DIFFENZ JUNIOR PERISAI UNTUK ANAK-ANAK SEBELUM KEMBALI KE SEKOLAH! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ketika ni ramai adik-adik yang dah mula Kembali ke sekolah semula selepas tamat cuti sekolah, Bermulalah episod ramai ibu bapa yang kembali risau dengan keselamatan anak-anak di sekolah kerana kita masih belum menang ya. Kes harian masih lagi mencatatkan angka yang tinggi.
Walau pun kerajaan telah menetapkan 1 April ini kita akan beralih ke fasa Endemik namun itu bukannya tiket untuk kita alpa dengan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan KKM.
Varian Omicron yang rancak menyerang selepas perayaan Tahun Baru Cina menjadikan kes Covid-19 di Malaysia adalah yang paling tinggi semenjak 2 tahun lepas. Manakala seramai 50,826 kanak-kanak berusia bawah 12 tahun telah dijangkiti Covid-19 di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah peningkatan jangkitan di kalangan kanak-kanak itu dapat dilihat bermula awal Januari sehingga hari ini dengan majoritinya berada dalam kategori dua.
Katanya lagi, antara gejala yang sering dialami kanak-kanak yang dijangkiti adalah batuk dan selesema berterusan melebihi seminggu, bernafas laju, kurang aktif, kurang selera makan, demam yang berterusan, muntah atau cirit birit.
“Dalam keadaan yang lebih serius, kanak-kanak boleh mengalami sakit dada atau sakit perut, kurang tahap kesedaran dan juga sawan”.
“Malah, kumpulan kanak-kanak yang berisiko tinggi untuk mengalami jangkitan yang serius adalah mereka yang tergolong daripada pesakit paru-paru kronik, ada masalah jantung, lemah sistem imun badan, kencing manis, sedang menjalani rawatan menggunakan steroid seperti pesakit autoimun dan transplan, kanser, asma dan obesiti,” katanya.
PENGAMBILAN NUTRISI YANG LENGKAP BANTU TINGKATKAN DAYA TUBUH KANAK-KANAK.
KP yakin, mak ayah pasti bimbang akan situasi ini. Namun rutin harian kanak-kanak sebagai murid-murid harus diteruskan. Program PICKids adalah di antara usaha kerajaan memberi imunisasi kepada kanak-kanak.
Selain mengikut saranan kerajaan untuk sertai program PICKids, mak ayah boleh juga memberikan suplemen tambahan untuk meningkatkan daya tahan tubuh anak-anak.
Eskayvie telah memperkenalkan Diffenz Junior yang diformulasikan oleh Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri. Ia mengandungi 6 Nutrisi Penting Untuk Meningkatkan Sistem Imun & Menyokong Tumbesaran Anak Anda.
6 NUTRISI UTAMA DALAM DIFFENZ JUNIOR BANTU TINGKATKAN IMUNISASI BADAN & MENYOKONG PROSES TUMBESARAN ANAK-ANAK.
Gabungan kolostrum, multivitamin, cendawan susu harimau, buah camu-camu, vitamin C dan D adalah nutrisi yang terdapat dalam setiap tablet Diffenz Junior. Ia berperisa oren yang enak dan sangat digemari anak-anak.
Jom kita ketahui lebih lanjut apakah kebaikan setiap nutrisi ini.
KOLOSTRUM
Kolostrum yang juga dikenali sebagai “susu pertama”, “cecair emas” atau “susu imun” berwarna jernih, melekit, cecair pekat yang dihasilkan oleh kelenjar susu ibu selepas hari pertama kelahiran bayi.
Ia membantu untuk:
- meningkatkan sistem imun badan
- melindungi daripada jangkitan yang melibatkan sistem pencernaan
- kesan anti-mikrob dan anti-virus
- melindungi daripada jangkitan sistem pernafasan dan cirit birit
- menyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat
MULTIVITAMIN & MINERAL
Multivitamin dan mineral adalah nutrisi yang mengandungi banyak vitamin dan mineral tertentu. Ia diperlukan oleh kanak-kanak untuk pertumbuhan tubuh badan yang sihat serta ideal.
Multivitamin dan mineral ini dapat membantu untuk:
- melengkapkan keperluan nutrisi
- menyokong penglihatan
- merangsang sistem imun badan (immunomodulatory)
- melindungi diri daripada jangkitan
- membantu menguatkan otot dan sistem saraf kanak-kanak
- membantu dalam penghasilan tenaga, dan memelihara kesihatan sistem saraf
CENDAWAN SUSU HARIMAU
Cendawan Susu Harimau atau nama saintifiknya, Lignosus Rhinocerus adalah antara tumbuhan herba yang telah digunakan dalam perubatan oleh orang-orang asli sejak 400 tahun yang lalu. Bagi masyarakat tempatan dan orang asli, mereka menggelarnya Cendawan Susu Rimau.
Ia dikatakan hanya akan tumbuh daripada titisan susu harimau yang jatuh di lantai hutan. Khasiatnya yang tinggi menjadikan cendawan susu harimau nie mahal harganya.
Jadi, untuk memudahkan anda mendapat khasiat daripada cendawan ini tanpa perlu meredah hutan, Eskayvie Diffenz Junior telah diformulasikan untuk memberikan kebaikan yang anak anda perlukan.
Kebaikan Cendawan Susu Harimau:
- Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.
- Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.
- Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar.
- Menguatkan sistem imun badan daripada jangkitan kuman dan virus.
- Digunakan secara tradisional untuk merawat symptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma.
BUAH CAMU-CAMU
Camu-camu adalah buah yang memiliki kandungan vitamin C tertinggi di dunia (melebihi lemon sebanyak 100 kali dalam hal ini). Mengagumkan, bukan? Juga disebut “caçari”, ia sangat kecil, bulat dan berwarna merah atau ungu, beratnya sekitar 10g.
Buah Camu-camu juga mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic yang menguatkan lagi sistem imun badan.
Kebaikan Buah Camu-Camu:
- Menguatkan sistem imun
- Antioksidan dan anti-radang
- Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak
- Menstabilkan tekanan darah tinggi
- Merangsang penghasilan kolagen
- Mengawal gula darah
VITAMIN C
Vitamin C adalah vitamin larut air dan badan tidak mampu menghasilkannya. Vitamin C diperlukan oleh tubuh bagi memastikan sistem imun badan bekerja dengan baik.
Pengambilan vitamin ini mestilah dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan sistem imun sentiasa kuat. Vitamin C juga penting untuk merangsang pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan penyerapan zat besi.
VITAMIN D
Hanya 10-20% sumber Vitamin D mampu dicapai daripada sumber makanan dan ini mendedahkan setiap individu untuk mengalami masalah kekurangan Vitamin D. Walhal, ia sangat penting untuk mengawal selia sistem imun, membantu kawalan gula darah, kekuatan tulang dan banyak lagi.
Jadi… Macam mana pembaca semua? Khasiat yang ada di dalam Diffenz Junior ni sangat banyak kan?
Sejak Diffenz Junior ini dilancarkan, banyak feedback positif yang diterima daripada pengguna. Di bawah ni KP ada tunjukkan salah satu testimoni daripada Adik Syazwani. Semoga bermanfaat.
ADIK NOR SYAZWANI, 10 TAHUN, SELANGOR, POSITIF UNTUK 10 HARI, GEJALA BERAT SEMAKIN BERKURANGAN
Setelah mengalami demam yang teruk, sakit-sakit badan, selsema dan batuk berpanjangan, Adik Nor Syazwani disahkan positif covid 19. Ibu mana yang tak susah hati, bila anaknya dijangkiti virus berbahaya ini.
Adik Nor Syazwani terpaksa menjalani kuarantin bagi memastikan ahli keluarga yang lain tidak dijangkiti. Ibu Nor Syazwani memberikannya Diffenz Junior sebagai suplemen selain ubat-ubatan yang disediakan doktor.
Adik Nor Syazwani mula mengambil 2 biji Diffenz Junior setiap hari bagi setiap 6 jam seperti yang telah disarankan. Perubahan yang ketara dapat dilihat pada hari ke-3 iaitu demamnya semakin kebah dan pada hari ke-10, badannya tidak lagi sakit malah batuknya juga telah berkurangan.
Lebih mengejutkan lagi, kakaknya Nor Syahidah (12 tahun) yang merupakan kontak rapatnya tidak dijangkiti kerana turut mengamalkan Diffenz Junior pada masa yang sama.
Diffenz Junior yang diformulasikan dengan Cendawan Susu Harimau dan buah Camu-camu merupakan bahan semulajadi terbaik untuk melindungi paru-paru serta mampu meningkatkan sistem imun badan.
LINDUNGI ANAK-ANAK DENGAN DIFFENZ JUNIOR
Jom sama-sama berikan perlindungan terbaik kepada anak-anak dengan bekalkan mereka Diffenz Junior. Anak-anak juga berhak diberikan perlindungan yang terbaik kerana sistem imun badan mereka yang masih lemah dan perlukan sokongan daripada sumber pemakanan sihat.
Berdasarkan Kajian Pemakanan Kanak-Kanak Malaysia (SEANUTS Malaysia), didapati bahawa secara purata kanak-kanak Malaysia berusia 1-6 tahun masing-masing hanya makan 0.91 dan 1.07 sajian buah dan sayur setiap hari.
Ini adalah kurang daripada separuh jumlah yang disyorkan oleh Garis Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja (2013). Pengambilan makanan tambahan adalah cara terbaik untuk melengkapi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan.
Bekalkan perlindungan yang lengkap untuk diri dan anak-anak agar tubuh lebih bersedia. Dapatkan set perlindungan seisi keluarga Diffenz Junior bersama Diffenz berharga RM60 sebotol. Nutrisi yang terdapat dalam tabletnya amat berkhasiat untuk membantu meningkatkan sistem imun, melindungi daripada jangkitan penyakit dan menyokong tumbesaran anak anda.
Dapatkan Diffenz hari ini juga untuk perlindungan harian anda sekeluarga. Yang penting kita ikhtiar yang terbaik untuk diri dan keluarga kita.
Korang boleh dapatkan Diffenz ni di laman web dan media sosial rasmi Eskayvie di bawah.
Website | Facebook | Instagram