaya.

Pemilihan lokasi konsert di Istana Budaya adalah kerana kesesuaian dengan konsep persembahan, ia bertaraf antarabangsa dan berprestij.

LAH AHMAD JATUH CINTA

ADA KEJUTAN?

Lah Ahmad akan menghiburkan peminat selama dua jam dan anggaran 21 lagu akan diperdengarkan. Lah Ahmad juga akan membuat kejutan dengan menjemput beberapa penyanyi undangan.

Konsert ini akan diketuai oleh En. Muhammad Shahwainaz bin Hussin selaku Pengarah Muzik. Beliau juga merupakan pemuzik Orkestra Tradisional Malaysia di Istana Budaya.

SIAPA RUBBERTAPPER PRODUCTION HOUSE?

Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd adalah sebuah syarikat produksi yang ditubuhkan pada tahun 2015.

Bermula sebagai syarikat pengurusan majlis, pengurusan artis, pengendalian penaja dan pemasaran serta video korporat.

Pada tahun 2018 Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd mengembangkan lagi perkhidmatan perniagaan sebagai syarikat pembekal program TV tempatan dan juga antarabangsa.

Serta penyewaan peralatan penggambaran TV.

LAH AHMAD JATUH CINTA

PUAN QASEH ANITA ABD SHUKOR

Syarikat int diterajui oleh Qaseh Anita Abd Shukor yang mempunyai latar belakang sebagai Pegawai Perhubungan Awam syarikat perhotelan antarabangsa.

Kemudian memulakan langkah di dalam industri Ini juga sebagal Pegawai Perhubungan Awam di beberapa syarikat penerbitan.

Beliau juga aktif didalam beberapa pementasan konsert dan teater di Istana Budaya sebagai Pegawai Pemasaran dan juga Pengarah Projek.

PENGINAPAN RASMI

Untuk konsert ini, Ideas Kuala Lumpur adalah sebagai penginapan rasmi yang bekerjasama dengan Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd yang juga menaja lokasi untuk majlis sidang media di Pool Side Bistro.

Semoga dengan kerjasama ini dapat menyemarakkan lagi industri muzik di Pool Side Bistro. Menyediakan satu tempat yang menarik untuk hiburan dimana pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan ‘live band’,

Selain dari itu, peminat Lah Ahmad yang berada di luar Kuala Lumpur juga akan mendapat harga istimewa sekiranya mereka menginap di Ideas Kuala Lumpur.

LAH AHMAD JATUH CINTA

RADIO RASMI

Konsert ini juga disokong penuh oleh Radio SINAR sebagai radio rasmi. Radio SINAR juga memberikan tiket percuma kepada para pendengar melalui kuiz yang mereka sediakan.

Tiket konsert telah mula dijual pada 25hb Ogos yang lalu dan boleh dibeli secara atas talian dengan melayari Lah Ahmad Jatuh Cinta Live at Istana Budaya -iLasso Tickets.

MENDAPAT SOKONGAN

Projek yang mendapat sokongan dari Kementerian Komunikasi dan Digital serta My Creative Venture ini diharapkan dapat memberi kepuasan kepada peminat Lah Ahmad.

Selain dapat memajukan lagi industri dengan melahirkan banyak lagi konsert ataupun aktiviti seni supaya industri ini maju seiring dengan tema Malaysia Madani.

LAH AHMAD JATUH CINTA

Kami dari Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Mycreative Ventures.

Diatas sokongan kerajaan yang berterusan kepada pembangunan industri kreatif melalui Dana Kandungan Digital Persembahan Muzik.”

Semoga konsert LAH AHMAD JATUH CINTA LIVE AT ISTANA BUDAYA akan memberi kenangan manis kepada peminat beliau bukan saja di Malaysia malah dari Singapura dan Brunei.

Credit photo: Maestro Media

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge