GWM Malaysia Perkenal ORA 5 HEV & HAVAL H7 Hi4 PHEV di KLIMS 2026, Tampilkan Masa Depan Mobiliti Untuk Setiap Perjalanan
GWM MALAYSIA
GWM Malaysia terus memperkukuhkan kedudukannya dalam pasaran automotif tempatan apabila memperkenalkan dua model baharu yang menjadi tumpuan utama di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 iaitu ORA 5 HEV dan HAVAL H7 Hi4 PHEV.
VISI MOBILITI
Menerusi tema “For Every User, For Every Journey”, GWM Malaysia membawakan visi mobiliti yang lebih menyeluruh dengan menawarkan pelbagai pilihan rangkaian kuasa dan teknologi yang direka khas untuk memenuhi gaya hidup serta keperluan pengguna Malaysia yang semakin pelbagai.

Pelancaran pratonton kedua-dua model ini turut mencerminkan hala tuju strategik GWM dalam membangunkan ekosistem mobiliti yang lebih pintar, lestari dan berorientasikan masa depan.
DUA MODEL DIPERKENALKAN
ORA 5 HEV:
SUV HIBRID BERGAYA DENGAN JARAK PEMANDUAN LEBIH 1,100KM
Antara tarikan utama di pavilion GWM ialah kemunculan sulung ORA 5 HEV, sebuah crossover urban kompak yang menggabungkan reka bentuk premium, teknologi pintar dan kecekapan bahan api luar biasa.
Model ini dikuasakan oleh teknologi hibrid pintar Hi2, sistem generasi baharu GWM yang direka untuk memberikan keseimbangan terbaik antara prestasi dan penjimatan bahan api. ORA 5 HEV menghasilkan:
✔ Kuasa maksimum 223PS
✔ Tork 476Nm
✔ Pecutan 0-100km/j dalam 7.7 saat
✔ Penggunaan bahan api serendah 4.4L/100km
✔ Jarak pemanduan melebihi 1,100km
Dengan ukuran 4,471mm panjang dan jarak roda 2,720mm, model ini menawarkan ruang kabin yang luas serta sesuai untuk penggunaan bandar dan perjalanan jarak jauh.
GUINNESS WORLD RECORDS
Lebih membanggakan, ORA 5 turut menerima anugerah Design of the Year di London Design Awards 2025, menjadikannya antara model paling menonjol dalam segmennya.
Selain itu, model ini juga mencipta rekod GUINNESS WORLD RECORDS™ bagi penggunaan bahan api terendah oleh SUV hibrid pengeluaran selepas berjaya mencatat penggunaan hanya 3.74L/100km sepanjang perjalanan sejauh 3,004km di China.

HAVAL H7 Hi4 PHEV:
SUV ELEKTRIFIKASI UNTUK PENGEMBARAAN TANPA BATAS
Turut mencuri perhatian pengunjung ialah HAVAL H7 Hi4 PHEV, SUV plug-in hybrid generasi baharu yang menggabungkan keupayaan off-road dengan teknologi elektrifikasi moden. Dilengkapi sistem pacuan pintar Hi4, model ini menawarkan:
✔ Kuasa maksimum 370PS
✔ Tork 750Nm
✔ Pecutan 0-100km/j dalam 6.2 saat
✔ Jarak elektrik sepenuhnya sehingga 150km
✔ Jarak gabungan melebihi 1,000km
Direka untuk pengguna yang mahukan SUV serba boleh, HAVAL H7 Hi4 PHEV menampilkan reka bentuk berkotak yang lebih berani, premium dan maskulin.
AKTIVITI LASAK BOLEH?
Dimensinya yang besar dengan panjang 4,800mm dan lebar 1,950mm memberikan kehadiran jalan raya yang lebih dominan, manakala kabinnya menawarkan keselesaan premium untuk keluarga moden. Bagi mereka yang gemar aktiviti lasak, model ini turut dilengkapi:
✔ Sudut pendekatan 25°
✔ Sudut pelepasan 32°
✔ Kedalaman redah air sehingga 580mm
✔ Electronic Rear Differential Lock
Gabungan teknologi ini menjadikan HAVAL H7 Hi4 PHEV sebuah SUV yang mampu menghadapi cabaran bandar dan pengembaraan luar jalan dengan yakin.
GWM PERKUKUH EKOSISTEM MOBILITI LENGKAP DI MALAYSIA
Menurut Pengarah Urusan Hal Ehwal Korporat GWM Malaysia, Cui Anqi, pengguna hari ini semakin memilih kenderaan berdasarkan gaya hidup dan keperluan individu.
“ORA 5 HEV dan HAVAL H7 Hi4 PHEV mencerminkan perubahan ini serta memperkukuh kedudukan setiap jenama dalam ekosistem GWM yang semakin berkembang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia, Roslan Abdullah, menjelaskan bahawa kedua-dua model ini bukan sekadar produk baharu tetapi turut menunjukkan hala tuju masa depan GWM di Malaysia.
“ORA 5 HEV mewakili mobiliti pintar yang berteraskan gaya hidup, manakala HAVAL H7 Hi4 PHEV memperluaskan penawaran SUV elektrifikasi yang lebih versatil untuk pengguna Malaysia,” jelas beliau.
PENGALAMAN INTERAKTIF DAN LALUAN OFF-ROAD KHAS
Bagi menjadikan pengalaman di KLIMS 2026 lebih menarik, GWM Malaysia turut menyediakan pelbagai aktiviti interaktif termasuk sesi pandu uji model terpilih, cabutan bertuah, ganjaran tempahan eksklusif, demonstrasi teknologi dan aktiviti komuniti pemilik GWM .
Paling menarik, pengunjung berpeluang merasai sendiri keupayaan model TANK menerusi laluan halangan off-road khas yang berlangsung dari 12 hingga 14 Jun 2026.

GWM MALAYSIA BERSEDIA MEMBENTUK MASA DEPAN MOBILITI
Penyertaan GWM Malaysia di KLIMS 2026 membuktikan komitmen jenama ini dalam memperkenalkan teknologi automotif yang lebih maju, cekap dan relevan dengan keperluan pengguna masa kini.
Dengan gabungan model hibrid, plug-in hybrid dan EV yang semakin berkembang, GWM kini berada pada landasan kukuh untuk menjadi antara pemain utama dalam transformasi mobiliti Malaysia menuju masa depan yang lebih lestari dan pintar.
