TRADISI SEMARAK RASA DI KL CONVENTION CENTRE, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Waa. ini antara lokasi yang wajib untuk berbuka puasa setiap tahun.
Majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur ConventIon Centre‘s yang popular dan senantiasa dinanti-nantikan .
TRADISI SEMARAK RASA
Kini kembali dari 27 Mac hingga 17 April 2023, tetamu berpeluang merasai dan menikmati ‘Resipi Keluarga Asli’. Dicipta khas oleh barisan chef pemenang anugerah Pusat Konvensyen.
Baca: rendang hitam
ANTARA MENU TRADISI YANG ADA
Menu berbuka puasa membawakan gabungan sajian tradisional dan moden di samping juadah Ramadan kegemaran.
Termasuk ayam masak rendang hitam, asam pedas daging tetel tulang rawan, gulai udang nangka muda bersama cendawan.
Ada juga hitam dan kacang mungai ayam bakar lengkuas cencaluk, sira ubi kayu, gulai daging tetel bersama rebung madu.
Nak lagi menarik ‘Bubu Ikan’ – ikan bakar bersama sos pilihan dan makanan iringan, dan banyak lagi.
SAJIAN NOSTALGIA RAMADAN
“Pada bulan Ramadan kali ini, mereka yang menjamu selera di sini akan menikmati pengalaman yang pasti tidak dilupakan dengan masakan lazat.
Disediakan khas oleh pasukan kulinari kreatif kami yang datang dari seluruh pelosok negara. Berkongsi resipi masakan dari kampung masing-masing untuk menjadi pilihan juadah berbuka puasa kami pada tahun ini.
Di samping pelbagai sajian nostalgia Ramadan, kami juga menyajikan pilihan kontemporari dan antarabangsa. Untuk para pelanggan yang mahu menikmati kepelbagaian rasa dan sedikit kelainan.”
-kongsi Hisham Bin Jafaar, Chef Eksekutif Pusat Konvensyen.
GANDING BAHU DENGAN YAYASAN BANTUAN MAKANAN
“Dengan dapur Pusat Konvensyen yang disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), para tetamu beragama Islam kami boleh menikmati hidangan.
Pada bulan Ramadan ini, kami terus mengukuhkan komitmen kami terhadap kelestarian dengan menggunakan 70% hasil dan ramuan tempatan.
Kami juga berganding bahu dengan Yayasan Bantuan Makanan dan juga rakan-rakan kerjasama kami.
Berusaha mengurangkan pembaziran dan akan memberikan makanan lebihan daripada bufet Ramadan kepada golongan yang menerima bantuan daripada organisasi tersebut.”
-sambung Chef lagi.
HARGA PAKEJ RAMADAN
Dtawarkan pada harga RM188.00 dewasa RM 94.00 kanak-kanak dan warga emas boleh ditempah untuk tarikh dari 27 Mac dan 17 April 2023.
FASILITI YANG ADA
Antara kemudahan yang disediakan oleh Pusat Konvensyen Termasuk bilik solat, sejadah, selipar dan tempat mengambil wuduk. Membolehkan umat Islam menunaikan kewajipan mereka selepas berbuka puasa.
KERJASAMA DENGAN STARVENDORS
Pada bulan Ramadan ini, Pusat Konvensyen juga bekerjasama dengan StarVendors. Salah satu daripada jenama beli-belah terbesar di Malaysia.
Menganjurkan Pesta Mega Raya StarVendors KLCC 2023, dari 13 hingga 17 April 2023. Acara ini akan diadakan selama 100 jam berturut-turut dan memberi peluang kepada usahawan tempatan.
Termasuk ramai artis terkenal Malaysia, yang akan membuka ‘reruai’ untuk menjual produk mereka.
Antara selebriti dan pempengaruh yang menyertai Pesta Mega Raya StarVendors KLCC 2023 antara lain termasuk Ifa Raziah, Datuk Sri Vida, dan Dato Aliff Syukri.
Para tetamu diberi jaminan kecemerlangan perkhidmatan dan kelazatan sajian 5 bintang di majlis berbuka puasa Pusat Konvensyen untuk orang ramai.