JOM KE BENGKEL SANTA KLAUS DI SURIA KLCC, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Aneka keajaiban boleh didapati di bengkel Santa ini!

Sambutan Krismas tinggal kurang dari 2 minggu lagi. Pastinya masing-masing sibuk membuat persiapan bagi yang menyambutnya.

BENGKEL SANTA KLAUS

Pengunjung yang berkunjung ke Suria KLCC sepanjang kempen Hari Krismas bakal dirai dengan keindahan rekaan hiasan dan alunan meriah yang sinonim dengan sambutan hari Krismas.

Santa Klaus bersama buniannya akan mengedarkan hadiah di karusel alat permainan.

Dalam masa sama, hiasan menara jam akan berbunyi pada setiap jam diiringi dengan melodi perayaan yang akan ditemani bunian yang akan bergerak secara beriringan.

NAUGTHY OR NICE!

Nak tahu apa yang best, apa kata jom singgah dan membuat pendaftaran di skrin interaktif yang disediakan.

Hanya jawab soalan-soalan yang diberikan dan anda akan mengetahui sama ada anda dikategorikan “Naughty or Nice”. 

Santa akan memberi hadiah kejutan pada mereka yang menjawab soalan interaktif ini. Bagaimanapun hadiah kejutan ini terhad untuk 100 pembeli setiap hari.

WAA… KAD UCAPAN PUN ADA?

Pembeli juga dapat menikmati kemeriahan membeli-belah ssempena sambutan Krismas di Suria KLCC.

Satu sudut paparan kad ucapan disediakan untuk pembeli menghantar ucapan perayaan kepada yang tersayang melalui kad ucapan Krismas Suria KLCC.

BENGKEL SANTA WORKSHOP ALIVE

Kanak-kanak juga berpeluang menyertai bengkel “Santa Workshop Alive!”.

Aktiviti mewarna pelbagai watak Krismas yang mana hasil kraf tersebut akan disiar di skrin layar yang pastinya memberi kejutan dan kegembiraan pada kanak-kanak.

Pembeli berpeluang untuk bersua muka bersama Santa Klaus pada sesi hujung minggu manakala kanak-kanak akan diberikan  lolipop secara percuma.

KARUSEL BENGKEL SANTA

Karusel Bengkel Santa bersaiz kecil yang di letakkan di “Ramlee Mall” di Aras 1. Manakala kaunter simpanan hadiah dan alat permainan akan diletakkan di pintu masuk “Ampang Mall” dan “Ramlee Mall”.

Kereta Berkuda Santa boleh dilihat di pintu masuk “Park Mall” yang mana ruangan pemberian hadiah juga boleh didapati di situ.

Kios foto perayaan dan juga cetakkan foto dan e-foto percuma akan disediakan untuk pembeli merakam memori bersama yang tersayang.

POKOK KRISMAS IKONIK 100 KAKI

Pokok Krismas ikonik setinggi 100 kaki adalah hiasan pokok krismas mewah yang tertinggi di Malaysia. Sekali kali lagi akan membuat penampilan di “The Esplanade” untuk menyapa ketibaan pengunjung.

Selain dari pelbagai aksesori unik dan bergemerlapan digantung di pokok tersebut. Pelbagai hadiah juga di letakkan sebagai hiasan utama di ruang bawah pokok krismas tersebut sinonim dengan tema bengkel Santa. 

Dekorasi ini mampu memberikan peluang untuk pengunjung mengambil gambar yang lebih mesra dengan panggilan “insta- worthy”.

SAMBUTAN YANG DITUNGGU

“Dengan kepelbagaian ganjaran kami berharap untuk membantu jualan para peruncit dengan sambutan perayaan yang meriah sebagai tirai penutup untuk tahun ini.

Sambutan Krismas sentiasa menjadi sambutan yang amat penting buat kami di Suria KLCC melihat dari sudut kemeriahan suasana yang kami sediakan untuk pembeli.

Bagaimanapun, kami tidak lupa untuk memastikan tahap keselamatan yang tinggi untuk setiap pengunjung bagi mengekalkan persekitaran yang terlindung menginjak sambutan akhir tahun.

Kesimpulannya, sambutan Krismas bukan dinilai dari sudut dekorasi yang meriah dan paparan yang indah semata-mata. Ia adalah sambutan yang sinonim dengan saat meluangkan masa bersama mereka yang tersayang.

Selepas mengharungi tempoh gitar yang baru sahaja berlalu, terlalu banyak detik bersama yang sewajarnya kita raikan”

-ucap Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif, Suria KLCC.

KUMPULAN GREEN RIBBON

Selaras dengan inisiatif Program Kesederan Kesihatan Mental, Suria KLCC akan memberi sokongan kepada Kumpulan Green Ribbon melalui hasil jualan Pin Reben Suria.

Pin reben tersebut boleh didapati di kaunter pertanyaan Suria KLCC pada harga RM10 setiap pin.

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge