Bukan selalu dapat melihat mereka yang berniaga diatas perahu atau sampan! Pernah berada dalam ‘wishlist’ untuk merasai sendiri Pattaya Floating Market atau Pasar Terapung.

PATTAYA FLOATING MARKET

Ada yang mengelarnya sebagai Pasar Terapung di Pattaya. Kenapa pasar terapung? Sebab perniagaan dilakukan diatas perahu atau sampan! Terapung diatas air.

PATTAYA FLOATING MARKET

Ini adalah diantara permata budaya Thailand dan hub aktiviti harian yang sibuk setiap hari. Menawarkan pengalaman membeli-belah dan juga menjamu selera cara unik yang mempamerkan tradisi Thailand.

PATTAYA FLOATING MARKET

TARIKAN TEPI SUNGAI

Ditubuhkan sejak tahun 2008, Pattaya Floating Market adalah tarikan tepi sungai di Pattaya yang mempamerkan dan mempamerkan komuniti hidup di tepi sungai Thai purba.

PATTAYA FLOATING MARKET

Ini antara cara hidup sebelum zaman moden dan masih lagi dikekalkan hingga kini.

PATTAYA FLOATING MARKET

Termasuk budaya yang dipamerkan dan produk tempatan dari empat wilayah utama Thailand dimana produk yang dijual dengan harga yang berpatutan.

PATTAYA FLOATING MARKET

OPERASI

Terletak di 451/304 Moo. 12, NongPrue, Banglamung, Chonburi 20150 dibuka dari 9 pagi hingga 7 petang setiap hari. Kemasukan akhir jam 6.30 petang

PATTAYA FLOATING MARKET

Rangkaian laluan air yang luas, dimana Pattaya Floating Market memang meriah. Menampilkan lebih 400 kedai dan menjual diatas bot kayu tradisional yang sarat dengan kraftangan, produk tempatan dan makanan jalanan Thai yang lazat.

PATTAYA FLOATING MARKET

SEPANJANG TERUSAN

Ya betul! Perniagaan dilakukan diatas perahu atau sampan. Sambil meluncur di sepanjang terusan dengan bot dapat meneroka pelbagai Zon yang mewakili kawasan berbeza di Thailand. Masing-masing menawarkan produk dan makanan tempatan yang berbeza mengikut wilayah Utama.

PATTAYA FLOATING MARKET

Selain itu juga ada persembahan kebudayaan, termasuk tarian tradisional Thai Dan pertunjukan tinju laut [Muay Thai] yang bakal membuat anda terpukau dan bersorak.

PATTAYA FLOATING MARKET

Ini juga antara tarikan di Pattaya Floating Market dimana memberikan gambaran budaya Thai yang menarik Dan wajib dikunjungi ke sini jika ingin mengalami cara hidup tempatan.

PATTAYA FLOATING MARKET

MUAY THAI

Perbezaan perlawanan Muay Thai di sini adalah bertarung diatas palang dibawah Sungai. Bertarung untuk menjatuhkan lawan ke dalam air. Teruja, rasa sakit, rasa geram mahupun puas apabila menyaksikan perlawanan Muay Thai didepan mata. Dikongsikan jadual buat yang menggemari sukan Muay Thai

PATTAYA FLOATING MARKET

– 11.30am – 12pm
– 1pm – 1.30pm
– 3pm – 3.30pm
– 4.30pm – 5pm

PATTAYA FLOATING MARKET

GERAI YANG ADA

Pelbagai gerai jualan ada disini Dari produk kesihatan, pakaian, perhiasan rumah mahupun dapur.

PATTAYA FLOATING MARKET
PATTAYA FLOATING MARKET

Belum lagi makanan popular Thailand ke makanan esotik dan minuman seperti Thai Tea ke just buah segar.

PATTAYA FLOATING MARKET
PATTAYA FLOATING MARKET

Kesimpulannya, masukkan lokasi ini sebagai lokasi wajib untuk disinggah sewaktu berada di Pattaya, Thailand. Rasai pengalaman menaiki perahu atau sampan kelilingi Pattaya Floating Market.

PATTAYA FLOATING MARKET

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge