DAVE’S DELI ANTARA PILIHAN DI ATRIA MALL, AWESOME!

DAVE’S DELI ANTARA PILIHAN DI ATRIA MALL, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bila ada ramai dalam ahli keluarga mulalah pening kepala. Bukannya apa sebab masing-masing ada menu kegemaran tersendiri.

Kali ini KP bawakan salah satu outlet yang menghidangkan menu ‘western’ sesuai untuk semua tidak kira usia mahupun kanak-kanak atau dewasa.

DAVE’S DELI

Bukan nama baru dalam bidang makanan tetapi sudah lebih 30 tahun ye semenjak tahun 1989. Disebalik namanya adalah nama tuan punya iaitu Mr. David dimana diuruskan dan bangunkan oleh keluarganya.

Mempunyai 7 outlet secara keseluruhan dimana 4 di Lembah Klang dan 3 di Penang. Dibuka dari 11.30 pagi hingga 830 malam.

PILIHAN MENU

Antara yang menjadi tarikan di Dave’s Deli adalah sos blackpepper. Dalam masa sejam sewaktu berada di sini, sempat KP mencuri dengar pesanan mereka dan pasti terselit ‘sos blackpepper’.

Siap ada yang minta extra sos untuk menjadikan hidangan lebih ‘special’.

ROAST CHICKEN SANDWICH

ROAST CHICKEN MUSHROOMS PIE

Puff pastri lembut, cukup sedap dimakan panas-panas. Isinya pula tidak ‘benyek’ atau lembik.

DAVE’S FAMOUS CHICKEN ROAST

Yang ini adalah 1/4 ayam roast bersama side dish

Boleh pilih side dish yang ada. Sos pula boieh pilih nak mushroom atau blackpepper

LASAGNA DAVE’S DELI

ICE LEMON TEA & BLACKCURRANT WITH LYCHEE

Sedap adalah subjektif dimana rasa setiap orang tidak sama. Kalau anda ingin mencuba kelainan dalam ayam panggang boleh cuba Dave’s Deli.

Menggunakan herba dan rempah ratus dengan resipi tersendiri membuat ianya lain dari yang lain. Pie menjadi pilihan KP, lagi-lagi kalau ada sos ‘black pepper’ yang menjadi sebutan.

Facebook|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge