DRAMA MALAYSIAN GHOST STORIES CONFIRM ‘SCARY’ WEI!

DRAMA MALAYSIAN GHOST STORIES CONFIRM ‘SCARY’ WEI! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dua buah naskhah baharu menampilkan karya asal dengan genre yang berbeza. Bakal dihidangkan secara ‘back-to-back’ untuk  menghiburkan malam anda pada setiap hari Isnin hingga Khamis di saluran Astro Ria HD  (104) dan Astro Ria (124).

DRAMA MALAYSIAN GHOST STORIES

Terbitan Arie Zaharie Production Sdn. Bhd. mengetengahkan genre seram bakal menggantikan drama sekuel ‘Saga 2.0’ pada jam  11.00 malam bermula 25 Ogos 2021. Idea asal drama ini diilhamkan oleh Syawal Azrai serta turut mendapat sentuhan tiga pengarah berbeza .

Antaranya Izuan Mokhtar,  Azhari Zain dan Eoon Shuhaini. Manakala panel skrip pula dibarisi oleh Srikandi Emma, Aloy  Paradoks, Epy Kodiang dan Amar Amir.

SINOPSIS DRAMA MALAYSIAN GHOST STORIES

Menerusi paparan sebanyak 18 buah episod, himpunan penceritaan kisah seram berkaitan alam mistik legenda yang sering diceritakan secara turun temurun dalam pelbagai versi oleh masyarakat di Malaysia akan ditampilkan dengan sentuhan baharu. 

Sebanyak 18 buah cerita hantu yang berlainan akan dibawakan pada setiap  episod seperti ‘Nenek Hostel’, ‘Hantu Kum  Kum’, ‘Nenek Kebayan’, ‘Jin Pemusnah’, ‘Hantu Raya’, ‘Hantu Air’, ‘Balan-Balan’,  ‘Pontianak’, ‘Langsuir’, ‘Pelesit’, ‘Hantu  Jepun’, ‘Pocong’, ‘Nu Gui’ (Hantu Cina), ‘Nishi Dak’ (Hantu India), ‘Ulek Mayang’, ‘Hantu  Tiada Kepala’, ‘Hantu Barang Antik’ dan ‘Hantu Jari’. 

Seramai lebih 27 selebriti popular tanah air terlibat untuk menjayakan drama ini. Antaranya  termasuklah Janna Nick, Zahiril Adzim, Meerqeen, Bella Astillah, Chubb-E, Syazwan Zulkifly,  Nazeera Sardi, Ellie Suriaty,

Ada juga Adam Shahz, Anna Jobling, Keith Foo, Kazar Saisi, Amerul  Affendi, Ara Johari, Hasnul Rahmat, Jasper Supayah, Azman Ahmad, Hanna Aqeela, Azar  Azmi,

Fimie Don, Nabil Aqil, Balkisyh Semundur Khan, Erry Putra, Hamdan Senario, Sabrina  Ali, Eric Fuzi, Fadhli Masoot dan ramai lagi. 

“Berdasarkan trend semasa, audiens sasaran kami khususnya   penggemar drama Melayu tempatan cenderung kepada genre yang bersifat universal. Selain romantik, komedi dan aksi, genre kekeluargaan dan seram merupakan antara yang mudah menarik perhatian penonton.  

Pada hemat kami, walaupun formula ini sering diguna pakai secara berulang kali, ia akan kekal popular asalkan sudut naratif dan penceritaan tidak klise dan membosankan.  Buktinya, setiap kali genre-genre tersebut diterapkan sebagai intipati utama yang menggerakkan keseluruhan cerita.

Ia pasti mendapat sambutan yang  luar biasa dan tidak pernah mengecewakan. Sehubungan dengan itu, buah tangan terbaharu Astro Ria menerusi naskhah Malaysian Ghost Stories’ . Tema seram telah dipilih untuk  menghiasi slot drama sebagai pelengkap malam hari yang selesa dan menghiburkan

Kisah  ‘Malaysian Ghost Stories’ pula bakal membangkitkan ‘mood’ seram dan suspens. Sekaligus membawa penonton menerawang ke dunia mistik yang berbeza. Mendengarkan tajuknya  sahaja sudah tentu ramai yang dapat meneka naratif utama yang diketengahkan. 

Syabas saya ucapkan kepada kedua-dua syarikat produksi yang berjaya menghasilkan drama  berkualiti seperti ini untuk disajikan kepada penonton. Semoga terhibur!”. 

-kata Raqim Ahmad, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro

 

Sebagai penerbit, objektif utama yang ingin disampaikan kepada penonton ialah untuk memaparkan pelbagai kisah hantu yang sering diceritakan di Malaysia sebagai hiburan untuk memberi kelainan. Kebanyakan generasi muda zaman  sekarang kurang percaya dengan kewujudan entiti seram. 

Oleh itu, kami cari dan himpunkan semula kisah-kisah tersebut untuk dijadikan asas penceritaan utama.  Drama ‘Malaysian Ghost Stories’ bakal mengupas secara terperinci kepelbagaian jenis hantu yang sering didengari di Malaysia.

Agar dapat memberi gambaran dan visual yang jelas mengenai bentuk, rupa dan  sifat hantu tersebut. Serta bagaimana cara untuk mengatasi sebarang gangguan mistik sekiranya ada.

Setiap kisah yang ditonjolkan sarat dengan nilai murni untuk diambil sebagai  teladan dan pengajaran agar kita tidak sewenang-wenangnya mempersendakan kewujudan  makhluk ini. 

Daripada segi persediaan untuk menghasilkan drama seram, kami turut mendapatkan  khidmat nasihat pengamal dan pakar dalam perubatan Islam sebagai langkah berjaga-jaga.

Sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini sewaktu di lokasi. Kami juga bertuah kerana  Imam Kanan Masjid Wilayah Persekutuan iaitu Ustaz Tuan Asmawi turut membuat  penampilan istimewa dalam salah sebuah episod. 

Saya mewakili produksi berharap agar drama ini dapat mendedahkan masyarakat tentang  kisah-kisah seram dan mistik yang ada di Malaysia sekaligus diterima baik oleh semua.” 

-kata Arie Zaharie, Penerbit ‘Malaysian Ghost Stories’

Anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. bIkuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi

Facebook Instagram

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge