Kehadiran bulan Ramadan dan Aidilfitri yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam akhirnya berkunjung tiba.
RARA MACAM DULU-DULU
Bertemakan ‘RaRa Macam Dulu-Dulu’, TV3 dan Tonton bakal merancakkan lagi Ramadan Raya 2024 ini menerusi sajian drama-drama menarik khas buat penonton setia TV3 dan Tonton!
TEMA RAMADAN RAYA 2024
Ramadan Raya 2024 kali ini membawa tema ‘RaRa Macam Dulu-Dulu’ yang berkonsepkan raya klasik seperti zaman 80an dan 90an yang boleh membawa kita mengimbau nostalgia zaman dahulu.
Tema kali ini cuba menyampaikan tanda peringatan kepada kita untuk kembali menyambut bersama yang tersayang. Dengan penuh kemesraan dan lebih meriah kerana ia boleh mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.
‘RaRa Tonton Drama Sangat Fans Special: 2024 Ramadan Raya Drama Reveal’ bertempat di Glamhall Damansara, Petaling Jaya yang juga merupakan penaja lokasi acara tersebut. TV3 dan Tonton telah mengumumkan barisan drama yang bakal bersiaran sepanjang Ramadan Raya tahun ini.
DRAMA YANG BAKAL DISIARKAN
Akasia: Wanita Syurga (Redza Rosli, Siti Khadijah Halim & Riena Diana)
Lestary: Iskandar Chempaka (Muaz Zabir & Harissa Adlynn)
Samarinda: Lelaki Itu (Dato’ Adi Putra & Che Puan Sarimah Ibrahim, Nur Fazura & Nabila Huda)
Tonton Original Series: Kuih Muah (Shukri Yahaya & Ezzanie Jasny)
Ramadan Mini Series: Helo, Saya Anak Uncle! (Izzue Islam & Zara Zya)
Raya Mini Series: Ya, Cikgu! (Trisha Ooi & Fadhli Masoot)
KARYA SKRIP BERKUALITI TINGGI
“Tahun ini, kami menitikberatkan inovasi dalam jalan penceritaan. Mengutamakan karya skrip berkualiti tinggi dan pihak produksi yang terbaik untuk menghasilkan drama TV3 dan Tonton.”
“Barisan drama kali ini lebih istimewa kerana kami lebih tumpukan kepada situasi semasa yang dapat dikaitkan dengan penonton supaya mereka merasai dan menjiwai drama yang ditonton.
Antara isu yang kami cuba terapkan adalah isu semasa, kekeluargaan dan sosial yang relevan. Ini membuatkan sesuatu drama itu lebih menonjol dan dekat di hati penonton,”
-Ketua Pegawai Operasi TV3 & Tonton, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Ketua Pegawai Pemasaran Media Prima Berhad, Amir Rasyidi Johari