HAVOC MIDNIGHT CONCERT –RUGI KALAU TAK PI, BEST TAU!

HAVOC MIDNIGHT CONCERT –RUGI KALAU TAK PI, BEST TAU!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bulan Ogos dan September ni banyak pula konsert yang dianjurkan. Pelbagai artis bakal mempersembahkan. Ada yang sempena merdeka dan ada yang memang acara tahunan.

HAVOC MIDNIGHT CONCERT

Untuk tahun ke 6 anjuran Havoc Event Management Sdn Bhd [HAVOC], pastinya lebih gah dan lebih meriah.

Mana taknya Havoc Food Festival diadakan untuk mengajak para pengunjung bukan setakat menjamu selera tetapi dengan acara hiburan juga.

Katanya ‘pecah’, ‘gila’ dan gempak dimana beberapa kugiran dan band tempatan bakal bergabung untuk beraksi diatas satu pentas.  

MAJLIS PELANCARAN HAVOC MIDNIGHT CONCERT

Telah dilancarkan oleh Tun Syed Yahya Syed Othma, Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik Tourism Malaysia di Panggung Asia, Gombak baru-baru ini.

Ia juga dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd- Firdaus Nadxaman dan beberapa artis yang terlibat.

Antaranya Kugiran Masdo, Floor 88, Zarina Zainuddin, Vicha dan Shikin Maembong.

2 HARI 1 MALAM

Lokasi pertama bermula di Dataran Karnival Shah Alam, Selangor untuk 2 hari 1 malam pada 3 hingga 4 September 2022. Pengunjung dapat menyaksikan persembahan dari artis-artis kesukaan bermula jam 10 hingga 12 malam.

‘Ini akan menjadi sebuah festival muzik yang tidak akan dilupakan buat peminat industri muzik tempatan. Dari genre muzik Masdo hingga hip-hop dan rap mantap dari KClique hingga lagenda kita Noh Hujan.

Semuanya dapat di dengar pada satu malam. Jadi jangan ketinggalan kerna Cuma tiga lokasi saja bakal menanti untuk menghiburkan anda’

-kata Firdaus Nadxaman

TIKET EARLY BIRD

Untuk peminat 1,000 yang pertama anda boleh membeli tiket dengan harga ‘early bird’

  • Normal Zone [RM 69]
  • Rock Zone [RM109]
  • Combo Rock Zone [RM199]
  • Combo Normal Zone [RM120]

ADA LOKASI LAIN KE?

Bakal diadakan di MITC Melaka pada 4 dan 5 November nanti. Kemudian diteruskan di Johor Baharu di Padang B Plaza Angsana pada 30 dan 31 Disember 2022. Ini menjadi lokasi penutup buat karnival Havoc

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge