FUN WALK WORLD LUNG DAY 2022, AMAZING!

FUN WALK WORLD LUNG DAY 2022, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pernah tak anda terfikir yang ada sambutan untuk Hari Paru-Paru Sedunia atau World Lung Day 2022.

WORLD LUNG DAY 2022

Di sambut pada 25 September 2022 dimana tarikh ini diangkat seluruh masyarakat dunia untuk mengingatkan tentang penjagaan kesihatan paru-paru.

Ianya satu peluang untuk kita semua bersama-sama mempromosikan penjagaan kesihatan paru-paru yang lebih baik pada peringkat global.

ASTHMA MALAYSIA

Telah menganjurkan satu acara berjalan kaki iaitu Fun Walk. Sempat lagi berkongsi bagaimana seorang pesakit asma dapat mengawal penyakitnya dengan lebih baik.

Bahkan penganjuran aktiviti ini juga adalah untuk menyokong pesakit yang mengalami masalah paru-paru agar mereka mampu mengawal pernafasan dengan sempurna.

Bagi meningkatkan kesedaran tentang ini terdapat 4 fokus yang diberi penekanan iaitu:

  • Katakan tidak kepada tembakau
  • Lindungi mereka melalui vaksinasi
  • Menghirup udara bersih
  • Lakukan senaman fizikal secara berkala

FUN WALK WORLD LUNG DAY 2022

Memilih lokasi di Taman Botani Shah Alam seawal jam 7 pagi untuk sama sama bermula larian.

YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia dan juga Dr. Helmy Haja Mydin yang merupakan Pengasas Bersama Asthma Malaysia antara yang turut hadir.

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang Fun Walk World Lung Day 2022 anjuran Asthma Malaysia. Dengan kerjasama Malaysian Thoracic Society dan Lung Foundation of Malaysia.

Turut menyertai kolaborasi adalah jenama Johnson & Johnson dan juga AstraZeneca

KAWASAN LALUAN

Fun Walk kali ini adalah jarak sejauh 5KM buat semua peserta. Yang lebih menarik ialah persekitaran yang hijau. Pelbagai flora dan fauna terpelihara.

Keadaan cuaca redup seakan setuju untuk menjadikan acara Fun Walk lebih bermakan terutama untuk merakam memori.

KEKAL SIHAT

Setuju bukan dimana aktiviti berjalan sememangnya sangat baik untuk membantu mengekalkan sihat. Ada pula yang berkongsi dimana bila keadaan badan ‘fit’ dapat membantu menjaga paru-paru.

Selain itu boleh juga mengambil pemakanan sihat selain bersenam secara berkala sangat penting. Kalau boleh elakkan mereka yang merokok jika ‘sayangkan paru-paru’ anda.

Inisiatif Global untuk Asma (GINA), sebuah organisasi kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang diasaskan pada tahun 1993 untuk meningkatkan kesedaran global tentang Asma.

Walaupun asma tidak dapat disembuhkan, ia mungkin diuruskan untuk mengurangkan dan mengelakkan serangan asma, yang juga dikenali sebagai episod atau eksaserbasi.

KAWAL PERNAFASAN

Perasaan tak dimana setiap kali kita berjalan samada naik atau turun laluan bukit kita akan bernafas.

Ada ketikanya kita rasa penat dan lelah tetapi bagaimana kita mengawal pernafasan dengan cara yang betul sememangnya sangat membantu untuk kita terus mara berjalan ke hadapan.

Hari yang sama pelbagai aktiviti dan booth dibuka untuk kesedaran orang ramai. Ceramah kesihatan ‘Noticing our breath in daily life’ banyak memberi informasi dan faedah.

HARAPAN

Seronok ke Fun Walk World Lung Day? Memang seronok kerana bukan setakat menjaga kesihatan diri tetapi juga dapat menghabiskan masa berkualiti dengan keluarga.

Berharap sangat ia dijadikan sebagai acara tahunan untuk kempen menjaga paru-paru mereka yang tersayang. Lagi-lagi jika selesai ‘walk’ ini diberikan medal sebagai tanda kenangan

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge