BEST KE LITTLE PENANG KAFE DI ATRIA MALL, PJ?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Antara lokasi yang ingin dikongsikan untuk anda pecinta makanan.

Ada ke restoran halal untuk dinikmati? Pasti ada yang tertanya apa yang menarik di Atria Shopping Mall ni bukan? Jangan risau, ini KP kongsikan;

LITTLE PENANG KAFE

Kalau dari nama restoran atau outlet sendiri pastinya buat mereka yang merindui makanan Penang. Little Penang Kafe yang KP singgah terletak di Atria Shopping Mall, PJ. DIbuka setiap hari dari jam 11pagi hingga 9malam.

Menghidangkan hidangan autentik dari Penang yang popular seperti laksa, kuay teow mahupun masakan Portugis. Dibuka pada 1999 dan diuruskan oleh ahli keluarga sendiri yang kini diuruskan oleh 3 generasi.

TIADA DI PENANG?

Nama outlet Little Penang Kafe, hakikatnya hanya ada di Lembah Klang saja. Bukan satu tetapi 3 cawangan diantaranya KLCC, Tropicana Gardens dan Atria Mall PJ. Antara hidangan yang sempat KP makan adalah

SET ACAR FISH

Set nasi dengan acar ikan, sambal, lor bak , timun dan juga kerabu pucuk paku. Satu hidangan lengkap dengan semua. Sesuatu yang patut dicuba.

KUAY TEOW DUCK EGG

Yang special untuk hidangan ini adalah kuay teow digoreng cara Penang tetapi menggunakan telur itik a.k.a duck egg instead of telur ayam. Makan panas-panas dengan cili jeruk mahupun cili potong kicap mesti best!

PENANG MEE CURRY

Tak lengkap kalau pi Penang tak makan mee kari. Resipi turun temurn dari generasi sebelum ini

LAKSA PENANG

PIE TIE

Dibuat sendiri dari kulitnya dan juga isinya. Ada perbezaan diantara pie tie disini dengan yang diluar sana Yang penting sedap dan ‘fresh’

MINUMAN

3 Layer Tea/ 3 Layer Coffee ais untuk sejukkan diri. Kelainan ambil coconut shake- fresh. Kedondong Shake sesuatu yang baru dan menyegarkan.

DURIAN CENDOL DAN CENDOL

Tidak perlu berkongsi tentang kesedapannya. Lagi-lagi ulas durian yang diletakkan diatas cendol menambahkan keenakannya.

Jika ingin merasa kelainan hidangan boleh singgah disini. Masih mengekalkan menu dan resipi turun temurun membuatkan hidangan menjadi lagi enak. Cara memasak juga memainkan peranan dalam hidangn.

Dibuat dengan penuh kasih sayang pasti memberikan kelazatan pada makanan.

Facebook| Instagram

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge