GUARDIAN MALAYSIA BANTU KANAK-KANAK AGAR KEKAL BERSIH DAN SIHAT, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Walaupun di kala pandemik tetapi, kesihatan dan kebersihan perlu di jaga.
Terutama kanak-kanak kerana mereka senang untuk terdedah. Jadi perlu ada yang bantu untuk mengingatkan agar kekal bersih dan sihat.
Tujuan utama program ini adalah untuk membantu kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah kekal bersih dan seterusnya, kekal sihat.
INITIATIF #GUARDIANCARES
Sebagai sebahagian daripada initiatif #guardiancares, program yang bakal bermula pada 15 Disember 2022. Bakal menyediakan produk penjagaan diri, terutamanya mandian badan untuk kanak-kanak.
BERHAK MENJADI BERSIH DAN SIHAT
“Di Guardian, kami percaya bahawa setiap orang berhak untuk menjadi bersih dan sihat. Ia adalah hak asasi manusia. Hal ini tidak sepatutnya menjadi satu kemewahan atau keistimewaan, terutamanya bagi kanak-kanak.
Kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah terdedah kepada serangan penyakit kerana keluarga mereka tidak mempunyai sumber, lebih-lebih lagi selepas Covid-19.
Untuk membeli produk kebersihan kerana keutamaan diberikan kepada membeli makanan untuk anak-anak mereka.
Kos sara hidup yang semakin meningkat menyukarkan lagi keadaan mereka apabila kita mengambil kira perbelanjaan utama . Seperti pengangkutan, pendidikan, sewa, dan pinjaman.
ELAK PENYAKIT HFMD ATAU COVID-19
“Namun begitu, kebersihan dan kesihatan kanak-kanak ini tetap perlu dititikberatkan.
Sebagai contoh, kita melihat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) meningkat 20 kali ganda tahun ini berbanding tahun lalu dan golongan kanak-kanak paling teruk terjejas.
Dengan pengalaman kita berdepan dengan Covid-19 baru-baru ini, menjaga kebersihan khususnya kebersihan tangan yang baik kekal.
Ia sebagai satu langkah yang sangat penting dalam mencegah penyebaran penyakit berjangkit seperti Covid-19.
Di samping itu, kami juga percaya bahawa apabila seorang kanak-kanak itu bersih dan harum, ia dapat merangsang keyakinan diri dan meningkatkan kesejahteraan mental”
-Anna Ng, Pengarah Pemasaran Jenama, Asia Tenggara, Guardian
KEMPEN BERSAMA MENJAGA KEBERSIHAN DAN KESIHATAN KANAK-KANAK
Sebagai tanda pelancaran kempen “Bersama Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak” itu di Malaysia pada 6 Disember lalu.
200 pelajar dari kelas Tahun Satu, Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1, telah menerima DUA botol mandian badan 1 liter dan 100ml berserta patung beruang GuardianCares setiap seorang.
Selain itu, 800 murid Tahun Dua hingga Enam menerima SATU botol mandian badan 1 liter, beg eko #guardiancares. Tidak lupa juga poster kebersihan yang menunjukkan cara yang betul untuk membasuh tangan dan badan semasa mandi.
MASKOT #GUARDIANCARES PUN ADA
Majlis turut dihadiri oleh Pengetua Sekolah, Tuan Khairudin Abdul Aziz dan YM Tengku Munazirah Tengku Abdul Samad Shah Alhaj, Ahli Lembaga Pemenang Amanah MyPerintis & School of Life Malaysia.
Serta Ahli Farmasi Guardian, Shaktieswary A/P Chagaran. Maskot #guardiancares juga diperkenalkan kepada pelajar yang hadir.
Pada majlis pelancaran itu, ahli-ahli pasukan Guardian juga telah turun padang untuk membantu menyiapkan satu mural yang diilhamkan oleh Haris Rashid. Mural itu menggambarkan kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan.
PATUNG BERUANG GUARDIANCARES
Patung beruang Guardiancares berona oren ceria bakal dijual pada harga RM30 di semua stor Guardian di seluruh Malaysia dan di stor dalam talian serta aplikasi mudahalih Guardian.
Semua hasil jualan patung beruang Guardiancares akan disalurkan ke dana #guardiancares bagi menyokong keperluan penjagaan diri kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia.
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT GUARDIAN
“Menerusi program ini, kami menyasarkan untuk menyediakan 20 juta mandian untuk kanak-kanak kurang bernasib baik.
Bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara Asia Tenggara yang lain seperti Singapura, Indonesia, Kemboja dan Vietnam.
Inisiatif ini merupakan program khidmat masyarakat Guardian di seluruh rantau yang meliputi lima negara. Dimana setiap negara bekerjasama dengan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) tempatan agar sumbangan kami akan sampai kepada kanak-kanak yang dimaksudkan.
Di Malaysia, Guardian akan bekerjasama dengan Yayasan Perintis Malaysia yang akan membantu mengedarkan produk mandian dan mengenalpasti penerima kanak-kanak bagi pihak Guardian.
Kami akan memfokuskan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah dari keluarga B40 yang tinggal di rumah pangsa dan rumah kos rendah berhampiran sekolah.
15 SEN DIDERMAKAN PADA GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK
Selain itu, untuk setiap satu liter produk mandian Guardian yang dijual di Malaysia, 15 sen akan didermakan kepada golongan kanak-kanak kurang bernasib baik ini.
Jadi kami berharao agar pelanggan dapat menyokong usaha khidmat masyarakat kami dengan membeli produk mandian badan Guardian”
Inisiatif #guardiancares adalah satu inisiatif yang mampan yang memberi tumpuan terhadap kesihatan pelanggan dan komuniti dimana Guardian beroperasi.
Kami ingin memberi inspirasi dan memperkasakan pelanggan untuk membuat pilihan yang sihat dan mampan dalam memilih jenama kesihatan dan kecantikan yang mereka yakini di Guardian.
Pendek kata, kami mahu pelanggan untuk ‘prihatin’ dengan apa yang mereka beli. Kami percaya kecantikan bermula dari dalam. Dengan memilih untuk prihatin, bersama kita mampu membuat perubahan”