DUTA JENAMA TUDUNG BY CHEFIZA [BCF], THE BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kenalkah anda pada watak Salina dalam drama Rindu Kasih yang popular di slot Samarinda TV3? Ini cerita terbarunya.

AMBASSADOR SIGINING CEREMONY

Berkesempatan untuk turut serta dalam pelancaran ‘Ambassador Signing Ceremony’ pasti tidak ketinggalan.

Ianya diantara jenama By Chefiza (BCF) bersama insan seni yang bernama Ummi Nazeera di White Sand Cafe Empire Damansara. Dalam pada masa yang sama Ummi Nazeera dilantik sebagai duta terbaru jenama BCF.

JENAMA TUDUNG BY CHEFIZA [BCF],

KENAPA UMMI NAZEERA?

Pemilihan Ummi Nazeera sebagai duta adalah tepat. Personalitinya sendiri menepati konsep jenama By Chefiza [BCF]. Bersahaja, bersederhana, merendah diri, autentik dan mematuhi syariah itu yang menarik perhatian kami.

-kata Puan Che Nurul Hafizah pengasas By Chefiza [BCF].

JENAMA TUDUNG BY CHEFIZA [BCF],

Bersama Ummi Nazeera sebagai duta, pelbagai perancangan pemasaran bagi memperkenalkan jenama tudung By Chefiza (BCF) ke semua peringkat lapisan masyarakat.

KEMPEN BUAT DUIT RAYA BERSAMA BCF

Antara kempen yang bakal dilaksanakan pada masa terdekat adalah kempen ‘Buat Duit Raya Bersama BCF’. Kempen yang memberi pendedahan kepada komuniti Reseller BCF untuk menarik lebih ramai wanita mendapatkan tudung By Chefiza (BCF). 

JENAMA TUDUNG BY CHEFIZA [BCF],

Selain itu menerusi kempen ini juga diharapkan lebih ramai wanita akan merebut peluang menjana pendapatan bersama jenama By Chefiza (BCF) 

KOLEKSI TUDUNG BY CHEFIZA [BCF]

Menariknya, Ummi Nazeera sempat menggayakan koleksi tudung By Chefiza [BCF] didalam drama terbarunya yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadan nanti.

Koleksi yang cukup selesa, mudah untuk digayakan antara sebab kenapa Ummi bersetuju untuk menjadi duta selain dari jenama itu sendiri.

JENAMA TUDUNG BY CHEFIZA [BCF],

Beberapa aktiviti pemasaran sedang giat dirancangkan dengan menggunakan strategi ‘Go to Market’. Bukan sahaja pemnjualan melalui atas talian bahkan ke pasaran fizikal seperti pembukaan booth di pasar malam dan sebagainya.

Ini adalah salah satu strategi yang efektif bagi mendekatkan lagi dengan pegguna serta bakal pengguna jenama tudung By Chefiza.

Sepanjang tahun 2023 juga jenama ini akan menyertai program televisyen dan ‘Award dinner’ yang bakal diadakan pada awal Febuari tahun ini.

PENGENALAN JENAMA BY CHEFIZA [BCF]

Jenama By Chefiza (BCF) diasaskan oleh Che Nurul Hafizah binti Che Zulkifli yang lebih dikenali sebagai Puan Chefiza. Dan suaminya Muhammad Fikri Abdul Razak selaku pengasas bersama.

Telah mula diperkenalkan bermula pada 14 Jun 2019. Mempunyai kilang sendiri di Pengkalan Chepa Kelantan dengan 60 tukang jahit bagi memenuhi hampir 11,000 ejen di seluruh Malaysia.

JENAMA TUDUNG BY CHEFIZA [BCF],

Pemilihan material terbaik dan berkualiti, rekaan kemas dan rapi antara kunci utama penghasilan produk dibawah jenama ini.

Produk terawal By Chefiza (BCF) pernah viral satu masa dahulu iaitu ‘Snowcap Berhantu’ dengan hanya modal yang sederhana tetapi berjaya terjual lebih dari 1 000,0000 helai.

Ini adalah penanda aras impian jenama By Chefiza untuk melebarkan lagi sayapnya dengan memperkenalkan produk-produk muslimah yang bukan sahaja berkualiti bahkan mampu milik.

ANTARA PRODUKNYA SEPERTI:

Tudung – The Souk Classic, The Souk Premium, The Souk Luxe, The Souk Primadona, The Souk Modish, The Souk Harameen dan The Souk Printed. Ada juga Bawal Souk Lofty, Mini Souk dan Shawl Souk.

Stokin – Soukin Straight Cut dan Soukin V-Toe Cut.

Handsock – Handsouk

Inner Neck – Inner Neatneck dan Inner Neattie

Snowcap – Snowcap Kid dan juga Snowcap Dewasa

Biarpun jenama By Chefiza (BCF) ini mempunyai butik, namun kaedah utama yang digunakan oleh jenama ini adalah 99% reseller memudahkan pelanggan dari seluruh Malaysia.

Facebook

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge