BANDAR PURBA NEGARA CHINA DI SURIA KLCC, BEST!

BANDAR PURBA NEGARA CHINA DI SURIA KLCC, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Buat yang tidak pernah ke bandar purba negara China boleh rasai suasananya.

Kini, pengunjung boleh merasai suasana dan dekorasinya sempena sambutan Tahun Baru Cina.

SEPERTI BANDAR PURBA DI NEGARA CHINA

“Dengan dekorasi yang diinspirasikan dari kawasan bersejarah seperti “Pingle”, “Dali” dan juga “Lijian”, “Centre Court” Suria KLCC berubah menjadi seperti bandar purba di Negara China.

“Budaya kekeluargaan, permuafakatan dalam menikmati tradisi dan kemakmuran adalah konsep yang mendefinasikan sambutan Tahun Baharu Cina di Suria KLCC.

BANDAR PURBA NEGARA CHINA DI SURIA KLCC

Pihak kami telah bekerja keras untuk memastikan pengunjung dapat menikmati pelbagai pengalaman menarik di pusat beli-belah kami sepanjang tempoh sambutan perayaan” 

-kata Andrew Brien, Ketua Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

DEKORASI ZAMAN PURBA MASYARAKAT CINA

Dekorasi yang berkonsepkan zaman lalu ini membawakan hiasan menara pintu gerbang tradisi masyarakat Cina sebagai hiasan tengah.

BANDAR PURBA NEGARA CHINA DI SURIA KLCC

Bakal dikelilingi oleh struktur replika bangunan kayu bagi menonjolkan lambang seni bina yang lazim dalam budaya Cina.

REPLIKA ARNAB TERBESAR DI MALAYSIA

Selain itu, pengunjung juga boleh melihat sendiri replika arnab terbesar di Malaysia yang tersergam indah di KLCC Esplanade!

BANDAR PURBA NEGARA CHINA DI SURIA KLCC
BANDAR PURBA NEGARA CHINA DI SURIA KLCC

Disaluti oleh syiling emas, replika arnab ini telah mendapat pengiktirafan oleh “Malaysia Book of Records 2023”. Tahniah Suria KLCC!

PELBAGAI GERAI DI BAZAAR

Untuk menyambut sambutan Tahun Baharu Cina pada 22 Januari, boleh dapatkan pelbagai keperluan sambutan yang mana, dekorasi bandar bersejarah untuk digandingkan.

BANDAR PURBA NEGARA CHINA DI SURIA KLCC
BANDAR PURBA NEGARA CHINA DI SURIA KLCC

Berpeluang untuk bergambar bersama elemen tradisi masyarakat cina seperti beca dan juga tanglung merah yang menghiasi seluruh kawasan dekorasi bagi mencetuskan suasana yang meriah.

RAMLEE MALL – ADA PHOTOBOOTH

Dekorasi prop gambar yang membawa tema sambutan juga akan dihiasi di “Ramlee Mall”.

BANDAR PURBA NEGARA CHINA DI SURIA KLCC

Para pengunjung boleh merakam detik indah bersama yang tersayang dengan bergambar di ruang “photobooth”. Cetakan foto fizikal dan foto dalam talian secara percuma.

WISHING TREE PUN ADA!

Selain dari hiasan bandar bersejarah masyarakat China, pengunjung juga berpeluang untuk berkongsi aspirasi dan azam tahun baharu mereka di “Wishing Tree”.

BANDAR PURBA NEGARA CHINA DI SURIA KLCC

Bagi mengimarahkan musim perayaan ini, sumbangan kewangan yang dilakukan di “Wishing Tree” akan didermakan kepada rakan NGO Suria KLCC untuk meneruskan agenda Kesedaran Kesihatan Mental.

SUNGAI INTERAKTIF

Dekorasi sungai interaktif yang akan dipenuhi dengan ikan koi maya akan memberi peluang kepada pengunjung untuk menyampaikan hajat.

Di sini, mereka juga boleh melalui pengalaman untuk membalikkan syiling maya melalui skrin tablet ke dalam sungai tersebut.

BANDAR PURBA NEGARA CHINA DI SURIA KLCC

Juga disajikan dengan persembahan Tarian Singa di “Centre Court” pada 7, 14, 21, 22 dan 23 Januari pada jam 2 petang. Persembahan Akrobatik Tarian Singa akan diadakan di “Esplanade” pada 8, 10, 15, 22 dan 23 Januari pada jam 5 petang.

E-BAUCAR KLCC

Sempena kempen Tahun Baharu Cina, Suria KLCC melancarkan e-Baucar Beli Belah Suria KLCC (Suria KLCC e-Vouchers).

Selaras dengan rancangan untuk memperkenalkan “e-Voucher” dan juga pelancaran ganjaran perayaan.

BANDAR PURBA NEGARA CHINA DI SURIA KLCC

Berbebelanja RM1,500 dan ke atas melalui dua resit dari pelbagai kedai terpilih bermula dari 2 sehingga 20 Januari. Berpeluang untuk menerima SKLCC e- Vouchers yang bernilai RM100 dan juga set ekslusif sampul merah Suria KLCC.

BANDAR PURBA NEGARA CHINA DI SURIA KLCC

Selain daripada itu, 200 pembeli utama yang membuat pembelian bernilai RM1,000 nilaian SKLCC e-Vouchers semasa kempen perayaan berlangsung, bakal menerima e-Vouchers tambahan yang bernilai RM100.

“Bagi memeriahkan lagi pengalaman beli-balah untuk sambutan tahun baru anda di Suria KLCC, pihak kami menjemput para pelanggan untuk rebut promosi pengenalan ini,”

-tambah Brien.

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge