HOTEL SINGGAH PENGERANG -PILIHAN TERBAIK, BEST!

HOTEL SINGGAH PENGERANG -PILIHAN TERBAIK, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kalau berada di Pengerang dan mencari tempat penginapan boleh singgah disini.

Kebetulan hari tu KP tonton bola dengan kengkawan kat Parti Bola Kaw di Singgah Pengerang. Alang-alang ‘book’ terus bilik kat situ senang sikit memandangkan bola pasti habis awal pagi kan.

HOTEL SINGGAH PENGERANG

Hotel ini terletak di Pengerang iaitu salah satu pekan kecil di Daerah Kota Tinggi, Johor. Pengerang berdekatan dengan Tanjung Kapal Sungai Rengit -Teluk Ramunia di Johor.

Ini adalah hotel kedua selain Singgah Kertih yang diuruskan oleh KOPETRO Hotel & Resorts. Berkonsepkan hotel butik sesuai untuk anda yang datang atas urusan kerja mahupun peribadi.

APA YANG MENARIK DI SETIAP BILIK?

Apabila masuk untuk ‘check in’ pasti mata tidak akan terlepas pandang pada satu nie. Ye, mural yang ada didalam setiap bllik adalah berlainan.

Ia adalah lukisan tempat bersejarah mahupun pelancongan di Johor.

Ada Masjid Sultan Abu Bakar 1900, Istana Besar Johor 1866, Istana Bukit Serene 1933, juga Sungai Segget 1920 dan JB Bus Station 1960.

KEMUDAHAN ADA KE?

Pastinya nama hotel, lengkap dengan segala kemudahan seperti televisyen LCD, WIFI dan kelengkapan diri -sabun mandi dan syampu.

Ruangan untuk membuat air pun ada dimana cerek elektrik, kopi atau teh juga air mineral disediakan disamping peti sejuk mini.

Tertinggal sejadah? Tidak perlu risau kerna sejadah disediakan siap dengan arah kiblat juga.

3 JENIS BILIK

Mempunyai tiga jenis bilik iaitu Standard Room, Superior Room dan juga Deluxe Room dengan Balcony atau Tanpa Balcony.

BILIK OKU

Walaupun butik hotel tetapi ada juga bilik khas untuk orang kelainan upaya. Luas dan selesa buat mereka untuk tinggal terutama yang menggunakan kerusi roda.

SINGGAH CAFE

Kalau lapar jangan risau kerana disebelah dengan lobby ada Singgah Cafe. Diuruskan oleh pihak hotel sendiri yang menyediakan makanan sarapan mahupun ‘room service’.

PERKHIDMATAN PERCUTIAN

Trip ke Parti OhBolaKaw di uruskan sepenuhnya oleh KOPETRO Travel & Tours. J

ika ada yang ingin kemana-mana destinasi tidak kira dalam negeri atau luar negara, boleh hubungi pihak KOPETRO.

Ada tour guide berpengalaman disediakan termasuk servis logistik seperti bas. Kalau inginkan maklumat lanjut boleh layari

Website| Facebook | Instagram |607-824 6011

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge