HOSPITAL ISLAM AZ-ZAHRAH SAMBUT ULANGTAHUN KE-25, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini mencatatkan satu detik bersejarah untuk Hospital Islam Az-Zahrah
HOSPITAL ISLAM AZ-ZAHRAH
Yang pertama dibuka di kawasan Bangi dan Kajang meraikan ulangtahun ke-25 pertubuhannya sejak di buka pada 10 Oktober 1997.
HOSPITAL MESRA IBADAH
ini adalah salah satu hospital swasta yang mempraktikkan Islam bersesuaian dengan konsep ‘Hospital Mesra ibadah’. Motto pula berasaskan ‘dengan Keprihatinan, Kami Merawat Pesakit’.
Hospital Islam Az-Zahrah fokus memberikan rawatan mesra untuk memudahkan para pesakit melaksanakan ibadah kepada Yang Maha Esa. Walaupun ketika ditimpa ujian dari segi kesihatan.
LEBIH KEPAKARAN DITAWARKAN
Bermula dengan hanya menyediakan perkhidmatan kepakaran Perbidanan dan Sakit Puan serta klinik pesakit luar.
Alhamdulilah kini masih menawarkan perkhidmatan kepakaran multidisiplin. Masih mengekalkan harga yang berpatutan dan kompetitif bagi khidmat swasta.
Terdiri daripada barisan doktor-doktor pakar yang bertauliah serta pasukan yang berwibawa -kumpulan syarikat Az-Zahrah seperti Megaklinik Zahran dan Pusat Dialisis Bangi.
BUKA CAWANGAN BARU?
Bakal melebarkan sayap dalam perkhidmatan ini dimana bakal mengembangkan rangkaian hospital ke 12 cawangan di selurauh negara.
5 cawangan hospital dan pusat ambulatori telah tersedia didalam fasa rancangan 5 tahun.
Cawangan kedua di Bandar Tun Hussein Onn dalam proses hampir siap dimana bakal dilancarkan pada tahun ini.
“Kami percaya model perniagaan Hospital Islam Az-Zahrah yang berkonsepkan ‘Hotel Mesra Ibadah’ ini telah matang untuk dikembangkan’
-kata Tuan Hj Abdul Rahman Mt Dali.
SOKONGAN BERTERUSAN
Sambutan yang julung kali ini diadakan bertujuan untuk menghargai sokongan berterusan kesemua pemegang taruh. Antaranya Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pejabat Kesihatan Daerah Negeri Selangor.
Tidak lupa juga pada agensi kerajaan seperti Bomba, Polis. Majlis Pebandaran Kajang, syarikat korporat, hospital dan klinik kerajaan serta pihak media.
Selama 25 tahun penubuhan, kami berharap dapat memperkukuhkan hubungan dan melaksanakan perkongsian strategik perniagaan dengan semua pihak dalam masa terdekat ini.