HAVOC STREET FOOD FESTIVAL 10.0 KINI KEMBALI, APA YANG BEST?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pasti dah biasa dengar akan jenama Havoc Street Food Festival bukan? Tapi adakah anda sedar ada kelainan pada festival kali ini?
HAVOC FOOD FESTIVAL
Havoc Event & Management Sdn Bhd (HAVOC) yang lebih popular sebagai Havoc Food Festival sememangnya cukup terkenal.
Acara meraikan masyarakat bersama acara hiburan yang pastinya ‘pecah’ dengan sambutan serta kunjungan orang ramai.
SEMPENA PROGRAM CUTI-CUTI MALAYSIA
Havoc yang ditubuhkan pada tahun 2019 ini telah memperkenalkan Havoc Food Food Festival pada tahun tahun 2020 kepada Tourism Malaysia sempena program Cuti-Cuti Malaysia iaitu “Year Visit Malaysia”.
Namun tidak disangka, festival ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan di mana 100,000 telah berkunjung pada jelajah Havoc 2.0 di Kuantan, Pahang.
Sejak itu, Havoc telah menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia bermula di Shah Alam, Selangor, Kuantan, Pahang, Johor Bahru, MITC Melaka dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
HAVOC STREET FOOD FESTIVAL 10.0
Untuk tahun 2023 ini, Havoc bercadang membuat satu kelainan dan menambah nilai dalam acara itu, iaitu memperkenalkan Program Islamik Havoc Street Food Fest 2023.
“Visi kami adalah untuk menjadi karnival pilihan usahawan dan artis dalam sektor makanan dan minuman.
Membantu menaikkan ekonomi serta dapat menyediakan aktiviti kekeluargaan dalam masa yang sama dapat membantu menaikkan sektor pelancongan di Malaysia.
Alhamdulillah pada 2 hingga 5 Mac 2023 lalu, Havoc 9.0 telah berlangsung di Dataran Karnival Stadium Shah Alam dan telah memecahkan rekod karnival sebelum ini.
Kami menerima kunjungan lebih daripada 150,000 pengunjung malah pada masa itu kita sudah memulakan program Islamik dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan”
-ujar Faizul Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Havoc Event & Management Sdn Bhd.
DITAJA OLEH ADE AZHAR TRADING SDN BHD
Program Islamik Havoc Street Food Fest 2023 ini telah ditaja oleh ADE AZHAR TRADING SDN BHD (AATSSB).
Syarikat pengedar bahan-bahan ilmiah premium dan esksklusif khususnya ke sekolah di dalam Malaysia yang mana produk-produk diedarkan hanya boleh diperoleh melalui wakil AATSB sahaja.
KERJASAMA ANTARA HAVOC EVENT & ADE AZHAR TRADING
Oleh itu satu majlis menandatangani memorandum telah diadakan di Hotel Mardhiyyah Shah Alam.
Menyaksikan kerjasama antara Ketua Pegawai Eksekutif, Havoc Event & Management Sdn Bhd, Faizul Mohd Yusof dan Pengarah Urusan ADE AZHAR TRADING SDN BHD, Tuan Ade Azhar Ismail.
PROGRAM SEPANJANG FESTIVAL
Antara program yang akan dilaksanakan sepanjang festival adalah Program Ilmu ‘Allah Tak Pernah Benci Kita’ . Bakal berlangsung pada 2 Jun 2023, pukul 9 malam di Dataran Serambi Teruntum Kuantan.
Dikendalikan oleh Syahdu Syahdan selaku moderator. Dilengkap dengan PU Amin yang juga Duta ADE AZHAR TRADING dan Da’l Izhar selaku panel.
Manakala untuk malam kedua iaitu 3 Jun 2023, pukul 9 malam akan diadakan Malam Berselawat & Qasidah Perdana. Penampilan khas Habib Nael Bentaher, Habib Mahdi Alhamid, Syeikh Mahmoud Wasobi dan kumpulam Inteam.
Orang ramai dijemput hadir ke festival ini. Masuk adalah percuma dan tempat duduk disediakan dan digalakkan membawa tikar untuk duduk sendiri.
CABUTAN XTRAVAGANZA
Terdapat banyak vendor makanan yang akan menyertai festival ini termasuklah selebiriti tanah air yang akan menjual jualan mereka.
Selain itu akan diadakan juga sesi Cabutan Xtravaganza. Menawarkan Hadiah Utama berupa sebuah kereta Perodua Bezza dan motosikal Yamaha RX-Z dan hadiah-hadiah lain yang menarik.
Jadi, jangan lupa datang beramai-ramai ke Havoc ini dan nikmati hiburan serta makanan yang bakal ditawarkan.
Website | Instagram