Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

The Swede-est Christmas di IPC Shopping Centre Memberikan Kelainan| Diilhamkan oleh kota lama, Gamla Stan di Stockholm, Sweden, IPC membawakan suasana Krismas yang betemakan The Swede-est Christmas tahun ini.Ruang legar IPC ditransformasi menjadi tapak perayaan bersalji dengan sentuhan unik negara Sweden termasuk reindeers, figurin Tomte, Yule Goat dan pokok Krismas yang setinggi 19-kaki.

IPC juga meraikan ulang-tahunnya yang ke-15 tahun ini. Terdapat pelbagai aktiviti menanti anda sekeluarga seperti bengkel membuat hiasan Krismas, sesi bertemu Tomte dan gadis Sweden, persembahan tarian Swedish Polska dan seni kraftangan untuk kanak-kanak.

Terdapat pelbagai promosi dan ganjaran yang ditawarkan kepada pengunjung-pengunjung yang berbelanja di IPC dari sekarang sehinggga 1 Januari 2019:-

• Untuk satu hari sahaja, 15 pembeli yang bertuah berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM25,000 semasa IPC 15th Anniversary Giant Mission Box Giveaway .

Sebuah kotak misi gergasi, A Giant Mission Box akan didirikan di concourse Aras G pada 15 Disember 2018, jam 3:00 petang.
Pembeli harus memilih satu misi untuk disempurnakan untuk menebus hadiah mereka.
• Tebus satu kalendar meja 2019 IPC dan kertas pembungkus hadiah dengan berbelanja RM100 dan ke atas dalam satu resit.
• Tebus satu set straw keluli, buku tulis IPC, kalendar meja dan kertas pembungkus hadiah dengan berbelanja RM500 dan ke atas dalam kombinasi maksima 2 resit.



Selaras dengan misi IPC sebagai destinasi seisi keluarga, kelab kanak-kanak IPC Små Club turut dilancarkan untuk kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun. Keahlian percuma untuk satu tahun membolehkan ibubapa kanak-kanak menikmati promosi dan diskaun yang ditawarkan di IPC serta pelbagai ganjaran, aktiviti dan hadiah hari jadi.

Untuk maklumat lanjut tentang The Swede-est Christmas, sila layari www.ipc.com.my.

1 Comment

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge