HIJABISTAHUB & SOULTAN ROYALE NIGHT – THE BEST FASHION SHOW!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Memandangkan Ramadan bakal tiba maksudnya persiapan untuk Syawal pun bakal bermula.
HIJABISTAHUB
Merupakan sebuah jenama pakaian wanita yang sudah mula bertapak sejak tahun 2016.
Pertunjukkan fesyen yang diadakan ini merupakan acara yang julung kalinya diadakan setelah 8 tahun berada di dalam industri fesyen tanah air.
Jenama yang saban tahun membina nama ini mungkin tidak asing lagi bagi kaum wanita terutamanya.
Acara tersebut telah berlangsung di JW Mariott Hotel, Kuala Lumpur pada 2 Mac 2023 yang bertemakan Royale Night.
Dihadiri lebih daripada 300 jemputan yang kebanyakkannya merupakan selebriti terkemuka dan pempengaruh media sosial.
SOULTAN DAN AERIL ZAFREL?
Memperkenalkan satu jenama baru iaitu Soultan yang membawakan koleksi Baju Melayu.
Jenama Soultan ini merupakan hasil kolaborasi bersama pelakon popular tanah air, Aeril Zafrel.
Perbarisan berpanji yang membawa keris ke pentas utama membuka tirai sebagai simbolik pelancaran kepada jenama berkenaan.
Selain itu, pelbagai koleksi pakaian bagi wanita yang ditampilkan dalam pertunjukkan berkenaan yang berunsurkan elemen moden klasik dengan sentuhannya yang begitu menawan.
KOLEKSI EKSKLUSIF WAWA ZAINAL
Dalam pada itu, turut ditampilkan empat koleksi eksklusif daripada artis wanita popular Wawa Zainal yang mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Kehadiran beberapa orang kerdil dengan mengusung Wawa Zainal ke pentas utama menjadikan gimik yang sangat istimewa sebelum pengenalan kepada koleksi berkenaan.
Koleksi yang ditampilkan oleh HijabistaHub ini membuktikan bahawa kualiti dan karya jenama tempatan juga mampu untuk berada setanding dengan hasil karya jenama antarabangsa diluar sana.
Dalam ucapan oleh pengarah HijabistaHub juga menyebut bahawa impian mereka yang ingin direalisasikan untuk membawa jenama ini lebih jauh dan lebih dikenali.
PAKAIAN SEDONDON UNTUK SATU FAMILY
BARISAN SELEBRITI YANG TURUT ‘CATWALK’
Turut ditampilkan dalam pertunjukkan fesyen HIjabistahub & Soultan adalah dari barisan selebriti-selebriti.
Antaranya ialah Alif Aziz & Bella Astilah, Mawar Rashid & Raf Yaakob, Amyra Rosli & Iman Troye.
Tidak ketinggalan mereka memperkenalkan barisan pempengaruh media social yang tidak asing lagi iaitu, ryan Bakery & Boss James.
Selain persembahan oleh Anuar Zain, Ernie Zakri & Syamel. Kemeriahan sambutan pertunjukkan festyen berkenaan turut dirasai oleh semua yang hadir.
Boleh dapatkan koleski Hijabistahub & Soultan di platform online dan juga dibutik yang berlokasi di Setia Alam, FourSeason Kuala Lumpur, Kelantan dan booth mereka di Plaza Angsana, Johor Bahru.