Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Rantaian Kasih 2020 Habib Membawa Anda Melusuri Tradisi Di Hari Raya~Kaum Hawa sudah sinonim dengan minat bergaya dan berhias terutamanya pada Hari Raya. Di hari istimewa inilah kaum hawa akan menyarung busana indah serta menata rias wajah agar kelihatan berseri. Namun tidak dilupakan pilihan aksesori juga menjadi keutamaan dalam memastikan mereka kelihatan bergaya dan menyempurnakan lagi penampilan mereka. Oleh itu, tahun ini Habib menampilkan pelbagai koleksi baharu yang menarik untuk membantu para wanita melengkapkan hari lebaran mereka.
Tahun ini Habib memilih ‘tradisi’ sebagai tema untuk meraikan kempen Rantaian Kasih dalam menyambut kedatangan Syawal. Bagi pengeluar barangan kemas terkenal ini, tradisi melambangkan asal usul dan kepercayaan bukan hanya kepada sesebuah masyarakat tetapi juga kepada sesebuah keluarga dan individu. Tradisi pada hari raya mungkin sama dan mungkin juga berbeza antara sesebuah keluarga dengan yang lain namun tradisi itulah yang Habib percaya telah menyatukan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama sejak dahulu lagi..
Pada tahun ini barisan wajah-wajah selebriti yang menghiasi bilik-bilik pameran Habib ialah Rozita Che Wan, Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana, Ramona Zamzam dan Hannah Delisha. Selebriti-selebriti ini dipilih untuk menghiasi kempen raya Habib pada tahun ini kerana mereka tidak hanya menggemari barangan kemas tetapi juga merupakan pelanggan Habib sendiri. Tidak dilupakan mereka semua berkongsi tradisi raya yang indah di mana ianya bertepatan dengan tema kempen raya Habib.
Setiap tahun, para pelanggan sentiasa menantikan pilihan koleksi raya yang pelbagai untuk seisi keluarga. Istimewanya pada tahun ini, Habib menampilkan koleksi-koleksi untuk semua lapis usia.
Koleksi Oro Italia 916 yang dibawa khas dari Itali dengan menggunakan teknologi ‘ice cutting’ dan ‘laser soldering’ datang dalam rekaan yang berbeza. Rekaan-rekaan dari koleksi ini menggabungkan pelbagai warna emas dalam satu rekaan seperti gabungan pelbagai warna emas daripada emas kuning, emas putih, emas merah jambu dan emas hitam.
Selain itu, Koleksi Aura menampilkan rekaan-rekaan yang bersesuaian untuk wanita yang berhijab mahupun mereka yang gemar memakai rantai panjang. Tidak ketinggalan koleksi untuk kaum Adam, set butang Baju Melayu dan koleksi cincin lelaki yang disemat dengan butiran berlian serta batu permata pastinya sesuai dipadankan dengan Baju Melayu mereka.
Sepanjang Kempen Rantaian Kasih, Habib menganjurkan beberapa peraduan seperti “Kongsikan tradisi Raya anda” dan gunakan #HabibRayaTradisi untuk berpeluang memenangi barangan kemas Habib bernilai RM 10,000! Selain itu, Habib menerima banyak penyertaan daripada orang ramai melalui peraduan mingguan yang dijalankan di media sosial. Dua pemenang akan dipilih untuk setiap peraduan.
Sebaik sahaja PKP berakhir, Habib mengalu-alukan kunjungan para pelanggan ke semua bilik pameran kami. Bagi memastikan keselamatan para pelanggan kami mengikut piawaian yang ditetapkan, kami akan memerhatikan jarak sosial diamalkan, menyediakan topeng muka kepada pelanggan, suhu badan diperiksa di pintu masuk dan menyahkuman premis kami. Kami memberi jaminan kepada para pelanggan bahawa barangan kemas kami dibersihkan selepas setiap kali sentuhan. Selain itu, kami menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti penilaian dan pencucian barangan kemas, pembelian semula, perundingan dan pengubahsuaian barangan kemas di premis Habib.
Seiring dengan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, marilah kita mengekalkan tradisi untuk sentiasa mengeratkan hubungan sesama kita. Kempen Rantaian Kasih bermula dari 24 April sehingga 22 Jun 2020. E-brosur Rantaian Kasih boleh dimuat turun di pautan https://tinyurl.com/ukatucr atau klik pautan di Instagram dan Facebook kami Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 019-2222916 atau berhubung melalui laman social Facebook Habib di www.facebook.com/habibjewels atau Instagram @Habibjewelsofficial
cantik