KONSERT DOA BUAT ZAMANI, PASTI AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Masih kenal lagi dengan Zamani Ibrahim, penyanyi kumpulan Slam yang mendapat perhatian semenjak dua menjak.
Kini, keadaan fizikal Zamani dan sakit yang dialaminya membuatkan tubuh badannya membengkok. Sering mendapat simpati dan doa terutamanya dari kalangan peminat.
PENYAKIT SKOLIOSIS SEJAK 2015
Vokalis kumpulan Slam menderita penyakit skoliosis sejak 2015. Masih lagi bersyukur dimana pihak hospital memberi jaminan peluang untuknya kembali sembuh selepas pembedahan.
“Tulang belakang sudah mencucuk tulang rusuk dan menghimpit jantung. Jadi, saya perlu melakukan pembedahan segera”.
-ujarnya dalam salah satu temuramah.
JALANI PEMBEDAHAN
Zamani, 51- dijadualkan untuk menjalani pembedahan bagi memperbaiki struktur tulangnya pada November ini. Sehubungan dengan itu, pihak Indera Entertainment dengan rendah diri telah merancang sebuah konsert – Konsert Doa Buat Zamani Unplugged.
Bakal berlangsung pada 30 September 2022 di Zepp Kuala Lumpur pada pukul 8.30 malam.
KONSERT DOA BUAT ZAMANI
“Konsert ini dilaksanakan untuk membantu Zamani bagi mendapatkan dana selepas pembedahan untuk dirinya menjalani kehidupan seharian selepas itu.
Kita sedia maklum bahawa selepas pembedahan, beliau akan rehat untuk satu jangka masa yang panjang dan memberi efek kepada pendapatannya,’
-ujar Aalan Ahmad selaku penganjur dari Indera Entertainment.
Dijadualkan dalam durasi 90 minit hingga 120 minit dibuat dalam versi unplugged. Akan dihadiri oleh rakan-rakan seni tanah air yang lain.
Baca: doa mustajab depan kaabah
ARTIS YANG BAKAL HADIR
Antara yang bersama-sama dalam konsert ini ialah Fauziah Latif, Datuk Ramli Sarip, Rahim Maarof serta penampilan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi.
“Saya akan menyanyikan lagu-lagu yang agak jarang saya nyanyikan di pentas. Kali ini dalam versi unplugged. Ini juga merupakan konsert solo pertama saya sepanjang bergelar artis;”
-kongsi Zamani
Tiket bagi konsert mula dijual dengan RM238 – Nur Kasih , RM288 – Rindiani, RM 388 – Mara Mariana dan RM 499 – Kurnia+Meet & Greet.