JELAJAH PENDIDIKAN PRIHATIN BANTU PELAJAR B40, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Para pelajar universiti dari golongan B40 tidak perlu risau lagi kerana bantuan bakal dihulurkan.
MEMORANDUM PERSEFAHAMAN
Oleh itu, satu Memorandum Persefahaman tiga penjuru telah diadakan di kampus induk UNITAR, Kelana Jaya pada 3 Oktober 2022.
Bertujuan membangun, menyokong dan memperkayakan pembangunan penyelidikan dan pendidikan tinggi bagi pemacuan pertumbuhan negara.
YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan turut menghadiri, menyaksikan dan menyempurnakan program majlis berkenaan.
ANTARA AKTIVITI JELAJAH PENDIDIKAN KELUARGA MALAYSIA
Antara aktiviti Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) adalah sumbangan buat mereka yang memerlukan.
Penyerahan sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada anak-anak Wilayah Persekutuan berupa komputer riba, wang tunai dan keperluan kelengkapan diri.
SAMBUTAN JUBLI PERAK KE-25
UNITAR bakal meraikan sambutan Jubli Perak yang ke-25 tahun. lni adalah universiti maya pertama di Asia Tenggara yang mampu mewujudkan inisiatif dan aktiviti berasaskan teknologi.
Antaranya pembelajaran dalam talian yang telah menjadi nadi dan kepakaran UNITAR yang telah diiktiraf ramai dalam industri pendidikan.
UNITAR kini mempunyai Sekolah Pengajian Siswazah, yang menempatkan segala program akademik dan inisiatif berkaitan pasca siswazah dengan lebih daripada 50 profesor adjung.
Terdiri daripada pemimpin industri berkepakaran, berpengalaman dan berkaliber.
Beliau yakin bahawa pengetahuan mereka yang mendalam berserta pengalaman yang luas di dalam industri akan memberikan nilai tambah kepada segala bentuk kerjasama antara UNITAR, UPNM dan PRIHATIN.
-menurut Naib Canselor UNITAR, Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.
UNITAR & UPNM
Berikutan perbincangan antara UNITAR dan UPNM, kedua-dua universiti melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman antara kedua-dua pihak.
Berhasrat untuk mewujudkan kerjasama dan meneroka peluang untuk membangun dan, menyokong.
Jua memperkaya pembangunan penyelidikan dan pendidikan tinggi dalam bidang yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua institusi seperti:
- Menjalankan kolaborasi latihan pemindahan teknologi bagi pengajaran dan pembelajaran dalam talian
- Melaksanakan sangkutan staf (staff attachment) kepada staf akademik dan bukan akademik
- Membangunkan kolaborasi penyelidikan dalam bidang-bidang tujahan yang berkaitan
- Melaksanakan program-program akademik dan lain-lain program yang memberi faedah kepada kedua-dua pihak, misalnya Micro-Credentials
PIHAK UPNM BERASPIRASI DAN PERCAYA
Phak UPNM beraspirasi dan sentiasa percaya pada setiap ahli masyarakat. Khususnya anak-anak muda yang berasal dari keluarga berkeperluan. Mesti diberikan sokongan yang sewajarnya dan peluang untuk mendapat akses pendidikan terbaik.
Dalam merealisasikan hasrat ini, UPNM berasa bahawa UNITAR dan PRIHATIN dalah rakan-rakan strategik yang sesuai.
Untuk sama-sama berkongsi wadah sepunya untuk membina upaya mahasiswa sebagai bakal pemimpin masa hadapan.
-menurut Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah.
BAGI PRIHATIN PULA
Matlamat mereka sebagai rakan strategik adalah bagi mengangkat martabat serta menjayakan program-program berteraskan Pendidikan.
Ini untuk membantu anak-anak Keluarga Malaysia mendapatkan ilmu pengetahuan dan mendapat peluang meneruskan pengajian ke peringkat Menara Gading.
MAIWP RAKAN STRATEGIK PRIHATIN
Tambah beliau, MAIWP turut menjadi rakan strategik PRIHATIN sejak penubuhan yang telah banyak menyumbangkan dana bagi memastikan program-program PRIHATIN terlaksana.
Seperti penyerahan komputer riba bagi Bantuan Pendidikan JPKM hasil sumbangan dana daripada MAIWP kepada anak-anak Wilayah Persekutuan yang layak pada majlis hari ini.
Beliau berharap agar PRIHATIN dapat memeteraikan perjanjian dan bekerjasama dengan lebih banyak Institusi Pengajian Awam mahupun Swasta.
Serta agensi kerajaan bagi membantu dan meringankan beban lebih ramai anak-anak Keluarga Malaysia, masyarakat dan rakyat Malaysia.
Terutama yang terkesan dan tidak bernasib baik di samping kita juga dapat menyahut seruan kerajaan yang menekankan prinsip ‘Keluarga Malaysia’.
-menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato’ Mohd Aizuddin bin Mohd Ghazali,
KERJASAMA SEMPENA SIRI JELAJAH PENDIDIKAN
Beliau turut merasakan bahawa melalui kerjasama ini pelbagai aktiviti dan program dapat dirancang dan dilaksanakan bersama.
Terutama dalam pembangunan pelajar yang berdaya saing ke arah melahirkan modal insan dalam kalangan graduan untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan
Kerjasama ketiga-tiga pihak ini adalah sempena siri Jelajah Pendidikan Prihatin yang diwujudkan bagi membantu pelajar-pelajar kategori B40 yang melanjutkan pelajaran di UNITAR serta UPNM.