Jika anda peminat pengarah Jack Neo, pengarah filem terkenal dari Singapura dimana kebanyakan filem yang diarahkannya mendapat sambutan hangat. Kini kembali dengan filem terbaru I Not Stupid 3!

I NOT STUPID 3

Kesinambungan Dari filem sebelum ini iaitu “I Not Stupid” (2002) dan “I Not Stupid Too” (2006) dimana untuk filem kali ini masih mengekalkan latarbelakang negara Singapura.

Untuk kali ini masih lagi berceritakan tentang isu kekeluargaan, pendidikan dan juga cabaran yang dihadapi oleh anak-anak kerana ibu bapa yang inginkan menjadi terbaik dari semua. Mana taknya inginkan anak-anak mereka menjadi yang no 1 pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa.

Ini antara yang dihadapi oleh semua ibu bapa berdepan dengan sistem pendidikan yang kompetitif dan cuba imbangi emosi disebabkan tekanan hidup ataupun tanggapan masyarakat sekeliling.

I Not Stupid 3

PARA ARTIS

Filem ‘I Not Stupid 3’ menampilkan gabungan barisan pelakon dari Singapura, Malaysia serta China. Barisan pelakon kanak-kanak terdiri dari Zhou Yuchen, Camans Kong, Goh Wee-Ann and Joseph Ng Zhiyang.

Selain itu filem ini turut dibintangi Hu Jing, Jae Liew, Collin Chee, Cheryl Desiree Chan, Xixi Lim, Ben Logan Sng, Glenn Yong. Juga Terence Cao, Selena Tan, Patricia Mok, Anna Lin Ruping, Xiong Lingyi, Lee Kin Mun, Richard Low dan Jack Neo sendiri.

SINOPSIS I NOT STUPID 3

Filem ‘I Not Stupid 3’ mengisahkan Wang Zi Hao (lakonan Zhou Yuchen), seorang pelajar yang berasal dari Shanghai, China. Kemudian belajar di sekolah rendah tahap 6 dan menetap di Singapura bersama ibunya.

I not stupid 3

Zi Hao menghadapi tekanan akademik yang hebat apabila rakan sekelas baharunya, Jayden Lee Jun Wei (Camans Kong), menuduhnya menipu sewaktu dalam peperiksaan. Ini untuk mengekalkan statusnya di kedudukan teratas.

Pada masa yang sama, ibu Zi Hao, Wen Ting (Hu Jing), dituduh melakukan pekerjaan tanpa visa yang sah oleh ibu kepada Jayden yang berdaya saing, Sophia (Jae Liew).

I not Stupid 3

Di tengah-tengah kegawatan ini, kedua-dua ibu itu mengakui cabaran yang dihadapi anak lelaki mereka. Bersatu untuk memberi tumpuan kepada kebajikan anak-anak mereka di atas pencapaian akademik dan memilih untuk berdamai.

Filem ini secara berkesan menggambarkan tekanan dan halangan yang dihadapi ibu bapa dan anak-anak semasa berusaha untuk cemerlang dalam pendidikan.

I not Stupid 3

Apa yang terjadi pada Jayden? Dapatkah dia kekal untuk berada di tempat teratas seperti yang diinginkan oleh ibunya Sophia? Bagaimana pula dengan Zi Hao, dapatkah dia memenangi tempat teratas dan secara tidak langsung memenuhi impian ibunya!

Bersedia untuk satu pengalaman emosi yang bercampur baur. Filem ‘I Not Stupid 3’ diedarkan oleh Mega Films Distribution. Kini telah mula ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia bermula pada 27 Jun 2024.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge