GASTRONOMIC FEAST 2022 DI ATRIA MALL, MEMANG BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Suka makan? SUka mencuba menu baru? Kalau sambil makan sambil kumpul setem untuk dapatkan vouceher lagi nak tak?

GASTRONOMIC FEAST 2022

Hanya di Atria Shopping Gallery ini, kempen terbaru iaitu Gastronomic Feast 2022. Memberi penghargaan pada pelanggan setia di Atria Mall. Berlangsung dari 5 hingga 31 Ogos 2022. Ada banyak aktiviti lain yang dianjurkan disini seperti

Fruit Festival – 27 & 28 Ogos 2022

We Dare You To Eat Challenge – 28 Ogos 2022

Learn How to Artfully Photograph Food – 27 Ogos 2022

TEBUS VOUCHER DAN CABUTAN BERTUAH

Sama ada membeli makanan atau minuman di restoran terpilih, boleh kumpul setem untuk tebus voucher Atria Mall secara PERCUMA. Dapat juga sertai Cabutan Bertuah dimana bakal memenangi Le Cruset.

FOODTASTIC REWARD CARD

Anda boleh ke counter Concierge untuk mendapatkan Foodtastic Reward Card.

Dengan perbelanjaan minimum RM 30 (RM20 & ke atas untuk Ahli Atria Apps) dalam satu resit yang sama. Kumpul satu setem apabila menikmati hidangan di mana-mana kedai F&B

Tunjukkan resit di Concierge Counter tingkat bawah dan cop akan diberikan di Foodtastic Reward Card.

credit: Mahamahu

Website | Facebook | Instagram

Pasti ada yang tertanya apa yang menarik di Atria Shopping Mall ni bukan? Ada ke restoran halal untuk dinikmati! Jangan risau, ini KP kongsikan

TEDBOY BAKERY

Pasti pernah dengar TedBoy Bakery. Pelbagai produk bakeri ada di sini seperti pastri, roti mahupun kek. Yang bestnya semua adalah ‘homemade.

Menariknya di cawangan Atria Shopping Mall bukan setakat bakeri ada juga hidangan berat untuk dinikmati tidak kira waktu. Antaranya nasi lemak with chicken rendang, fried chicken carbonara, buttermilk chicken with rice dan sandwich club

Pilihan air dari mango smoothies, strawberi smoothies, hot chocolate dan juga hazelnut latte.

Baca di sini :

LITTLE PENANG KAFE

Dari nama saja pasti akan tahu hidangan yang bakal dihidangkan di sini. Walaupun namanya Little Penang Kafe tetapi hanya ada cawangan di Kuala Lumpur sahaja.

Dibuka pada tahun 1999 dan diuriskan sendiri oleh agli keluarga yang sudah memasuki 3 generasi.

Antra hidangan yang sempat KP cuba sewaktu kempen Gastronomic Feast 2022 seperti Kuay Teow Duck Egg, Set Acar Fish, Penang Mee Curry. Laksa Penang, Cendol Durian dan Pie Tie

Baca disini: Little Penang Kafe di Atria Mall

DAVE’S DELI

Bukan nama baru dalam bidang makanan tetapi sudah lebih 30 tahun ye semenjak tahun 1989. Disebalik namanya adalah nama tuan punya iaitu Mr. David dimana diuruskan dan bangunkan oleh keluarganya

Antara menu yang dicuba seperti roast chicken set . roast chock sandwich. lasagna mahupun mushroom pie. Kalau ice lemon tea dah biasa apa kata cuba blackcurrant lychee. Sesuatu yang refreshing

Baca disini: Dave’s Deli Antara Pilihan

LA JUICERIA SUPERFOOD

LJ atau lebih dikenali sebagai La Juiceria Superfoods Signature. Bila sebut hidangan sihat pasti tertanya hanya sayur-sayuran saja ke? Salad dan sandwich atau menu vegetarian.

Disediakan secara homemade dan ditawarkan juga dengan pelbagai jenis masakan seperti kukus, grill dan sebagainya.

Baca disini: Ada La Juicera di Atria Mall

MR CHIZU

Penggemar cheese ini adalah outlet yang perlu disinggah. mana taknya dimasak dengan menggunakan bahan yang berkualiti dan harga yang berpatutan. Antaranya

Antara menu yang ada

CHEESE TART

Nampak comel tetapi jangan terkejut apabila menikmatinya. Disyorkan untuk dinikmati panas-panas. Kerak atau crust ranggup dan cream cheese pula terasa.

Bakar setiap hari untuk menjaga kualitinya.

HIZU CHEESE TART HANJIKU [HALF COOK]

Signature cheese cake dan dikatakan resepi ini didatangkan khas dari Jepun. Ada dua pilihan sama ada original atau coklat

HANJUKU SLICE [HALF BAKE CAKE]

Ada majlis keraian mahupun ‘piknik’ bersama rakan-rakan. Ini menu yang boleh dibawa sebagai buah tangan. Bungkusan yang menarik dan senang untuk dibawa kemana saja.

Facebook |

ZUS COFFEE

Peminat kopi pasti anda setuju bukan? Ini adalah diantara outlet kopi yang menawarkan bermacam-macam pilihan air.

Boleh dipilih sama ada sejuk dan panas. Bagi KP pastilah panas baru layan

Website|

BLACKBALL

BlackBall adalah salah satu outlet pemanis mulut yang patut dicuba untuk merasai kelainaannya. Ianya adalah pencuci mulut premium dari Taiwan.

Hidangan ini boleh dipilih untuk dinikmati secara panas mahupun sejuk.

Pilih dulu Dessert Base . Ada sejuk, panas mahupun Grass Jelly [ala cincau]

Kemudian tambahkan toppings. Setiap toppings ada caj berlainan ye. Pilihan seperti jagung, sweet potatoes, matcha jelly, sesame aiskrim dan banyak lagi.

kalau tanya pada diriku, jika penat

Facebook |

MIKI BAKERI

Di Miki Bakeri ini adalah outlet terakhir KP singgah selepas shopping, nonton movie di MBO dan lapar so carilah snack untuk dibawa balik.

Walaupun nampak comel tetapi hidangan ini memang terbaik. Rasa isinya and wajib makan panas-panas.

Dikongsikan yang ia adalah tradisi turun temurun dan dimasak setiap hari agar terjaga kualitinya. Jadi jangan lupa bawa pulang untuk dikongsi bersama.

Facebook|

.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge