SALAM TAIWAN – ISLAM DI TAIWAN, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Islam di Malaysia adalah agama rasmi, tetapi bagaimana dengan negara lain. Seperti contoh Taiwan
ISLAM DI TAIWAN
Merupakan agama yang minoriti di Taiwan, dengan kira-kiranya 0.7% sahaja penduduknya yang mengamalkan ajaran Islam iaitu dalam anggaran 60,000 penduduk.
Walaubagaimanapun, terdapat hampir 250,000 pekerja asing beragama Islam – terdiri dari warga Indonesia, Malaysia, Thailand dan Filipina.
Terdapat juga segelintir dari negara Timur Tengah yang membuka restoran yang menyajikan makanan tradisi halal mereka di sana.
ADA 11 MASJID DI SELURUH TAIWAN
Terdapat sekurang-kurangnya 11 masjid di seluruh Taiwan, dan yang perlu dikunjungi adalah Masjid Besar Taipei (Taipei Grand Mosque) – yang terbesar dan tertua di sana.
Tips : kunjunginya ketika waktu Solat Jumaat – persaudaraan yang terjalin sememangnya mengagumkan!
PERKONGSIAN ATAU TIPS UNTUK ANDA
- Badan yang memberikan pengiktirafan akan makanan halal di Taiwan -diberikan kerjasama oleh JAKIM, Indonesia dan Singapura. Jadi disini keyakinan itu kuat.
- Taiwan juga diiktiraf sebagai “Destinasi Inklusif Tahunan [bukan OIC] dalam majlis “Anugerah Pelancongan Halal 2022”!
- Restoran yang berstatus halal di Taiwan juga menjadi antara pilihan warga setempat uyang bukan beragama Islam. Maksudnya kualiti juadahnya antara yang terbaik.
- Sesetengah hotel juga menyediakan menu khas untuk penginap Muslim. DIhidang menggunakan pinggan mangkuk yang mempunyai logo HALAL.
- Kebelakangan ini, Kerajaan Taipei turut mensasarkan pasaran Muslim dalam bidang pelancongan perubatan.
- Terutama bagi sektor pengurusan kesihatan dan perubatan estetik. Dengan menggalakkan klinik dan hospital tempatan mendapatkan pengiktirafan status mesra Muslim dan sijil halal.
Dapatkan lebih maklumat tentang Islam di Taiwan melalui akaun Facebook rasmi Tourism Bureau, YouTube and website.
Website| Facebook | 03-2070 6789- [9:00am – 5:30pm]