Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

MIZIO Keluarkan Single Memori Duka & Izinkanlah Realisasikan …. | Berbekalkan minat yang membara dalam bidang seni suara , usahawan MIZIO berani mengambil langkah besar di mana sanggup menghabiskan masa dan wang ringgit bagi merelisasikan impiannya sebagai penyanyi . Bermula dari sifar dimana beliau mengambil langkah sistematik bagi mendekatkan dirinya kepada impiannya. Beliau tetap mengambil kelas vokal. belajar tentang produksi muzik dan juga pengarahan video muzik. Ini semua dilakukan sendiri olehnya.

Single Memori Duka & Izinkanlah

Berkat kesungguhannya ini dua lagu single terbaru iaitu MEMORI DUKA & IZINKANLAH telah selamat di terbitkan. Satu majlis pelancaran telah dilangsungkan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur untuk memperkenalkan single ini. Kedua-dua buah lagu ini menampilkan melodi yang dicipta oleh Taiko Tuaran dan lirik oleh Syafizan Syafik. Yang menarik ialah susunan muzik di buat sendiri oleh MIZIO . Berkonsepkan irama “Throwback ” ke zaman 80-90an . Sapa yang membesar di zaman era Alleycats, BPR dan sebagainya pasti dapat mengenali irama muzik didalam lagu ini. MIZIO Keluarkan Single Memori Duka & Izinkanlah Realisasikan ….

MIZIO teruja sangat kerana niatnya untuk berkongsi karya beliau kini menjadi kenyataan setelah sekian lama berkerja keras untuk pembikinan dua lagu single ini, Sekarang MIZIO sudah memulakan proses untuk merakamkan lagu Mandarin bagi projek seterusnya untuk melebarkan sayapnya ke negara China

VIDEO KLIP SINGLE MIZIO

Kedua-dua single ini telah menjalani penggambaran di Santorini , Greece selama tiga hari . Ia berlatar-belakangkan keindahan laut Agean dan pemandangan sekitar Gereja Dom Biru yang mercutanda ikonik kepada pulau tersebut. Santorini juga diikitiraf sebagai pulau yang paling romantik di dunia dan menjadi tumpuan berjuta-juta pelancong setiap tahun. Didalam video klip ini dihidangkan dengan pelbagai kecantikan di Santorini selain sekitar Gereja. Sambil dengar sambil terbayang diri berada di sana menghayati lagu ini.

Dengarkanlah Single Izinkanlah

Single Memori Duka live di Hard Rock Cafe

Ingin tahu dengan lebih lanjut tentang MIZIO mahupun single terbarunya boleh ikuti

Facebook MIZIO : facebook.com/mizio2017

Instagram MIZIO : instagram.com/miziovokal

Email : miziovocal@gmail.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge