MG ZS Pertama Dipasang Secara Tempatan Didedahkan di KLIMS 2026, IM6 EV Premium Curi Tumpuan.
MG ZS CKD PERTAMA MALAYSIA
SAIC Motor Malaysia terus memperkukuhkan kedudukannya dalam pasaran automotif tempatan apabila memperkenalkan spesifikasi rasmi MG ZS pertama yang dipasang secara tempatan (CKD) sempena Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026.
SAIC MOTOR MALAYSIA CURI PERHATIAN?
Pelancaran ini menandakan satu lagi langkah penting buat jenama MG di Malaysia, dengan penawaran SUV segmen B yang lebih moden, pintar dan sesuai untuk gaya hidup pengguna masa kini. Pada masa sama, SAIC Motor Malaysia turut mencuri perhatian menerusi kemunculan sulung jenama premium IM (Intelligence in Motion) dan model SUV elektrik pintar baharunya, IM6, yang buat pertama kali dipertontonkan kepada rakyat Malaysia.

MG ZS BAHARU:
SUV SEGMEN B LEBIH BESAR, LEBIH PINTAR DAN EFISIEN
Kehadiran MG ZS menjadi antara tarikan utama di KLIMS 2026 dengan dua varian diperkenalkan iaitu MG ZS LUX Turbo Dan MG ZS LUX Hybrid+.
Menurut Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory Qi, model baharu ini dipilih secara khusus bagi memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang semakin cenderung kepada teknologi pintar, kecekapan bahan api dan ruang kabin yang lebih praktikal.
“MG ZS dan MGS5 menawarkan pilihan rangkaian kuasa yang memenuhi pelbagai segmen pasaran sambil mengekalkan inovasi dan teknologi pintar yang menjadi identiti jenama MG,” katanya.
REKAAN LEBIH SPORTY DAN PREMIUM
MG ZS tampil dengan reka bentuk lebih berani dan moden menerusi Lampu hadapan Connected Hunter Eyes, grill hadapan hitam premium, Lampu belakang LED penuh, smooth spoiler dan Rim aloi 18 inci. Dengan dimensi Panjang: 4,430mm dan Lebar: 1,818mm

MG ZS kini muncul sebagai antara SUV segmen B terbesar dalam kelasnya. Gabungan dimensi lebih besar ini menawarkan ruang kabin yang luas, ergonomik dan sesuai untuk kegunaan keluarga mahupun pemanduan harian.
KABIN LUAS DENGAN TEKNOLOGI DIGITAL TERKINI
Di bahagian dalaman, MG ZS menampilkan suasana premium yang lebih moden dengan:
✔ Skrin infotainmen terapung 12.3 inci
✔ Kluster instrumen digital penuh
✔ Material kabin berkualiti tingg
✔ Ruang penyimpanan lebih praktikal
SUV ini turut menawarkan kapasiti but yang mengagumkan 443 liter (standard) dan 1,457 liter (tempat duduk belakang dilipat) Menjadikannya antara SUV paling praktikal dalam segmennya.
MG ZS HYBRID+
Tawar Prestasi Terbaik Dalam Kelas. Antara kelebihan utama yang mencuri perhatian ialah teknologi rangkaian kuasa Hybrid+.
MG ZS Hybrid+ digerakkan oleh gabungan Enjin 1.5L aspirasi semula jadi, Motor elektrik 100kW dan Bateri NCM 1.83kWh. Gabungan ini menghasilkan
✔ Kuasa maksimum 158kW
✔ Tork maksimum 465Nm
✔ Pecutan 0-100 km/j dalam hanya 8.7 saat
✔ Jarak pemanduan sehingga 870km
Prestasi ini menjadikan MG ZS Hybrid+ antara SUV hibrid segmen B terpantas di Malaysia. Lebih menarik, sistem hibrid pintar ini tidak memerlukan pengecasan luaran, sekali gus menawarkan kemudahan maksimum kepada pengguna.

MG PILOT DAN MG iSMART TINGKATKAN KESELAMATAN
Semua model MG ZS dilengkapi teknologi bantuan pemandu termaju:
MG PILOT (ADAS TAHAP 2.5)
Antara fungsi yang ditawarkan termasuk
✔ Adaptive Cruise Control
✔ Lane Keeping Assist
✔ Forward Collision Warning
✔ Autonomous Emergency Braking
MG iSMART
Selain itu, sistem MG iSMART membolehkan pengguna mengawal kenderaan melalui telefon pintar termasuk Kemasukan tanpa kunci, Pemantauan status kenderaan Dan Kawalan fungsi tertentu secara jarak jauh
TEMPAHAN AWAL MG ZS TAWAR REBAT RM3,000
Bersempena KLIMS 2026, pelanggan yang membuat tempahan awal MG ZS dengan bayaran hanya RM99 akan menikmati Rebat RM3,000 Dan Penyelenggaraan percuma selama 3 tahun

Model ini ditawarkan dalam empat pilihan warna Merah , Perak, Hitam dan Putih. Spesifikasi penuh dan harga rasmi akan diumumkan semasa pelancaran rasmi kelak.
IM6 EV PREMIUM BUAT DEBUT MALAYSIA
Selain MG ZS, antara tarikan terbesar KLIMS 2026 ialah kemunculan sulung jenama premium IM di Malaysia. Model yang menjadi perhatian ialah IM6, sebuah SUV elektrik pintar segmen D yang memperlihatkan hala tuju masa depan SAIC dalam mobiliti premium.
RUANG KABIN
Dengan dimensi Panjang: 4,904mm Dan Lebar: 1,988mm .IM6 menawarkan ruang kabin mewah yang dipadankan dengan Bumbung kaca panoramik, Tempat duduk premium dan Sistem teknologi pintar generasi baharu

PRESTASI EV PREMIUM YANG MENGAGUMKAN
IM6 bukan sekadar tampil mewah, malah menawarkan prestasi luar biasa Jarak pemanduan sehingga 600km (WLTP), Kuasa maksimum 572kW dan Tork maksimum 802Nm. Gabungan prestasi dan teknologi ini menjadikan IM6 antara SUV elektrik premium paling menarik yang diperkenalkan di Malaysia tahun ini.
MGS5 EV TAWAR PROMOSI ISTIMEWA
Selain MG ZS dan IM6, pengunjung KLIMS 2026 juga boleh melihat model lain termasuk:
✔ MG HS Hybrid+
✔ MG QS
✔ MGS5 EV
✔ MG Cyberster
Bagi pelanggan yang menempah MGS5 EV sepanjang KLIMS 2026, Harga MGS5 EV bermula daripada RM116,900. And a juga layak menerima
✔ Rebat segera RM7,000
✔ Wall Box Charger 7kW percuma bernilai RM2,000
✔ Kredit pengecasan RM1,000
MG ZS KLIMS 2026
BUKTI KOMITMEN SAIC TERHADAP PASARAN MALAYSIA
Pengenalan MG ZS pertama yang dipasang secara tempatan bersama debut premium IM6 menunjukkan komitmen berterusan SAIC Motor Malaysia dalam memperluaskan portfolio produk daripada model petrol, hibrid hinggalah kepada mobiliti elektrik premium.

Dengan gabungan reka bentuk moden, teknologi pintar, keselamatan canggih dan tawaran nilai yang kompetitif, MG ZS KLIMS 2026 berpotensi menjadi antara SUV paling dinantikan pengguna Malaysia bagi tahun 2026.
Pengunjung boleh melihat sendiri MG ZS, IM6 dan barisan model MG lain di KLIMS 2026 yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur sehingga 21 Jun 2026.
