KEMPEN MERDEKA DI ALAMANDA PUTRAJAYA MERIAH – BEST TAU!
September 6, 2023
KEMPEN MERDEKA ALAMANDA PUTRAJAYA MERIAH – BEST TAU!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selamat hari Merdeka buat semua rakyat Malaysia. Kini kite dah masuk tahun ke 66 menyambut Hari Merdeka.
Kempen yang berlangsung mulai 25 Ogos lalu hingga 16 September 2023, iaitu Hari Malaysia.
Kali ini menawarkan ganjaran luar biasa bersama hadiah Edisi Terhad dan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak.Antara aktiviti-aktiviti dan ganjaran yang ditawarkan adalah:
CABUTAN BERTUAH – BLOOM IN STYLE
Kempen ini telah diadakan bermula dari 21 Julai sehingga 13 Ogos 2023, merupakan sambutan kemuncak yang telah diadakan oleh Alamanda Putrajaya.
Pelanggan-pelanggan yang bertuah akan membawa pulang Baucar Beli-Belah Alamanda bernilai RM3,000.
10 pelanggan telah di undang untuk menghadiri Majlis Cabutan Bertuah pada 29 Ogos 2023.
Antara pemenang
Dalam majlis cabutan ini, pelanggan sendiri akan membuat cabutan bagi menentukan nilai baucar yang bakal dimenangi.
GANJARAN SERTA MERTA
Sebelum itu, pembeli yang berbelanja RM300 dan ke atas dalam dua resit dari mana-mana kedai fesyen dan kecantikan yang terpilih – menerima ganjaran serta merta yang merupakan sebuah beg tot Alamanda.
Pelanggan yang berbelanja lebih daripada RM800 telah menerima Baucar Fesyen Alamanda tambahan yang bernilai RM50 selain daripada beg esklusif Alamanda.
Tidak kurang dengan ganjaran istimewa tersebut, pelanggan juga diberi peluang untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan Baucar Fesyen Alamanda yang bernilai RM3,000 bagi setiap RM300 yang dibelanjakan.
TEBUSAN MERDEKA
Pengunjung berbelanja RM500 dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih akan menerima T-Shirt Merdeka yang ke-66 edisi terhad sepanjang tempoh Kempen Merdeka.
Tawaran ini adalah terhad untuk satu tebusan bagi setiap pelanggan, setiap hari.
Bagi pelanggan yang berbelanja lebih dari RM1,500 dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih pula akan menerima tambahan Baucar Beli-Belah Alamanda bernilai RM50.
Serta T- Shirt Merdeka yang ke-66 edisi terhad. Ganjaran ini adalah khusus untuk 350 pelanggan yang tercepat.
Seiring dengan usaha untuk menyemarakkan semangat patriotisma pada 31 Ogos, 1000 pengunjung pertama bakal menerima sehelai bendera tangan “Jalur Gemilang”.
MERDEKA FUNTIME VIKIDS
Sambutan Merdeka di Lamanda Putrajaya kali ini juga turut menampilkan Kempen “Merdeka Funtime VIKids” bagi kanak-kanak yang menjadi ahli VIKids.
Kempen ini berlangsung dari 25 Ogos sehingga 3 September.
Ruang legar utama Pusat Beli-Belah Alamanda telah dihiasi dengan dekorasi yang bertemakan permainan tradisional.
Memperlihatkan kemahiran bermain permainan tradisonal seperti Batu Seremban, Dam Ular Tangga, Congkak, Dam, Colek Lidi dan banyak lagi.
AHLI VIKIDS
Ahli VIKids yang datang ke Alamanda pula akan membawa pulang pek percuma “Merdeka Funtime” yang mengandungi Set Seni dan Kraf, Permainan Ular dan “Rainbow Magic”.
Juga berpeluang untuk menyertai aktiviti permainan tradisional yang menawarkan hadiah eksklusif.
Antaranya set seni dan kraftangan, patung lembut, botol air, kotak makan tengahari, yoyo, batu seremban dan juga permainan papan untuk pemenang.
PERTANDINGAN SEMPENA MERDEKA
Selain itu, Ahli VIKids juga berpeluang menyertai pertandingan yang diadakan pada hujung minggu dan Hari Merdeka.
Pertandingan Kostum Pakaian Tradisional dan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik akan diadakan pada 31 Ogos.
Hadiah untuk tempat pertama, kedua dan ketiga adalah Baucar Beli-Belah Alamanda yang bernilai RM300, RM200 dan RM100.
Pada masa yang sama, kempen “Merdeka Funtime VIKids” turut menganjurkan pertandingan mewarna yang terdiri daripada dua kategori iaitu, Kategori Junior dan Kategori Senio.
Pertandingan mewarna ini akan diadakan pada hujung minggu sepanjang tempoh “Merdeka Funtime VIKids”. Hadiah pertama, kedua dan ketiga terdiri daripada Baucar Beli-Belah Alamanda.
PERSEMBAHAN SEMPENA KEMPEN MERDEKA
Kemeriahan Hari Merdeka tidak terhenti disitu. Pelanggan akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan.
Menampilkan kanak-kanak yang berbakat dalam acara “choral speaking”, pertunjukan bakat dan juga persembahan seni dan kebudayaan.
ALAMANDA ANTARA PUSAT BELI-BELAH MESRA
“Sebagai salah sebuat Pusat Beli-Belah yang mesra keluarga di Putrajaya, kami amat berdedikasi untuk terus memberikan pengalaman yang bermakna buat rakyat Malaysia.
Seiring dengan ulangtahun kemerdekaan yang ke-66, kami bukan sahaja berbangga untuk memperingati kejayaan masa lampau malah, kami juga ingin memberikan sinar baru untuk barisan bakal pemimpin kita di masa hadapan.
Program seperti VIKids adalah ruang untuk kanak-kanak mendapatkan peluang untuk berkembang dari sudut daya ketahanan selain daripada membantu tumbesaran kanak-kanak melalui rangsangan bermain.”
-ucap Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.
Jangan lupa singgah di Alamanda, Putrajaya juga Mesra Mall untuk sama-sama menyokong kempen Merdeka tahun ini!