DEEPAVALI DI PAVILION KL MEMANG BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tak sangka dalam dua minggu lagi bakal menyambut ‘Pesta Cahaya’ atau lebih dikenali dengan Deepavali.
BULAN OKTOBER PELBAGAI SAMBUTAN
Tahukah anda dimana bulan Oktober sememangnya adalah bulan penuh dengan pelbagai sambutan. Antaranya Hari Sukan Negara, kempen Kesedaran Kanser Payu Dara dan kini Deepavali
DEEPAVALI DI PAVILION KL
Bakal disambut dengan meriah di pusat membeli-belah Pavilion Reit KL. Pasti sibuk membuat persiapan bukan? Jika ingin mencari juadah-juadah yang sedap dan ada rasa tradisi dari india boleh cuba
RESTORAN ROYAL INDIA
Seperti namanya Royal India, semestinya bila menikmati hidangan di sini dilayan bak raja di meja makan. Antara juadah yang ada seperti
Ayam Kolapurii, Palak Paneer Berkrim, Ayam Barbeque Tikka, Biryani Ayam Dum, Kulfi Mangga, Gula Jamun dan banyak lagi menu menarik
Lokasi: Royal India, Aras 6 & Barbeque Nation, Aras 9, Pavilion KL
FLORISM DE ART
Inginkan hiasan atau dekorasi dalam rumah? Apa kata dapatkan bunga-bunga segar di Florism de Art. Menawarkan pelbagai jenis bunga dan juga gubahan yang dipinta.
Kediaman pasti tampil berseri dengan kehadiran bunga yang disusun indah dalam pasu. Bulu merak katanya membawa tuah, bunga berona merah pula kasih sayang serta gembira.
Bagi rona oren pula dikatakan mewakili sifat optimis. Pastinya tambahan warna-warni dengan hiasan bunga-bungaan menguntum segar menceriakan Deepavali.
Lokasi: Florism de Art, Aras 2, Pavilion KL
HARRISTON CHOCOLATIER CAFE
Peminat coklat ini tempat untuk anda. Semestinya dapat memenuhi pilihan pemanis mulut anda. Untuk Deepavali kelainannya adalah ditambah dengan sedikit rempah dalam coklat-coklat.
Antaranya Coklat Kari Susu, Coklat Gelap Cili dan Coklat Gelap Halia. Cuba sendiri dan anda pasti membawa pulang coklat-coklat ini untuk berkongsi dengan insan-insan tersayang.
Lokasin: Harriston Chocolatier Cafe, Aras 3, Pavilion KL
LES NEREIDES PARIS
Serikan penampilan sepanjang perayaan Deepavali dengan mengenakan koleksi barang-barang kemas dari Les Néréides Paris!
Mungkin anda boleh menambah seri anarkali pastel ataupun pada lehenga anda, sepasang anting-anting pastinya menambah daya tarikan anda.
Anda juga boleh menambah seri dengan pilihan rangkaian batu permata, logam pepejal atau pun bunga-bungaan untuk menaikkan seri pakaian yang anda pakai!
Lokasi: Les Néréides Paris, Aras 4, Pavilion KL
KENDO MARTIAL ARTS
Jom beraksi sambil mengeluarkan peluh di Tokyo Street sempena sambutan Taiiku No Hi atau Hari Sukan.
Jepun menyambut Taiiku No Hi pada hari Isnin kedua setiap Oktober. Ini cara untuk menggalakkan rakyat Jepun menyukai sukan, bersenam dan mendapatkan kesihatan yang baik.
Hasil kerjasama bersama Persatuan Kendo Malaysia, pengunjung yang datang ke pPavilion KL boleh menyaksikan demonstrasi Kendo.
Sertai kelas Kendo untuk mengetahui lebih mendalam akan seni pertahanan diri yang mengguna pedang daripada buluh.
Lokasi: Tokyo Street, Aras 6, Pavilion KL
PINK OKTOBER BY NATIONAL CANCER COUNCIL [MAKNA]
Memandangkan bulan Oktober adalah bulan kesedaran mengenai Kanser Payudara, ayuh semua kita Celebrate Pink!. Bermula 24 hingga 31 Oktober, anda boleh melawat pameran MAKNA.
Di pameran ini, jururawat terlatih akan berada sepanjang pameran dan membantu mereka yang ingin melakukan ujian klinikal payu dara .
Juga mengalami pengalaman VR untuk mendapat maklumat lanjut mengenai kanser penyerang utama bagi wanita ini.
Anda juga boleh membeli barangan yang dijual secara tak langsung anda menyumbangkan pada tabung.
Ia dapat menyokong pada hasil penyelidikan, pencegahan, rawatan, penawar dan membantu mereka yang terjejas kewangan disebabkan oleh penyakit ini.
Lokasi: Pameran MAKNA (Bertentangan Sports Direct), Aras 1, Intermark Mall
Bertetapan dengan tema Pink sempena Kempen Kanser Payu Dara ini, beg-beg tangan berona merah jambu sangat bertetapan untuk meningkatkan kesedaran akibat kanser tersebut.
Jom lihat rangkaian koleksi beg mini Valentino Mini Roman Stud dan Jacquemus’ Le Grand Chiquito yang juga dipanggil Beg Mikro. Kecil bukan sebarang kecil, namun ia mampu memberi impak yang besar.
Lokasi: Valentino, Aras 2 & Club 21, Aras 2, Pavilion KL
Saksikan filem-filem seram yang menakutkan sepanjang Halloween ini di Dadi Cinema. Dengan sistem audio yang hebat memenuhi panggung wayang, anda pastinya terasa seram sejuk tatkala menonton filem Rasuk dan Smile.
Lokasi: Dadi Cinema, Pavilion KL Aras 5 & 6, and Da Men USJ Aras 4