IPC DEKOR KRISMAS MEMBERIKAN KELAINAN, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pastinya bila sebut saja mengenai Krismas, perkara pertama yang teringat adalah salji.
Tanpa diduga dimana IPC Shopping Centre melakukan transformasi yang jarang dilakukan iaitu dengan mengitar semua dua kali dekorasi perayaan.
IPC SHOPPING CENTRE
Berpegang teguh kepada prinsip kelestarian yang menjadi tunjang perniagaan mereka, IPC Shopping Centre terus mempertingkatkan pendekatan hijau mereka dengan konsep kitar semula dua kali dekorasi Krismas mereka.
Menerusi usaha kreatif dan berinovasi baharu serta komitmen berterusan ke arah mengurangkan pembuangan sisa ke tapak pelupusan sampah.
Termasuk dekorasi perayaan dan strukturnya telah diperbuat daripada bahan lestari seperti kertas dan papan kayu termampat kitar semula.
ӒNDRA’S ENCHANTING GARDEN
Apa yang lebih mengagumkan adalah dekorasi Krismas bertemakan “Ӓndra’s Enchanting Garden” akan berubah daripada suasana musim sejuk kepada suasana musim bunga yang penuh dengan keajaiban.
Selain bertujuan untuk memupuk amalan guna semula dan kitar semula, penggunaan dekorasi lestari ini turut memberi inspirasi kepada pengunjung bahawa perayaan boleh disambut secara lestari dan penuh kemeriahan, tanpa kompromi.
HIKAYAT SEEKOR ARNAB – ӒNDRA
Inspirasi serta tema untuk sambutan Krismas tahun ini dan Tahun Baru Cina yang bakal menyusul tidak lama lagi berkisarkan kepada hikayat seekor arnab bernama Ӓndra.
Bermaksud ‘perubahan’ dalam bahasa Sweden, serta rakan-rakannya Dala, kuda ikonik Sweden dan Tomte.
Kesemua mereka telah mendapat satu idea iaitu untuk menggunakan taman ajaib Ӓndra bagi memikat hati para pembeli-belah. Membawa mereka ke dalam sebuah dunia yang penuh dengan keajaiban lagi lestari, hijau dan meriah.
TEMA KALI INI ?
Tema “Ӓndra’s Enchanting Garden” ini menyasar untuk mempamerkan kuasa kelestarian. Dengan menggabungkan dan menggunakan semula dekorasi yang sama bagi kedua-dua musim perayaan tersebut dengan sentuhan magik.
PENCAPAIAN LESTARI DAN KREATIVITI
“Tahun ini IPC telah memperjuangkan dan meraikan banyak pencapaian lestari dan kami berhasrat untuk meneruskan momentum ini bagi jangka panjang.
Kami turut mencabar kemampuan dan kreativiti kami bagi memastikan bahawa kami dapat menghasilkan sesuatu kaedah baharu dan berinovasi yang boleh menjamin sambutan perayaan kali ini bukan sahaja menyeronokkan.
Tetapi lestari pada masa yang sama. Kami menamakan konsep ini sebagai kitar semula dua kali di mana kami mahu mengurangkan sisa buangan di samping meraikan perayaan tersebut bersama-sama pelanggan kami.
Kami berharap untuk menetapkan satu penanda aras dalam industri peruncitan tempatan.
Ini bagi menggalakkan pemain industri yang lain agar turut sama mempunyai kesedaran mengenai alam sekitar kerana kelestarian adalah tanggungjawab kita semua.
-Pengurus Besar IPC Shopping Centre, Karyn Lim berkata
PELBAGAI GANJARAN UNTUK TACK CLUB
Bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan kali ini dan memberi ganjaran kepada pelanggan sempena ulang tahun kami yang ke-19.
Kami turut menambahbaik program kesetiaan Tack Club di mana pembeli-belah boleh menukarkan perbelanjaan mereka kepada mata untuk mendapatkan ganjaran tambahan.
2X GANDA TACK POINT
Pelanggan akan menerima dua kali ganda Tack Point di sepanjang Disember ini berserta dengan penambahan pilihan avatar baharu dan minat yang boleh diperibadikan.
Ini adalah sebahagian daripada penambahbaikan digital kami bagi memastikan pengalaman membeli-belah yang bermanfaat dan diperibadikan untuk semua”
E- BAUCAR KRISMAS
Pada perayaan Krismas ini, pelanggan akan menerima e-baucar Krismas bernilai RM10 dengan perbelanjaan minimum RM200. Sehelai kain pengelap kain istimewa happi.kloth Sweden yang boleh biodegradasi dan mesra alam dengan perbelanjaan minimum RM600.
Ahli Tack Club dapat menikmati tawaran promosi yang sama pada nilai perbelanjaan yang lebih rendah iaitu RM500.
Selain itu, terdapat juga banyak lagi promosi lain sempena Krismas yang ditawarkan oleh para penyewa IPC serta pelbagai jualan hujung tahun yang membolehkanpelanggan berbelanja sepuas hati bersama-sama rakan dan ahli keluarga mereka.
PELBAGAI AKTIVITI MENARIK
Pelanggan juga akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan. Seperti bengkel seni dan kraf tangan lestari hujung minggu percuma untuk kanak-kanak yang menjadi ahli Små Club.
Persembahan perayaan Krismas oleh penyanyi karol bagi menyemarakkan suasana serta maskot kesukaan kanak-kanak – Tomte, Swedish Maidens dan Små Club Buddies yang akan membuat kemunculan semasa sesi ramah mesra.
Bazar Krismas juga akan diadakan di kawasan ruang legar pusat beli-belah itu di mana para pembeli-belah boleh memilih daripada pelbagai pilihan hadiah dan tawaran hebat yang disediakan.
ULANG TAHUN KE-19 IPC SHOPPING CENTRE
Bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan pada tahun ini, IPC Shopping Centre turut meraikan ulang tahunnya yang ke-19.
Pada 17 dan 18 Disember ini dengan memberikan set bekas kutleri yang direka khas secara percuma kepada ahli Tack Club IPC di sepanjang tempoh dua hari tersebut.
Ahli hanya perlu menunjukkan ID keahlian di dalam aplikasi mudah alih IPC mereka kepada pegawai perkhidmatan pelanggan di i-Counter yang terletak di Aras G untuk membuat penebusan.
DARE TO GOAL
Sempena demam bola sepak pula, IPC turut menganjurkan cabaran bola sepak mereka sendiri dikenali sebagai “Dare to Goal” yang dibuka kepada semua ahli Tack Club dan Små Club (berusia 6 hingga 12 tahun) untuk menyertainya pada 17 dan 18 Disember.
Dibahagikan kepada tiga bahagian berbeza, para peserta boleh menguji kemahiran masing-masing.
Antaranya stesen keseimbangan, ketepatan, dan kelincahan bagi merebut peluang untuk memenangi hadiah berupa Beg Cenderamata IPC, set bekas kutleri, dan mengutip sehingga 400 Tack Point.