DILEMA IRAMA FILEM PENDEK RAYA PETRONAS, BEST!

DILEMA IRAMA FILEM PENDEK RAYA PETRONAS, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Setiap tahun apabila menjelang Hari Raya pastinya iklan raya yang paling dinantikan. Masing-masing ingin berkongsi cerita untuk semua.

Petronas tidak terkecuali untuk turut serta sama mengeluarkan filem pendek sempena Hari Raya Aidilfitri.

DILEMA IRAMA FILEM PENDEK RAYA PETRONAS

Sebuah cerita yang memaparkan keindahan budaya dan warisan Malaysia. Dimana ianya berkisar intipati Aidilfitri dengan jalan ceritanya yang penuh emosi. Gubahan muzik asli yang membawa penonton dalam perjalanan penemuan diri dan hubungan kekeluargaan.

SINOPSIS DILEMA IRAMA

Kisah bapa dan anak lelaki yang berkongsi minat yang besar untuk muzik walaupun berbeza genre. Nadim, seorang komposer muzik kontemporari yang baru muncul.

Menghadapi dilema apabila dia dengan berat hati bersetuju untuk bermain gambus untuk persembahan muzik tradisional bapanya di acara Iftar, menyebabkan konflik antara mereka.

Semasa cerita berlangsung, penonton dapat melihat bagaimana pasangan itu kembali bersatu melalui muzik.

HYRUL ANWAR

Diarahkan oleh pengarah filem tempatan terkenal Hyrul Anwar. Siapa yang tidak kenal dengan pengarah filem tempatan yang ternama yang pernah mengarah filem Tiga Janda Menawan Dunia.

TEMA SAMBUTAN ‘AKAR UNTUK MASA DEPAN’

“Lagu tradisional adalah warisan asli rakyat Malaysia. Mereka mencerminkan budaya pelbagai generasi yang kaya dengan seni dan sopan santun yang terbaik.”

“Keindahan lagu-lagu perayaan tradisional menjadi inspirasi kami untuk menghasilkan ‘Dilema Irama’ yang menampilkan tiga (3) gubahan muzik asli. Berpaksikan pada tema sambutan perayaan PETRONAS untuk 2023 ‘Akar Untuk Masa Depan’, 

“Cerita itu, kami harap, akan memberi inspirasi kepada rasa bangga dan penghargaan yang diperbaharui terhadap tradisi dan adat budaya Malaysia yang pelbagai,” 

-kata Datin Anita Azrina Abdul Aziz, Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS

Saksikan filem penuh irama dan emosi yang mengisahkan tentang pertembungan irama dua generasi, Aidilfitri ini.

Aidilfitri ini, tonton filem bermuzik dan penuh emosi ini apabila irama dua generasi bertembung.

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge