PJ FOLKLORE 2022, MEMANG TERBAIK DAN BEST!

PJ FOLKLORE 2022, MEMANG TERBAIK DAN BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Best sangat lagi-lagi sudah dua tahun tidak semeriah begini.

PJ FOLKLORE 2022,

Kali ini KP bercerita tentang sambutan festival kesenian budaya, Petaling Jaya International Folklore Festival (PJ FOLKLORE 2022). Lebih kurang 10,000 orang ramai membanjiri Dataran Jalan Timur, Petaling Jaya.

Festival dirasmikan oleh YB Hee Loy Sian, Exco Pelancongan & Alam Sekitar . Disaksikan Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan bin Md. Amir dan Timbalan Datuk Bandar MBPJ, TPr. Hajah Sharipah Marhaini binti Syed Ali.

Penganjuran yang memasuki kali ke-7 itu menampilkan kelainan dengan tema Ceritera Rakyat dengan menampilkan busana tradisional melayu pelbagai negeri.

USAHA SAMA BERSAMA

Walaupun diadakan di MBPJ, ianya adalah usaha sama MBPJ dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia[MOTAC] – PJ FOLKLORE 2022

Turut serta adalah International Council of Organizations of Folkflore Festivals and Folk Arts (CIOFF Malaysia) dan Tourism Selangor.

PROGRAM YANG ADA!

31 program diijalankan secara percuma. Antaranya PJ Fight Night (MMA), Pocket Show, Asian Food Festival, Pameran Busana & Jualan Pelbagai.

Minat seni ada juga Wayang Kulit (Pok Chu), Dikir Barat (Issey), Persembahan Kebudayaan Antarabangsa, Konsert WINGS Ceritera Rakyat dan lain-lain.

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN & BUSANA

Dimalam itu juga diserikan dengan persembahan kebudayaan dan pameran busana tradisional daripada 8 buah negara antarabangsa.

Iaitu Indonesia melibatkan dua kumpulan dari Bandung dan Kalimantan, Korea Selatan, Filipina, Thailand, Mexico, Sri Lanka, Jepun dan Uzbekistan.

Kalau negeri dalam Malaysia pula Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Johor.

KUMPULAN ROCK WINGS ADA ?

Antara yang dinantikan oleh para pengunjung. Mana taknya dapat menonton secara percuma konsert Kumpulan Rock terkenal.

Kumpulan WINGS mendendangkan 8 buah lagu pada malam itu di padang Amcorp Mall. Lepas rindu nak dengar mereka menyanyi.

Moga tahun depan dianjurkan lagi agar sama-sama dapat berhibur sambil mengetahui busana mahupun persembahan dari negara luar.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge