Antara tarikan terbaru yang ada di sekitar Kuala Lumpur untuk anda cuba rasai.
SKYLINE LUGE
Taman Luge pertama yang dibina di Malaysia yang terletak di sekitar Gamuda Gardens. Terletak di Gamuda Gardens dimana seluas 810 ekar, di tengah-tengah Koridor Pertumbuhan Utara Lembah Klang.
Skyline Luge dicipta pada tahun 1985 dan dimiliki oleh pengendali pelancongan global, Skyline Enterprises,.
Berrpangkalan di New Zealand. Skyline Luge Kuala Lumpur akan menjadi taman Luge pertama di Malaysia, tapak Luge ke-8 di dunia, dan ke-2 di Asia Tenggara.
LUGE RIDE
Menawarkan trek untuk mengemudi Luge Ride yang beroda tiga di Skyline Luge Kuala Lumpur. Lebih dari 1.6 kilometer panjang dan mempunyai empat trek untuk di cuba dari Legend, Ultra, Gravity dan Express.
Kalau ditanya berapa panjang atau jauh untuk setiap trek lebih kurang 650 meter panjangnya. Kalau tengok macam jauh tetapi bila cuba terasa dekat.
GAMUDA GARDENS
Bakal menjadi perintis kepada terowong terpanjang yang pernah dibina dalam portfolio Skyline yang telah menjadi tuan rumah kepada lebih daripada 50 juta perjalanan di seluruh dunia.
Menariknya, terowong ini akan dinyalakan dengan ciri lampu LED animasi.
SKYRIDE
Selain Luge Ride, pengunjung juga boleh mencuba Skyride.
lif kerusi yang membolehkan anda menikmati panorama sekitar Gamuda Gardens.
MASA OPERASI
Dbuka dari hari Khamis hingga Selasadari jam 10 pagi hingga 6 petang. Jika ingin ke sini pada hari Jumaat, Sabtu mahupun Ahad, boleh cuba menaiki ride pada waktu malam.
Ini kerana masa operasi sehingga jam 10 malam. Kalau hari Rabu pula akan ditutup.
Skyline Luge pastinya menjanjikan pengalaman yang menggembirakan untuk seisi keluarga kerana ia bukan sahaja membuatkan anda berdebar-debar sewaktu menaiki Skyride, mengemudi Luge Rider.
FUNPARK & ESCAPADES
Untuk anak-anak atau mereka yang berasa takut akan ketinggian boleh menikmati keseronokan yang ditawarkan di FunPark dan Escapades serta Big Bucket Splash.
Ketiga-tiga tarikan dinamik ini akan membuatkan anda memilih sebagai destinasi utama bagi seisi keluarga.
Mana taknya menawarkan gabungan pengembaraan, hiburan dan keseronokan yang tidak dapat dilupakan semua peringkat umur.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi salah seorang yang pertama mengalami Luge.
Mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama rakan dan keluarga anda dengan mendapatkan tiket anda dalam talian sekarang!