GIANT MALAYSIA LANCAR PROGRAM CSR “SUDAH MAKAN?”, AMAZING!| Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Giant Malaysia hari ini mengumumkan bahawa ia menyasarkan untuk menyediakan 500,000 sumbangan makanan. Dengan kerjasama The Lost Food Project (TLFP) menjelang akhir tahun depan.
CSR “SUDAH MAKAN?”,
Ini dijangka akan tercapai dengan pelancaran Kempen “Have You Eaten?” atau ‘Sudah Makan?’.Di mana peratusan daripada semua produk beras jenama Meadows yang dibeli. Akan disalurkan untuk membeli beras bagi golongan yang memerlukan.
Bersama-sama dengan kempen ini, Giant Malaysia juga memberi sumbangan sebuah lori penghantaran Giant, kepada The Lost Food Project (TLFP). Sebagai sebahagian daripada kerjasama berterusan mereka.
PELANCARAN DI GIANT MALAYSIA
Pelancaran itu disaksikan oleh Encik Quek Kia Ann, Pengarah Bahagian Komuniti,
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia di Pasaraya Giant Setapak.
Kempen yang dinamakan “Have You Eaten?”, sebuah frasa yang sering digunakan di Asia
bagi menggambarkan kebimbangan dan keprihatinan. Ia adalah salah satu usaha
tanggungjawab sosial korporat GCH Retail.
Mengurangkan bebanan rakyat yang memerlukan dan meningkatkan sumbangan kepada sekuriti makanan di Malaysia.
MEMBERIKAN NILAI & KUANTITI TERBAIK
“Giant sedang berusaha untuk memberikan nilai dan kualiti terbaik untuk membantu pelanggan kami meningkatkan nilai mata wang mereka pada masa yang mencabar ini.
Kami sedar bahawa semakin ramai dalam komuniti setempat yang mungkin tidak mampu untuk mendapatkan makanan walaupun sehari sekali. Apatah lagi tiga kali sehari bagi menampung kehidupan seharian mereka.”
“Oleh itu, selari dengan misi kami untuk menyediakan pelanggan apa yang mereka
Perlukan.
Kami juga perlu berusaha untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik
dan kurang berkemampuan, lebih-lebih lagi pada masa yang mencabar ini.
-kataPengarah Pemasaran, SEA (Makanan), Encik Lee Yik Hun.
KEMPEN SUDAH MAKAN?
Kempen ‘Sudah Makan?’ bertujuan untuk bekerjasama dengan pelanggan Giant Malaysia. Setiap 1 kg beras Meadows yang dijual, 10 sen akan disumbangkan kepada pembelian beras Meadows, pada harga kos.
Sumbangan beras Meadows ini dianggarkan akan dapat memenuhi sebahagian besar daripada sasaran 500,000 hidangan makanan kepada penerima bantuan. Ia merupakan matlamat Giant dengan kerjasama TLFP.
GIANT X TLFP
Giant juga telah mengumumkan kerjasama baharunya dengan TLFP melalui pemberian lori penghantaran Giant. Bersama dengan 4,000 kg makanan keperluan atau anggaran bersamaan dengan 11,430 hidangan makanan.
Untuk 200 buah keluarga yang terdiri daripada PPR Seri Semarak dan PPR Sg Bonus.
Diantara barangan makanan yang sempat disumbangkan oleh Giant, terdiri daripada barangan keperluan seharian.
Antaranya Beras Meadows, Minyak Masak, Tepung, Gula, Kit Ujian Kendiri C-19
dan beberapa barangan runcit.
Baucar tambahan bernilai RM100 turut disumbangkan kepada setiap keluarga, bagi membolehkan mereka membeli apa yang mereka perlukan.
WAJAR DIJADIKAN CONTOH
“Program kolaborasi seumpama ini amat baik bagi membantu masyarakat
yang mengalami krisis kekurangan makanan. Jalinan kerjasama antara Giant bersama The
Lost Food Project sewajarnya dijadikan contoh oleh syarikat-syarikat korporat yang lain.
Ini bagi membantu golongan yang daif dan memerlukan supaya tiada siapa yang terpinggir
selari dengan janji utama dan transformatif bagi Agenda 2030 untuk Matlamat
Pembangunan Mampan (SDG),”
-ulas En. Quek Kia Ann, Pengarah Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat
GAS RUMAH HIJAU (GHG)
Gas rumah hijau (GHG) daripada industri makanan sahaja, menyumbang 34% daripada
jumlah pelepasan yang telah mengakibatkan krisis iklim hari ini.
“Kami merasa amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Giant bagi memberikan
sebahagian daripada penyelesaian bagi pengurangan perubahan iklim.
Tindakan untuk meminimumkan lebihan makanan di mana perlu dan mengelakkannya daripada berakhir di tapak pelupusan sampah.
Sebaliknya menjadikan ia sebagai pemberi harapan kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Dengan membantu memenuhi meja makan mereka dengan makanan,”
-jelas Tuan Haji Abdul Wahap Long, wakil dari The Lost Food Project.
LORI PENGHANTARAN GIANT
Dermaan makanan sahaja adalah tidak memadai, kerana terdapat juga keperluan untuk
mengagihkannya dengan cepat, terutamanya barangan segar.
Oleh itu, Giant mengambil satu lagi langkah untuk membantu menyelesaikan perkara ini dengan menderma sebuah lori penghantaran Giant.
Lori ini bertujuan untuk mengumpul dan mengagih lebihan makanan, di kawasan sekitar pasaraya Giant di Lembah Klang. Lori ini dihiasi dengan penjenamaan kempen dengan terang.
“Kami ingin menggalakkan pelanggan kami dan orang ramai untuk menyertai kami dalam usaha membantu masyarakat yang memerlukan, serta menangani masalah kelaparan di Malaysia.
Walaupun dengan hanya membeli sekilo beras, anda sudah boleh membuat satu perubahan. Lagipun, kami benar-benar percaya bahawa “It’s The Little Things That Will Make a Giant Difference!”.
-kata Encik Lee Yik Hun lagi.