Kia KLIMS 2026 mencuri perhatian kali ini menerusi EV4, EV5, PV5 dan K4. Ketahui sebab Pavilion Kia antara tarikan wajib dikunjungi serta tawaran Kia TotalCare bernilai tinggi.
KIA KLIMS 2026
EV4, EV5, PV5 DAN K4 BUKTIKAN VISI ‘BOLD & PROGRESSIVE’
Kia Sales Malaysia mencuri perhatian di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 apabila mempersembahkan barisan model global terkini yang mencerminkan hala tuju masa depan mobiliti menerusi tema “Bold & Progressive”.
KIA TOTALCARE JADI TARIKAN UTAMA PENGUNJUNG
Bertempat di Pavilion Kia di MITEC, pengunjung berpeluang menyaksikan gabungan teknologi elektrifikasi, reka bentuk futuristik, pengalaman digital interaktif dan program pemilikan paling komprehensif pernah diperkenalkan jenama itu menerusi Kia TotalCare.

Penyertaan Kia pada KLIMS 2026 bukan sekadar mempamerkan kenderaan baharu, malah memperlihatkan transformasi jenama Korea Selatan itu sebagai peneraju mobiliti pintar yang menggabungkan inovasi, kelestarian dan pengalaman pelanggan dalam satu ekosistem lengkap.
KIA KLIMS 2026: EMPAT MODEL GLOBAL JADI PERHATIAN
Antara tarikan terbesar Pavilion Kia ialah kemunculan empat model global yang mewakili pelbagai segmen dan teknologi mobiliti masa depan Kia EV4, Kia EV5, Kia PV5 dan Kia K4 GT-Line.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kia Sales Malaysia, Hyung Ho Kim, pameran kali ini membuktikan komitmen Kia dalam menyediakan penyelesaian mobiliti yang relevan dengan keperluan pengguna moden.

“Kami memperlihatkan visi antarabangsa Kia yang Bold & Progressive menerusi produk global yang menawarkan inovasi, teknologi dan pengalaman mobiliti generasi baharu,” katanya.
KIA K4 BUAT KEMUNCULAN SULUNG DI MALAYSIA
Salah satu model yang paling mencuri tumpuan ialah Kia K4 GT-Line yang membuat penampilan rasmi pertama di Malaysia. Model sedan generasi baharu ini menampilkan falsafah reka bentuk Opposites United, menggabungkan elemen sporty dan premium untuk kegunaan harian.
K4 dikuasakan enjin 1.6L Turbo GDi yang menghasilkan 193 PS Dan 265 Nm tork. Di bahagian kabin pula, K4 tampil moden dengan
✔ Paparan Panoramik 30 inci
✔ Apple CarPlay tanpa wayar
✔ Android Auto tanpa wayar
✔ Tempat duduk berpengudaraan
✔ Kawalan iklim dwi-zon
✔ Pengecas telefon tanpa wayar

Gabungan teknologi dan reka bentuk premium ini menjadikan K4 antara model paling dinanti peminat sedan di Malaysia.
EV4, EV5 DAN PV5 GAMBARKAN MASA DEPAN MOBILITI KIA
KIA EV4 :
EV GENERASI BAHARU DENGAN JARAK PEMANDUAN SHINGGA 612KM
Kia EV4 menampilkan reka bentuk futuristik serta teknologi elektrik terkini. Antara kelebihan utama
✔ Kuasa 150 kW
✔ Tork 283 Nm
✔ Jarak pemanduan sehingga 612 km (WLTP)
✔ Pengecasan pantas DC 10%-80% dalam 29 minit
✔ Fungsi Vehicle-to-Load (V2L)
Model ini dibangunkan menggunakan platform E-GMP yang menjadi asas kepada generasi EV Kia.

KIA EV5:
SUV ELEKTRIK PRAKTIKAL UNTUK KELUARGA MODEN
Kia EV5 pula direka untuk pengguna yang mahukan SUV elektrik dengan gabungan prestasi dan keselesaan. Ciri menarik termasuk:
✔ Kuasa 230 kW
✔ Tork 480 Nm
✔ Pecutan 0-100 km/j dalam 6.1 saat
✔Jarak pemanduan sehingga 540 km
✔ Teknologi pengesahan cap jari
✔ Sistem audio premium
✔ Fungsi V2L
KIA PV5:
REVOLUSI MOBILITI KOMERSIAL MASA DEPAN
Turut menjadi perhatian ialah Kia PV5, model pertama Kia yang dibangunkan berasaskan platform PBV (Platform Beyond Vehicle). PV5 menawarkan fleksibiliti tinggi untuk perniagaan, logistik, mobilti komuniti Dan pengangkutan gaya hidup
Model ini turut menerima pelbagai anugerah antarabangsa termasuk pengiktirafan daripada Red Dot Design Award dan iF Design Award.

KIA TOTALCARE:
TAWARAN PEMILIKAN PALING BERANI DALAM INDUSTRI
Satu lagi pengumuman besar di KLIMS 2026 ialah pelancaran program Kia TotalCare. Menurut Pengarah Urusan Kia Sales Malaysia, Emily Lek, program ini mencerminkan keyakinan penuh Kia terhadap produk dan perkhidmatannya.
Pelanggan yang membuat tempahan model terpilih Kia bermula 1 hingga 22 Jun 2026 berpeluang menikmati:
✔ 8 Tahun Waranti
✔ 8 Tahun Servis Percuma
✔ 8 Tayar Percuma
✔ Rebat Tunai RM8,000
✔ Insurans Percuma Tahun Pertama
Malah pelanggan juga berpeluang memenangi percutian ke Seoul, Korea Selatan ataupun Telefon pintar Samsung Tawaran ini menjadikan Kia antara jenama automotif yang menawarkan pakej pemilikan paling kompetitif di Malaysia ketika ini.
KLIMS 2026 berlangsung dari 12 hingga 21 Jun 2026 di MITEC, Kuala Lumpur, dan Pavilion Kia dijangka menjadi salah satu destinasi paling popular sepanjang pameran berlangsung.
