HYPE GLOBAL VENTURES ADAKAN KONSERT SEMPENA MERDEKA, BEST!

HYPE GLOBAL VENTURES ADAKAN KONSERT SEMPENA MERDEKA, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bulan Ogos, bulan kemerdekaan untuk Malaysia. Tahun ni, bahang kemerdekaan lain benar rasanya.

Mana taknya, rata-rata adakan pelbagai aktiviti sempena Merdeka. Ada pertandingan menyanyi, pakaian beragam tema Merdeka dan yang paling best konsert!.

KONSERT SEMPENA MERDEKA,

Hype Global Adventures melangkah setapak ke hadapan dengan mengadakan dua konsert untuk semua peminat. 2 konsert nasionalisme bakal berlangsung di The Mines Sri Kembangan dan juga di seberang iaitu Tawau, Sabah.  

APA YANG MENARIK?

Pasti kalau namanya konsert yang dinantikan adalah barisan artis. Berita baik adalah konsert ini menggabungkan artis dari Malaysia dan juga negara jiran,Indonesia.

Ini cara baru nie, untuk semarakkan lagi kemerdekaan dengan negara jiran.

Antara penyanyi yang akan terlibat dalam konsert ini seperti Hazama, Shidi Data, Azan, Hafiz Umbrella Zidan, Isnin Umbrella, Angga Candra, Nabila Maharani, Tri Suaka dan Valdy Nyonk.

Masing-masing mempunyai peminat sendiri tidak kira sama ada artis lama mahupun baru ataupun dari Youtube.

MALAM MERDEKA BAH KITA 2022

Khas untuk mereka di Tawau, Sabah. Konsert ini bakal berlangsung di Kompleks Sukan Tawau pada 30 Ogos 2022. Bermula 6 petang dan membariskan penyanyi seperti Isnin Umbrella, Hazama, Shidi data, Azan.

Ada juga Hafiz Umbrella, Zidan, Angga Candra, Nabila Maharani, Tri Suaka dan Valdy Nyonk. Harga tiket dari RM45, RM80 dan RM120

Konsert ini juga bersempena dengan karnival yang dianjurkan di Tawau selama 3 hari iaitu 28 sehingga 30 Ogos 2022. Antara aktiviti karnival seperti pertandingan karaoke, battle of the band dan jualan karnival.

Cabutan bertuah menawarkan hadiah utama motosikal 250cc bakal dicabut pada detik 12 malam 30 Ogos 2022.

MALAM SANTAI MUSICAL THE MINES

Hype Global Ventures menyambung dengan konsert nasionalisme yang kedua di Uptown The Mines, 2 September 2022.

Bermula pada jam 9 malam dengan membariskan artis seperti Zidan, Angga Candra, Nabila Maharani, Tri Suakan dan Valdy Nyonk. Harga tiket RM 65 dan RM 165.

Walau sudah  mempunyai lebih dari 400 kedai, dengan adanya konsert Malam Santai Musical ini seedikit sebanyak dapat membantu dalam mempromosikan kawasan ini.

Jangan lupa dapatkan tiket-tiket anda di

Ticket2u|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge