HANTU POCONG NIE MEMANG SCARY KE WEI?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Nama saja hantu pastu ramai yang takut! Baru sebut nama takut belum lagi berjumpa!
Pernah ada pengalaman dengan Hantu Pocong tak? Mungkin tidak ramai di kalangan kita yang pernah terserempak, bertemu atau bertembung dengan makhluk ini.
Malah, tiada bukti jelas makhluk yang disebut Hantu Pocong ini wujud. Kebanyakkannya cuma cerita-cerita mulut yang disebarkan untuk tujuan tertentu.
ASAL USUL HANTU POCONG
Juga dikenali sebagai Hantu Bungkus di sesetengah tempat. Nama ini mungkin diperoleh disebabkan oleh bentuk atau penampakkannya.
Dilihat seperti mayat atau tubuh manusia yang berbungkus seperti mayat, namun wajahnya kelihatan dalam keadaan yang menyeramkan.
KEMUNCULANNYA
Mengikut cerita-cerita yang pernah didengar, kemunculan Hantu Pocong ini dikaitkan dengan bau busuk atau bau kemenyan yang kuat. Penampakannya pada ketika azan maghrib atau setelah selesai solat maghrib.
KENAPA SENYAP?
Berbeza dengan Pontianak, Hantu Pocong tidak ketawa mengilai atau menjerit. Mungkin disebabkan oleh mulut dan lubang hidungnya yang disumbat dengan kapas hingga suaranya tidak kedengaran.
GERAK PANTAS!
Hantu Pocong dikatakan boleh bergerak dengan pantas, sepantas atau selaju kenderaan yang bergerak. Tetapi, tidak mampu untuk berlari.
Cuma boleh melompat-lompat dari satu tempat ke satu tempat. Mana tidaknya jika kaki sudah terikat dan dibendung dengan kain kafan.
Ia juga tidak boleh terbang melayang seperti Pontianak atau Langsuir. Jadi, keupayaannya terbatas.
MENAKUTKAN?
Melihatkan sifatnya yang berbungkus seluruh tubuh, maka hantu ini juga dipercayai tiada keupayaan untuk ‘menyerang’ makhluk lain.
Apa yang boleh dilakukan oleh makhluk ini cuma mengejutkan dan menakutkan makhluk lain dengan penampakkanya yang serba putih dengan wajah menyeramkan.
CIRI-CIRI
Salah satu ialah wajahnya yang kelihatan seperti tengkorak. Bebola matanya kelihatan hampir terkeluar, tidak ada kening dan kulitnya tidak berdaging.
Ada pula yang di antara kedua biji matanya kelihatan seperti ada ulat yang keluar masuk.
Tidak ada sebarang cerita yang mengatakan makhluk ini bertaring atau terjelir lidah mahupun mengigit seperti Hantu Pontianak.
CERITA ORANG LAMA
Oleh kerana ia seperti mayat berkain kafan, boleh disimpulkan yang hantu ini dulunya seorang Muslim.
‘DIPUJA’
Kemungkinan telah disihir atau dipuja sehingga mampu ‘hidup’ kembali membuat kacau dan menakutkan orang. Mungkin terjadi disebabkan kerana guna-guna atau dimanfaatkan tubuhnya oleh dukun atau pengamal ilmu hitam
Mungkin juga jasadnya tidak diterima bumi kerana kesalahan atau ada melakukan dosa besar sehingga dibenarkan merayau-rayau.
Tiada yang jelas mengenai bagaimana ia boleh wujud.
‘DIBELA’
Ada yang menceritakan bahawa hantu ini ‘dibela’ untuk menjaga kawasan tertentu seperti rumah atau kebun.
Kehadiran Pocong ini akan menghindarkan pencerobohan disamping menjaga kaum kerabat pembelanya seperti juga Hantu Raya.
‘TERLUPA‘
mungkin kerana si mati ini terlupa dibukakan tali pocongnya atau si arwah tersebut masih banyak tanggungan selama hidupnya di dunia.
Sehingga mencuba meminta maaf dengan muncul semula sebagai pocong
MEMANG WUJUD?
Biasanya jin yang menyerupai bentuk pocong ini, cara ia muncul juga berbeza.
Jangan terperanjat dimana muncul di atas pokok, di sebalik dinding atau pokok dengan separuh badannya.
Ciri-cirinya juga berbeza. Matanya cenderung menyala berwarna merah atau biru.
Sebagai seorang yang beragama Islam, wujudnya hantu seperti ini boleh dianggap sebagai mempercayai sesuatu yang ghaib.
Dan ia juga adalah makhluk Allah yang datangnya dari jelmaan Iblis dan Jin, yang semestinya menjadi musuh manusia yang mahu menggugat keimanan.
SEKIRANYA TERNAMPAK
Pejamkan mata dan mulailah dengan bacaan selawat dan istighfar kemudian bismillah dan Al-Fatihah.
Ataupun tarik nafas yang dari dalam hidung kemudian bacalah Bismillah disertai dengan surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi sebagai penutup
VIRAL DI MEDIA SOSIAL
Dalam beberapa kes yang pernah viral di media sosial, penampakan Hantu Pocong banyak berlaku di kawasan jalanraya atau lebuhraya yang sunyi di tengah malam.
Ada juga dilaporkan muncul di kawasan kampung terpencil yang berdekatan dengan hutan.
Dan lagi sekali, sejauh mana kebenaran kisah-kisah dan laporan ini, tidaklah dapat dibuktikan dengan jelas’ hatta dengan video mahupun gambar.
Antara filem berkaitan : Khaenak / Pocong The Origins / Drama Malaysian Ghost Stories
Yang tahu saja tahu akan kewujudannya!