8 Tahun Istirehat, Legenda Jacky Cheung Berganding Nicholas Tse & Karena Lam Dalam Filem Aksi Mega Customs Frontline.
FILEM CUSTOMS FRONTLINE
Menerima sambutan hangat dan pujian saat ditayangkan pada 26th Far East Film Festival di Udine, Itali, Mei lalu sebelum meledak di pawagam Hong Kong, Customs Frontline bakal memukau penonton di Malaysia bermula 5 Julai 2024.
SENTUHAN EMAS SUTRADARA
Customs Frontline yang menerima sentuhan emas sutradara, Herman Yau bukan sebuah naskhah klise tentang barisan hadapan (frontline) biasa tetapi mengangkat kepayahan, semangat juang. Juga kecekapan anggota Kastam Hong Kong membenteras jenayah global termasuk penyeludupan senjata api yang jarang memfokus atau menonjolkan kepakaran anggota kastam.
Bagaimanapun menerusi Customs Frontline yang diproduksi Jason Siu, penonton akan didedahkan dengan kecekapan para anggota kastam membenteras jenayah melalui kesan lakon.layar terbaik yang diterajui Erica Li dan Eric Lee.
ANTARA PELAKON YANG TERBABIT
Tentu sahaja sesebuah filem tidak akan ‘bersinar’ tanpa bintang-bintang hebat yang memukau penonton saat ditayangkan di layar lebar. Membariskan bintang berkaliber dengan penampilan perdana legendaris Jacky Cheung selepas lapan tahun berehat berganding bersama aktor berbakat besar, Nicholas Tse, Customs
Frontline yang turut dibarisi Karena Lam, Yase Liu dan Francis Ng sebagai penampilan khas dipenuhi dengan babak aski dan klimaks tanpa henti.
NICHOLAS TSE JADI KOREOGRAFER AKSI?
Nicholas Tse Pertama Kali Jadi Koreografer Aksi, Akan Terus Risikokan Diri Lebih menarik, Nicholas Tse yang menjayakan karakter Chow Ching-lai. Turut menjadi koreografer aksi pertama dalam filem yang digarap selama dua tahun ini.
Tse, 43, menzahirkan keterujaan dalam pembabitan filem ini bukan hanya kerana berganding dengan pesohor seperti Jacky Cheung. Tetapi bagaimana dia merealisasikan babak aksi yang menjadi dambaan selama
“Sewaktu kecil saya selalu meniru aksi Jackie Chan dan Donnie Yen. Jika ditanya, secara jujur saya akan meneruskan tradisi merisikokan diri untuk melakonkan babak aksi dalam filem Hong Kong.
“Kerana itu saya turut menjadi koreografer aksi buat pertama kali dalam sejarah lakonan menerusi Customs Frontline,”
-ujar Tse.
PENUH AKSI TANPA HENTI
“Saya melihat Tse dan Karena membesar dan sinergi mereka sangat menonjol bersama saya di Customs Frontline,”
-kata pemenang pelbagai anugerah Nicholas Tse.
Pemenang Aktor Terbaik dalam Hong Kong Film Award ke- 31 itu juga mahu terus membawa semangat dan dedikasi yang pernah ditonjolkan mendiang Pengarah Benny Chan menerusi dunia
Penuh aksi tanpa henti! Customs Frontline mendapat kerjasama penuh daripada pihak Kastam Hong Kong termasuk membenarkan penggambaran dijalankan di beberapa lokasi penting. Seperti Ibu Pejabat Kastam Hong Kong North Point dan Ngong Shuen Chau Naval Base untuk papara yang lebih realistik.
Bakal memberikan sudut pandangan dan dimensi yang berbeza tentang pekerjaan unit beruniform pegawai kastam yang jarang ditonjolkan. Jangan lupa ke pawagam berhampiran anda bermula 5 Julai 2024.
SINOPSIS CUSTOMS FRONTLINE
Kisah dua pegawai Kastam Hong Kong, Chow Ching-lai (Nicholas Tse) dan Cheung Wan-nam (Jacky Cheung) merupakan pasangan mentor dan anak didik yang akrab. Mereka terlibat dalam siasatan penyeludupan senjata api yang rumit, bersama dengan Interpol.
Rating : ⭐⭐⭐⭐/5