PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ GREAT EASTERN MALL, BEST!

PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ GREAT EASTERN MALL, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Steamboat dan BBQ antara menjadi makanan favourite KP. Jika ada sambutan hari jadi ataupun apa apa pasti hidangan ini yang dicari.

Ada sebab kenapa pilihan Steamboat dan BBQ menjadi pilihan. Kalau nak tahu kenalah baca artikel terbaru tentang outlet yang baru dibuka.

PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ

Pak John Steamboat & BBQ kini dibuka di Great Eastern Mall. Lokasi outlet terbaru ini di tingkat 3, Great Eastern Mall Kuala Lumpur. Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam termasuk cuti umum.

STEAMBOAT & BBQ

Dari nama outlet pasti dah boleh tahu hidangan yang disediakan. Ada pelbagai jenis hidangan disini dibawah satu bumbung.

Steamboat bagi mereka yang suka ‘merebus’ atau menikmati sup. BBQ pula buat mereka yang suka membakar selepas perapan.

Luas dan selesa untuk menikmati hidangan disini bersama yang tersayang. Jika ingin mengadakan pertemuan [reunion], mahupun keramaian hari jadi, atau apa-apa saja event boleh dibuat disini juga.

Di cawangan Great Eastern Mall, pada satu masa boleh memuatkan maximum 250 orang. Boleh karoake ke? Bolehlah kerana ada bilik karoake disini didalam bilik privasi yang boleh memuatkan dalam 10-12 orang pada satu masa.

Pemandangan sewaktu hari makin senja. Saja KP pilih tempat makan di sini agar dapat menikmati pemandangan terutama bila senja datang

PIILIHAN SUP

Ada dalam 6 jenis sup boleh dipilih. Kebiasaannya ramai yang memilih sup ayam dan sup tomyam.

Ada pula yang suka sup kimchi dan sup udang sebab ada rasa manis-manis gitu. Nak kelainan boleh cuba sup udang, dan kari.

Pilihan kite sekeluarga of course sup ayam dan sup tomyam

Ada juga menu lain seperti hidangan berat mahupun gorengan. Antaranya

Menu seperti sushi dan dim sum pun ada. [Untuk menu yang ini bukan semua outlet sediakan]. Lebih daripada 100 jenis menu dan hidangan ada disini,

Pilihan sushi untuk pengunjung

Pau coklat dan kacang merah memang sedap, syarat kena makan panas-panas

Antara pilihan dim sum yang ada. Makanan disini akan senantiasa di ‘top up” agar tidak putus makanan. Makan=makan sambil berborak pasti lagi menarik.

Bestnya jika menikmati hidangan disini ialah ada menu premium. Untuk yang ini pilih saja yang mana anda suka dari beef slice, chicken slice dan juga smoked duck.

Boleh berulang kali ambil dengan syarat perlu habiskan.

Sedap dibakar diatas pemanggang, cicah dengan sos dan makan panas-panas. Ada lagi pilihan seperti mi, udon,

Kalau untuk steamboat tak lengkap jika tiada bebola mahupun sayur- sayuran. Nampak tak kesegaran .

Belum lagi masuk ‘dessert’. Antaranya buah-buahan, waffle, air batu campur [ABC], dan juga ais krim.

Untuk waffle, topping kita boleh pilih mengikut pilihan sendiri. Boleh letak jem, kaya, ais krim dan sebagainya.

Ais krim. Anak-anak pasti menggemarinya.

JOM MASAK DAN MAKAN

Memula dengan bebola dahulu.

seafood yang dipilih

sos pilihan dan wajib ada perapan ayam daging untuk BBQ

taddaaa… sedang membakar. Tak sabar nak makan

Pilihan sup dan sedang membakar pilihan premium. Awas takut meletup-letup.

Apalagi jom lagi pakat ramai-ramai ke sini . Harga masih lagi berbaloi dan harga marhaen. Kalau ada yang sambut birthday dapat free makan lagi

Video nie anak-anak yang shoot dan edit, jadikan Pak John Steamboat & BBQ salah satu pilihan lokasi anda bersama ahli keluarga tersayang.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge