DR MUSTAFA MOHAMMED TAHER BANTU RAKYAT MALAYSIA BEBAS OBESITI, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mungkin ada yang kenal dan mungkin ini kali pertama baru mendengar nama beliau.
DR MUSTAFA MOHAMMED TAHER
Pakar bedah Bariatrik di Pusat Perubatan CENGILD telah diraikan pada acara Hi-Tea bersama Media bertempat di Restoran Hadramawt Kitchen, Jalan Ampang ,Kuala Lumpur.
DIIKTIRAF PAKAR BEDAH BARIATIK TERBAIK
Terbaru telah diiktiraf sebagai salah seorang pakar bedah Bariatrik terbaik di Asia Pacific pada Majlis Anugerah GlobalHealth Asia- Pacific 2023 yang telah berlansung di Bali, Indonesia pada Mei lalu,
Kemenangan tersebut merupakan anugerah ke empat yang berjaya diraih beliau setelah memenganginya untuk pertama kali pada edisi pertama di Kemboja.
Diikuti tahun kedua di Kuala Lumpur dan tahun ketiga yang berlansung di Bangkok, Thailand tahun lalu.
Dr Mustafa yang merupakan Pakar Bedah GI dan Bariatrik telah melakukan lebih daripada 2000 pembedahan Bariatrik di klinik swasta sepanjang tempoh 3 tahun yang lalu.
MASALAH OBESITI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA
Ramai pesakit yang mendapatkan rawatan daripada beliau merupakan penghidap pelbagai penyakit.
Antaranya yang mengalami masalah obesiti dan berat badan yang berlebihan sehingga menimbulkan kesukaran buat mereka.
Juga anda yang mengalami pelbagai komplikasi kesihatan yang menjejaskan kehidupan seharian mereka.
PEMBEDAHAN BARIATRIK
Bukan sahaja berjaya membantu para pesakit untuk mengurangkan berat badan. Tetapi membantu merawat masalah kencing manis dan darah tinggi,
Disamping membantu masalah tidur yang teruk, kemandulan,asma,serangan panik, kemurungan,sakit lutut, sakit belakang,dan anti sosial.
Terdapat ramai pesakit dari dalam mahupun luar negara telah datang berjumpa Dr Mustafa untuk mendapatkan nasihat beliau demi kesihatan yang lebih baik.
KUMPULAN SOKONGAN
Pesakit Bariatrik Dr Mustafa juga telah mengambil inisiatif menubuhkan kumpulan sokongan mereka sendiri yang diketuai oleh Chef Bob@Alfie Sabri .
CHEF BOB
Sebelum ini telah berada di atas kerusi roda selama 3 tahun dan menggunakan keluli untuk menyokong kakinya akibat masalah obesiti yang sangat teruk.
Berjaya menurunkan berat badan beliau sebanyak 130kg dalam tempoh setahun selepas pembedahan dan kini menjalani kehidupan normal semula.
SELEBRITI TANAH AIR
Majlis kali ini disertai oleh beberapa figura selebriti tanah air antaranya Ziana Zain, Zarina Zainudin, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Ziela Jalil.
Selebriti yang hadir turut berkongsi testimoni kejayaan prosedur pembedahan Bariatrik bersama Dr Mustafa bagi mengatasi masalah kegemukan.
Serta komplikasi sampingan akibat obesiti yang dialami mereka.
MISI MEMBANTU RAKYAT BEBAS OBESITI
Bagi Dr Mustafa misi beliau ialah untuk melihat lebih ramai orang menjalani kehidupan yang sihat.
Selain dari itu, beliau ingin memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa obesiti merupakan penyakit yang sangat berbahaya jika tidak dirawat namun ia tetap boleh dirawat.
Berdasarkan dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019: Penyakit Tidak Berjangkit Dan Permintaan Jagaan Kesihatan (NHMS 2019).
Yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat lebih 50 peratus orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan atau obes.
Ingin mengetahui perkembangan dengan lebih lamjut boleh layari
Instagram | Contact +60162330678