FESTIVAL KIMCHI KOREA, APA YANG AWESOME?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Peminat makanan Korea terutama Kimchi ini pastinya berita baik untuk anda.
FESTIVAL KIMCHI KOREA
Festival yang julung kali dianjurkan di Malaysia telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea ke-66, En. Chung Hwang-keun.
Turut serta Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), YBhg. Dato’ Dr. Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani di K PLUS Food Market.
KUKUHKAN PLATFORM KEPADA RAKYAT MALAYSIA
Ia dianjurkan bagi mengukuhkan platform kepada rakyat Malaysia untuk menikmati pengalaman kebudayaan Korea dan menghayati “gaya hidup rakyat Korea”.
USAHASAMA PASAR RAYA KOREA
Merupakan usahasama di antara pasar raya Korea berjenama tempatan yang pertama dan terbesar di Malaysia – K PLUS Food Market dan Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corp (aT).
SIAPA AT?
aT merupakan sebuah agensi kerajaan Korea yang mensasarkan untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai kelestarian alam sekitar.
Juga faedah-faedah kesihatan yang didapati dari produk dan makanan seperti kimchi.
DIMANA AT
Cawangan aT yang bertapak di Kuala Lumpur sejak Julai 2022 bertujuan untuk menerajui pasaran makanan Halal Korea di Malaysia, khusus untuk rakyat beragama Islam.
Sejak penubuhannya pada 1967, aT telah merangsang eksport hasil pertanian Korea dengan mengusahakan rangkaian eksport global.
PROMOSI KERJASAMA
Ini membantu mempromosi kerjasama dan menganjurkan acara-acara promosi bersama pengedar-pengedar luar negara seperti KMT Group, syarikat induk K PLUS Food Market..
WAKILI RAKYAT KOREA
“Saya, mewakili rakyat Korea, ingin menyatakan perasaan bangga dan istimewa melihat rakyat Malaysia menikmati budaya Korea.
Ianya membanggakan saya pada hari ini untuk mempamerkan Kimchi sebagai makanan tradisional yang berdiri megah sejak sekian lama dan kini menjadi simbol budaya makanan Korea.
Pada waktu dahulu, Kimchi dibuat untuk rakyat Korea mengharungi kondisi musim sejuk melampau.
Kini telah menjadi faktor yang memacu interaksi sosial dan menghimpunkan semua orang untuk bersama, sama seperti Festival Kimchi Korea ini.”
“Kementerian kami memandang ke hadapan untuk menerapkan lebih banyak usaha bagi mengukuhkan hubungan antara Korea dan Malaysia melalui pelbagai pameran makanan yang akan membawa lebih ramai orang untuk bersama.
-kata En. Chung Hwang-Keun
ANUGERAH JANGBOGO
Pengerusi dan pengasas KMT Jaya Sdn. Bhd., Datuk Matthew Lee telah dianugerahkan dengan Anugerah JangBoGo oleh Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar pada November 2022.
SUMBANGAN PENTINGNYA PRODUK HALAL
Di atas sumbangan beliau meningkatkan kesedaran dalam kepentingan produk Halal untuk pasaran pengguna Islam global.
USAHA PEROLEH SIJIL HALAL
Beliau turut diiktiraf di atas usaha beliau untuk memperoleh sijil Halal dan mengedar produk-produk makanan Korea di Malaysia.
“Permintaan produk buatan Korea yang meluas dan meningkat di Malaysia merupakan faktor utama untuk K Plus Food Market.
IMPORT LEBIH BANYAK PRODUK STATUS HALAL
Mengimport lebih banyak produk, dengan pengkhususan kepada produk pertanian dan masakan berstatus halal yang memanfaatkan kesihatan pengguna dengan pelbagai cara.”
-kata Datuk Matthew Lee.
HARGAI INISIATIF
“Kami menghargai inisiatif yang diambil oleh KMT Group dalam membantu jenama-jenama terkenal Korea yang mempunyai permintaan tinggi untuk memperoleh sijil Halal.
Di mana ianya kriteria yang penting bagi kita di Malaysia. Ini menunjukkan KMT Group menghormati dan memahami keperluan dan sensitiviti pengguna Islam, yang mana ianya sebuah langkah yang terpuji.”
-kongsi YBhg. Dato’ Dr. Mohamad Zabawi bin Abdul Ghan.
PELBAGAI AKTIVTI UNTUK SEMUA
Kelas memasak Kimchi dan Bulgogi turut dianjurkan kepada para peserta untuk mempelajari tentang budaya Korea dan mengasah kemahiran memasak mereka sambil mengeratkan hubungan bersama ahli keluarga yang belajar bersama.
Kepada anak-anak kecil, aktiviti seperti mencari harta karun, teka nama dan pertandingan mewarna dianjurkan untuk mendidik mereka tentang resipi dan bahan masakan Korea.
Pada 27 Mei nanti, pertandingan makan akan dianjurkan kepada penggemar makanan Korea untuk menikmati juadah kegemaran mereka dalam masa yang terpantas.
AKTIVTI DARI CHEF WAN
Selebriti chef Malaysia dan Duta jenama makanan Korea, Jongga dan Nongshim Farmer’s Heart, Datuk Dr. Chef Wan turut serta.
KELAS MEMBUAT KIMCHI
Bakal mengacarakan kelas membuat Kimchi dan membuat demonstrasi penyediaan Kimchi yang disulami dengan pengaruh Malaysia kepada para peserta tempatan.
Sebagai Pakar Pembuat Kimchi yang diiktiraf Akademi Kimchi Seoul, Datuk Dr. Chef Wan menerangkan faedah-faedah Kimchi. Termasuk keperluan rakyat Malaysia untuk menikmatinya sebagai makanan harian.