Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Filem Pocong The Origins, Kisah Seram Penghantaran Jenazah Banduan| Sebut pasal jenazah pasti suatu hari nanti kite akan menjadi salah seorang darinya. Pernahkah anda melalui proses dari mengecam mayat, mandikan, kapankan dan bawa pulang ke kampung halaman jika perlu untuk dikebumikan? Pernah tak anda dengar perkara pelik berlaku dalam perjalanan? Ataupun tentang perkara-perkara yang tak sepatutnya berlaku di kaitkan dengan arwah?

Sinopsis Pocong The Origins

Ianya mengisahkan tentang seorang banduan bernama Ananta (Surya Saputra) dimana telah dijatuhkan hukuman Mati  dari kesalahan membunuh beberapa keluarga dengan kejam. Sewaktu dipenjara menunggu hari-hari terakhirnya Anata selalu menyanyikan lagu kegemarannya yang dinyanyikan pada anaknya Sasti. Hari yang dinanti dimana Ananta di hukum mati telah dilaksanakan di lapangan penjara namun kejadian aneh telah berlaku. Siap ada reporter menunggu di luar penjara

Sasti anak Anannta satu-satunya darah daging agak terkesan dengan berita ini dimana selama ini dia adalah ayah yang baik. Bukan seperti yang di ceritakan oleh orang-orang di luar tentang jahat dan kejamnya Ananta. Yama (Samuel Rizal) di tugaskan untuk menghantar jenazah Ananta ke kampung halaman di Cicaman. Perjalanan yang jauh dimana Yama di beri 24 jam untuk memastikan Ananta dikubur sejak waktu kematiannya

Apabila jenazah diletak di belakang seperti pocong yang sedang berbaring. Pelbagai gangguan di alami sehingga kereta rosak sehingga mengalami perkara pelik. Yama berasa yang semuanya berlaku ada kena mengena dengan kematian ayah Sasti. Sasti seperti biasa tidak mahu berkata apa-apa cuma mahu arwah ayahnya disemadikan dengan tenang. Walaupun kelihatan kelibat Pocong sewaktu dalam perjalanan ini tidak mematahkan semangat Yama untuk meneruskan apa yang dipertanggungjawabkan.

Sampai di kampung halaman, para penduduk menolak untuk menerima jenazah Anata dikebumikan di sini . Yama mulai tidak tenang dan bertanya-tanya apakah Ananta boleh dikuburkan atau tidak mengingat waktu mereka yang semakin menipis. Apa yang berlaku seterusnya dengan Pocong? Adakah ia muncul atau hidup.
Trailer Filem Pocong The Origin

Filem Pocong The Origin buat KP tidak seseram mana. Filem ini ada scene yang gelap dan tidak dapat di lihat dengan baik. Mungkin kerana kegelapannya. Tidak perlu rasa risau, gusar atau hingga perlu menutup mata untuk menonton. Kelibat Pocong pun boleh dikira kemunculannya. Pelik dan mungkin cara mereka di sana dimana kebiasannya jika ada kematian dan memerlukan jenazah di hantar ke kampung halaman perlu ‘assistant’ atau escort lagi-lagi banduan terjahat.



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge